Monday, May 16, 2016

Punca Haid Tidak Teratur, Kesan Dan Cara Mengatasinya.

Tahukah anda kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.

Apakah punca yang menyebabkan period tak stabil ni?

1.KEGEMUKAN 
Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

2. KEHAMILAN 
Haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.

3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
Hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

4. TERLALU KURUS 
Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

5. MASALAH KESIHATAN 
Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

6. MENOPAUS
Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

7. PENCEGAH HAMIL
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

8. TEKANAN/STRESS
Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

9. PENYUSUAN BADAN
Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

10.TERSILAP PENGIRAAN 
40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

11.MASALAH TYROID 
Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

12. UBAT-UBATAN 
Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Tips Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur

Selalunya kalau ada kawan-kawan yang ada masalah berkaitan haid, saya akan sarankan berjumpa dulu dengan doktor untuk kenal pasti punca sebenar. Bila dah tau baru lah mudah untuk ambil tindakan susulan yang tepat. Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memerlukan rawatan perubatan pakar untuk memperbetulkan keadaan.

Bagi kawan-kawan yang tiada masalah serius, tips di bawah mungkin dapat membantu:


1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang

Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat 

Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat 

Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan stress 

Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

5. Ambil ubat ikut jadual 

Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

6. Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) 

GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

GLA Complex Shaklee Membantu Melancarkan Haid

Kebanyakan produk GLA dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tapi GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO! GLA Shaklee digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E supaya lebih berkesan.


GLA Complex 3 kali ganda lebih berkesan berbanding supplement EPO.


Kebaikan Dan Manfaat GLA Complex

Bagaimana GLA Complex membantu memperbaiki dan melancarkan haid? GLA Complex kaya dengan asid lemak Omega 6. Asid lemak ini adalah apa yang diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid ini. Antara fungsi utama GLA Complex ialah:

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

Selain itu, faedah lain yang boleh didapati dengan mengamalkan GLA Complex ialah:

3. Memperbaiki masalah prostatomegaly

4. Menentang pertumbuhan sel tumor dan kanser

5. Menghalang komplikasi diabetes

6. Membantu pelangsingan dan mengelakkan pertambahan berat badan

7. Menghalang tekanan darah tinggi

8. Memperbaiki tekstur rambut

9. Memperbaiki inflamasi kulit

Kesan Haid Tidak Teratur 

Haid tak teratur boleh memberikan kesan yang tak baik kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang mesti akan memberikan kesan kepada kesihatan. Tak mustahil juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Antara akibat daripada period tak stabil ni ialah:

1. Kemandulan

Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

2. Ketidaksuburan dan susah hamil

Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

3. Masalah kesihatan seperti anemia

Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

Ada banyak lagi kesan akibat masalah irregular period ini. Sebaiknya bertindaklah daripada awal sebelum keadaan jadi lebih teruk. GLA Complex adalah supplement terbaik yang dapat membantu memperbaiki masalah ini. Walaupun masalah tak serius, sebaiknya cegah sebelum parah. Lebih baik mengambil makanan tambahan terlebih dahulu daripada terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan dikemudian hari.
 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

3 comments:

  1. hi nak tanya saya tidak dapat datang period selama 1 bulan dan akhir datang adalah pada april end of month tapi tak ingat tarikh adakah ia adalah penyakit atau mengandung

    ReplyDelete
  2. Hi tumpang tanya.. Saya masih single tetapi haid saya tidak menentu sehingga sudah 3 bulan tidak datang.. Adakah ianya penyakit ?

    ReplyDelete

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive