Tuesday, March 3, 2015

Kepentingan Zinc Complex Kepada Lelaki

Zinc merupakan antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh untuk aktiviti enzim dan sistem badan. Secara umum, zinc membantu baik pulih luka, membantu masalah keguguran rambut dan masalah kulit, dan lain-lain lagi.
 
Namun, terdapat beberapa khasiat Zinc yang menjadikan ia mineral penting bagi LELAKI:

1. MENINGKATKAN KESIHATAN SEKSUAL DAN TESTOSTERON LEVEL

                                
Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.

2. MENINGKATKAN MOTILITI SPERMA 
Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat untuk disenyawakan oleh ovum. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat membantu meningkatkan kekuatan sperma anda.

3. MENGURANGKAN RISIKO KANSER PROSTATE
Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Kurang zinc juga menyebabkan pembesaran prostate mengakibatkan prostitis atau benign prostatic hyperplasia.
Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.

4. MENGURANGKAN SIMPTOM BATUK DAN SELSEMA
Kajian menunjukkan zinc membantu mengurangkan simptom batuk selsema dengan bertindak pada bahagian badan yang menyebabkan batuk selsema, seterusnya mengurangkan simptom tersebut.

5. MERAWAT JERAWAT
Zinc berkesan mengurangkan jerawat, sama ada diambil dalam bentuk tablet atau disapu pada kulit.
Ia juga membantu merawat psoriasis, eczema, kudis dan kelemumur

6. MENGELAKKAN ATAU MERAWAT BOTAK
Tanda Alopecia (botak) mungkin terlihat dengan penipisan rambut atau kehilangan rambut yang drastik. Zinc membantu pertumbuhan semula rambut.
Kajian menunjukkan lelaki yang makan daging tanpa lemak lebih jarang menjadi botak berbanding lelaki yang makan daging berlemak kerana daging tanpa lemak merupakan sumber zinc yang tinggi.
Dos supplement zinc yang diperlukan untuk menghalang botak adalah 50-100mg/sehari.

7. ALKOHOL DAN ZINC
Kajian menunjukkan kekurangan zinc boleh mempercepat proses kerosakan hati disebabkan oleh alkohol. Zinc membantu kebolehan antioksidan hati untuk berfungsi dan meningkatkan methallotheinein,
sejenis kompaun yang membantu menyingkirkan logam bahaya dari hati.

8. MENINGKATKAN IMUNITI
Zinc bertindak sebagai anti oksidan untuk menyingkirkan radikal bebas dari badan seterusnya membaiki sel dan meningkatkan sistem imun badan.

9. MEMBANTU FUNGSI THYROID
Zinc membantu penghasilan thyroid releasing hormon, untuk penghasilan thyroxine. Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism.

10. ZINC DAN BAIKPULIH
Sukan boleh menyebabkan tekanan pada sistem otot dan tulang. Tekanan ini menyebabkan kekurangan zinc yang banyak disimpan di dalam otot tubuh. Oleh kerana zinc penting untuk pembinaan semula sel, adalah penting bagi lelaki yang aktif untuk memastikan kandungan zinc yang cukup untuk pembentukan semula sel yang sihat dalam badan.
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive