Thursday, November 10, 2016

Tak Nak Jantung Tersumbat, Sila Elak Makanan Ini


Punca saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan yang salah. Merokok juga boleh menyebabkan masalah penyakit jantung dan dengan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tetapi ramai perokok yang berhenti merokok memilih untuk makan secara tidak sihat dan akhirnya menyebabkan masalah yang sama. Apabila seseorang baru berhenti merokok memang akan berlaku masalah selera makan yang tinggi dan susah dikawal.

Oleh kerana itu, amat penting untuk kita faham tentang jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

1. Makanan yang kaya dengan gula dan manis

Punca berlakunya penyumbatan pada saluran darah jantung.
  • Gula yang didalam makanan kita akan membentuk bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation Endproducts) yang boleh menyebabkan masalah inflammasi atau kebengkakan (inflammation) yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kencing manis.
  • Gula juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan. 
  • Gula juga meningkatkan paras kolesterol ‘trigliserida’ yang boleh menjadi punca saluran darah mengalami masalah inflammasi dan pembentukan plak kolesterol dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah saluran darah jantung tersumbat.

AGE ini juga menjadi punca kepada masalah atherosclerosis iaitu saluran darah menjadi keras akibat pemendapan kolesterol pada dindingnya. Apabila saluran darah menjadi keras maka ia akan menyebabkan pembentukan ‘plak kolesterol’ yang akan menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat. Makanan yang kaya dengan AGE ini adalah makanan yang bergula tinggi dan juga makanan yang digoreng dengan minyak yang panas dan juga makanan digoreng ‘dalam’ (deep frying).

 
Proses ‘grilling’ atau membakar dengan api sehingga berkerak hitam seperti barbeque dan satey juga menghasilkan AGE secara berlebihan. Menurut kajian, secara umumnya makanan yang berprotein tinggi dan berlemak tinggi apabila dimasak dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak AGE. Untuk mengurangkan AGE dalam makanan, maka proses masak secara kukus, rebus, sup, masak berkuah (stewed) adalah lebih baik.

2. Makanan bergoreng dengan suhu yang tinggi (deep fried) food 

Bukan hanya kerana kandungan AGE yang tinggi tetapi proses menggoreng itu menyebabkan komposisi biokimia makanan itu berubah.
  • Apabila makanan berkolesterol digoreng, maka kolesterol akan bertindak dengan oksigen dalam minyak menghasilkan oxicholesterol iaitu kolesterol yang teroksida. Ianya lebih mudah menyumbatkan saluran darah. 
  • Proses menggoreng juga akan meningkatkan radikal bebas dalam makanan tersebut dan menyebabkan kerosakan sel-sel didinding saluran darah yang akhirnya memudahkan pembentukan plak kolesterol yang akan menyumbatkan saluran darah dijantung.

3. Makanan yang kaya dengan ‘lemak trans’ 

Menurut kajian Nurses’ Heart Study lemak trans ini lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan risiko sakit jantung dua kali ganda.

Contoh makanan yang kaya dengan lemak trans ini adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang, popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan pelbagai lagi makanan proses yang berlambak dipasaran sekarang. Kajian mendapati peningkatan paras kolesterol jahat LDL dalam darah dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak trans ini.

Dalam satu kajian oleh Prof Robert Vogel dalam tahun 1997 di University of Maryland School of Medicine menunjukkan makanan segera (Fast Food) seperti berger, hotdog, kentang goreng, ayam goreng, pizza, ‘hash brown’, nugget dan sebagainya juga mengandungi lemak trans ini yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat.

4. Makan makanan kaya dengan lemak tepu 

Seperti daging lembu, daging kambing, minyak sapi juga menjadi punca kepada masalah saluran jantung tersumbat. Makan makanan yang mengandungi lemak tepu secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan kolesterol LDL dan menurunkan paras kolesterol baik HDL.

Ia juga menyebabkan berlakunya inflamasi pada dinding saluran darah yang menyebabkan berlaku pemendapan kolesterol disitu yang dipanggil sebagai atherosclerosis yang menyebabkan saluran darah menjadi keras.

Proses inflamasi ini akan menyebabkan interaksi kompleks diantara kolesterol LDL, platelet, kalsium dan sel-sel inflammasi berkumpul pada dinding saluran darah dan membentuk ‘plak kolesterol’ dan ini akan menyumbatkan saluran darah tersebut.

5. Kajian juga mendapati makanan yang tinggi dengan garam 

Sodium atau natrium seperti garam biasa dan serbuk perasa (MSG) juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Sodium yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila tekanan darah meningkat keadaan ini dipanggil sebagai Darah Tinggi (Hypertension).

Kajian oleh American Heart Association(AHA) mendapati mengawal penggunaan garam dan mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. AHA mencadangkan had limit untuk pengambilan garam adalah 2400mg sehari sahaja. Makanan segera seperti kentang goreng, ayam goreng, berger, nugget, mee segera dan sebagainya yang ada dalam pasaran sekarang mengandungi kadar garam yang amat tinggi begitu juga makanan kering seperti ikan masin dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, makanan proses, makanan bergoreng, makanan segera, makanan yang mengandungi lemak trans, makanan yang kaya dengan gula dan garam adalah punca kepada masalah kolesterol yang merbahaya dan boleh menyumbat saluran darah jantung.

Cara Selamat Memelihara dan Rawatan Jantung Sihat Dengan VIVIX

Pengambilan Vivix penting sebab kandungan resveratrol dalam vivix membantu mengurangkan keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL iaitu kolestrol jahat, mengelakkan platlet darah melekat dan membentuk gumpalan atau darah beku yang menyebabkan serangan jantung.

Selain itu, antioksidan dalam japanese knotweed mampu mencegah penyakit yang berkaitan jantung dan kandungan resveratrol yang tinggi dapat memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular. Sebab tu pengambilan vivix ni sangat bagus dalam melindungi jantung sihat kerana vivi mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi.
jantung dan vvix
jantung dan vivix 2 
Kepada mereka yang sayang kan jantung dan merawat masaalah jantung anda, boleh cuba vivix. Nak sihat itu mahal, tapi sakit lagi mahal. Sekali terkena serangan jantung, anda mungkin sudah terlambat. Tidak salah berikhtiar sebelum terkena.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive