Fungsi mitokondria dan kaitannya dengan tekanan oksidatif memainkan peranan penting dalam penuaan manusia. Resveratrol adalah polifenol tumbuhan sifat antipenuaan yang pelbagai. Ayuh kita lihat bagaimana resveratrol dapat membantu membekalkan tenaga kepada sel.
Tapi ramai orang muda sekarang pun alami simptom orang tua (cepat
letih, kurang tenaga, lesu). Sebab apa? Sebab berlaku penuaan yang
pantas pada tahap sel. Jadi bagaimana hendak mengelakkan penuaan, dan meningkatkan tenaga sel?
Jawapannya tingkatkan potensi mitokondria anda. Jadi walaupun umur sudah meningkat, anda masih sihat dan cergas seperti 20 tahun dulu.
Jawapannya tingkatkan potensi mitokondria anda. Jadi walaupun umur sudah meningkat, anda masih sihat dan cergas seperti 20 tahun dulu.
Apakah mitokondria Yang Dikatakan Tingkatkan Tenaga Sel
Mitokondria merupakan ‘kilang tenaga’ sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit
yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria
termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.
Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang
mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak
tenaga. Mitokondria dikenali sebagai ‘kilang tenaga’ bagi sel kerana ia
menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan.
Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal
aktif. Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk
dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang.
Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ
badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah
terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti
rheumatoid artritis.
Kecacatan fungsi mitokondria untuk tingkatkan tenaga sel
Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas
berbahaya dan harus dihapuskan. Radikal bebas boleh mengakibatkan
kerosakan dahsyat kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran
dan DNAnya.
Membran Mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga. Jika
terjadi kerosakan membran, kurang tenaga akan dihasilkan dan toksin yang
terkumpul akan merosakkan sel. Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi
sistem organ pasti terganggu.
DNA mitokondria (mtDNA) adalah amat mudah terancam oleh radikal bebas
yang mempunyai berkaitan dengan proses penuaan. Kerosakan mtDNA dalam
otak dipercayai merupakan satu faktor penyakit seperti alzheimer,
parkinson dan strok
.
Kegagalan jantung, iaitu masalah mengepam darah ke seluruh badan, merupakan contoh biasa bagi masalah fungsi mitokondria.
Tanda Mitokondria Tidak Berfungsi Tingkatkan Tenaga Sel
Sejak fungsi mitokondria diterangkan sekitar 1960-an, bidang
perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria
dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Pelbagai jenis gangguan yang
kelihatan tidak berkaitan akhirnya menunjukkan hubungkait dengan
kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah dikaitkan
sebagai satu penyumbang utama proses penuaan.
Antara tanda mitokondria tidak berfungsi termasuk:
- Penyakit jantung dan strok
- Alzheimer
- Demensia
- Parkinson
- Kanser
- Diabetes
- Sawan
- Tekanan darah tinggi
- Sakit kepala migrain
- Hati berlemak / fatty liver (bukan disebabkan alkohol)
- Keletihan (termasuk sindrom keletihan kronik, fibromialgia)
Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel
Terdapat satu kajian memberi tumpuan kepada mekanisme molekul yang
memberikan kesan perlindungan mitokondria resveratrol, yang boleh
dieksploitasi bagi pencegahan atau amelioration penyakit yang berkaitan
dengan penuaan. Untuk pengetahuan anda, zaman sekarang penuaan bukan
sahaja pada orang tua, namun orang muda pun sudah ada tanda penuaan.
Bagaimana Resveratrol Dapat Membantu Melindungi Mitokondria Untuk Tingkatkan Tenaga Sel
Kelebihan Resveratrol yang sangat bagus adalah:
- Meningkatkan biogenesis mitokondria
- Meningkatkan fungsi sel
- Mengurangkan pengeluaran radikal bebas
- Mengurangkan simpanan lemak
- Meningkatkan jisim otot tanpa lemak
- Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia
Tips Tingkatkan Fungsi Mitokondria dan Meningkatkan Tenaga Sel
1. Kurangkan makan (sekatan kalori)
Apabila kurang makan, maka tugas mitokondria (tenaga untuk hadam
makanan) akan berkurangan dan pengeluaran radikal bebas juga
berkurangan. Ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan mitokondria, tetapi
juga menghidupkan gen SIRT1, yang mengekod protein yang meningkatkan
fungsi sel.
2. Tambahkan senaman
Senaman fizikal membantu untuk mengaktifkan mitokondria yang sedia
ada dan juga mengaktifkan laluan biokimia yang merangsang pengeluaran
yang baru, ini dikenali sebagai biogenesis mitokondria. Dalam satu
kajian terhadap atlit menunjukkan bahawa otot mereka mempunyai kepekatan
mitokondria yang sangat tinggi.
Tapi bukan hendak suruh jadi atlit angkat berat atau bina badan,
cukup dengan aktiviti senaman sederhana yang konsisten untuk merangsang
sel-sel otot agar dapat meningkatkan permintaan terhadap tenaga.
3. Ambil Suplemen
Ambil suplemen yang meniru kesan positif daripada senaman dan sekatan
kalori (kurang makan). Salah satu daripadanya adalah resveratrol, yang
mengaktifkan gen SIRT1.
Pengaktifan SIRT1 melakukan tindak balas biokimia positif yang
menghasilkan fungsi mitokondria dan biogenesis. Sebab itulah hasil dari
pelbagai kajian mendapati resveratrol menunjukkan kesan positif untuk
melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan neurodegenerative,
meningkatkan antioksidan, mengurangkan keradangan, dan melanjutkan
jangka hayat serta melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia.
Pokok pangkal bermula dengan mitokondria. Mitokondria sihat,
keseluruhan badan kita juga akan sihat. Kita punya lebih banyak tenaga,
lebih cerdas dan lebih tahan dari serangan penyakit, badan yang lebih
berotot, risiko penyakit pun kurang, tekanan darah cantik, gula darah
stabil.
Bukan ke ini semua memanjangkan jangka hayat kita?
Apakah suplemen resveratrol? Tentulah Vivix.
Hasil kajian bagaimana resveratrol bantu tingkatkan tenaga sel |
Banyak sangat kajian berkenaan Resveratrol untuk
memperbaiki kerosakan sel apatah lagi mencegah. Dengan kebaikan
resveratrol inilah Shaklee mencipta Vivix, hasil kolaborasi dengan Dr
Sinclair (seorang saintis penemu resveratrol).
Resepi terbaik Vivix ialah formulasi gabungan Resveratrol dan Polifenol yang sudah dipatentkan.
4 mekanisma utama dalam Vivix ialah
- Melindungi dan membaiki kerosakan DNA yang dialami oleh setiap sel setiap hari.
- Mengurangkan tekanan oksidatif akibat tindak balas tekanan biologi
- Meningkatkan pengeluaran tenaga di peringkat selular dengan meningkatkan bilangan mitokondria (pengeluaran tenaga pusat setiap sel) dalam sel-sel.
- Mengaktifkan pengawal selia genetik dan melambatkan pembentukan produk akhir glycation maju (AGE) protein. Protein AGE berlebihan menyebabkan kerosakan selular dan sering dikaitkan dengan rintangan insulin dan diabetes.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee
telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih
sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya
telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih
yang terbaik.
Testimoni Seorang Customer
Panjang sikit nak cerita tentang customer saya ni. Dia Siap buat karangan bila saya tnye feedback makan vivix
"Hidup lebih synergi dengan Vivix"
Saya bangun pagi jam 5.30pagi, selepas mandi saya akan terus membuka peti ais dan mengambil sebotol vivix saya,botol berwarna purple,saya ambil satu tea spoon vivix dan secawan air masak
Secara jujurnya, saya dapat bertahan dari segi energi memandu ke pejabat yang agak jauh kira-kira 70km sehala dan kerja long hours tanpa keletihan
Lagi satu kelebihan vivix ialah pencernaan.panggilan semulajadi tidak ada masalah sembelit atau masalah buasir.senang dan mudah
Bab hidung gatal2 pun tiada lagi.biasanya tanpa vivix pasti menggaru lepas pekena belacan dsb tapi vivix dapat mengawal kegatalan akibat resdung
0 comments:
Post a Comment