Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab. Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut. Menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan. Jika anda ada batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan.
Gejala
Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:- Sakit dada terutama ketika menarik nafas
- Penat
- Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
- Demam
- Nafas laju
- Berpeluh waktu malam
- Kurang selera makan
- Penurunan berat badan tanpa dirancang
Penyebab batuk berdarah:
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Tibi
- Kanser paru-paru
- Bronkitis kronik
- Bronchiectasis
- Nanah paru-paru
- Jangkitan kulat terutama “mycetoma”
- Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
- Paru-paru berair ( pulmonary edema)
- Jantung lemah (congestive cardiac failure)
- Hipertensi pulmonari
- Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
- Penggunaan ubat pencair darah contoh: warfarin, heparin
- Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
- Penyakit auto immune dan vasculitis ( Wageners Granulomatosis, Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
- Kecederaan kepada paru-paru
- Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
- Salur darah pecah selepas batuk yang kuat
Komplikasi
- Lemas (asphyxia)
- Ketidakstabilan hemodinamik
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Jangkitan kuman paru-paru
- Kegagalan buah pinggang
Di hospital, doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan.
Pencegahan
Tiada pencegahan tertentu untuk menghalang batuk berdarah. Yang penting perlu- Hidup sihat
- Berhenti merokok
- Bersenam
- Berjumpa doktor seawal mungkin jika ada batuk berdarah
Vivix Membantu Pesakit Batuk Berdarah
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
0 comments:
Post a Comment