Tuesday, August 4, 2015

Panduan Memilih Produk Supplemen Yang Selamat

Sekarang, terlalu banyak produk makanan tambahan di pasaran betul tak? Kadang-kadang kita rasa semuanya bagus, semuanya berkesan, semuanya semulajadi dan selamat. Tapi adakah betul produk tu bermutu tinggi macam yang kita fikirkan?

Disini dikongsikan panduan memilih suplemen yang bagus, yang tip top. Lepas ini bila anda hendak mendapatkan supplemen inilah kriteria  yang perlu diutamakan.

1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrum 

Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.

2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi) 
Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan. Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.

3. Pastikan Pengeluar Mematuhi Prosedur FDA (GMP)
Mematuhi prosedur FDA (food and Drug Administrator) , GMP (Good Manufacturing Practice) adalah satu perkara WAJIB dalam pemilihan suplemen kita. Prosedur ini tidak  diperlukan oleh industri suplemen namun setakat ini syarikat-syarikat yang bersedia untuk mematuhi garis panduan inilah akhirnya yang terkenal dan diiktiraf pengguna. Jadi secara logik pun kita boleh faham kan..garis panduan yang ditetapkan adalah bagi keselamatan kita, jadi syarikat yang bersedia untuk mematuhinya pastilah yang terbaik buat kita.

4. Ujian Klinikal
Pengeluar yang berkualiti tinggi akan melakukan ujian klinikal keatas produk nutrisi mereka di institusi berprestij seperti HAVARD, UCLA, YALE JOHN HOPKINS. Ujian seperti ini harus dilakukan di institusi diluar sana supaya keputusan dan metodologi lebih saksama dan tidak berat sebelah.

5. Mempunyai Makmal Bebas Untuk Pengesahan Kualiti
Kalau kita beli produk nutrisi, ada label kan? Tapi adakah kandungan dalam setip pil DIJAMIN sama dengan yang tertera diatas label? Jadi, ini ditentukan oleh makmal bebas. Pengilang produk perlu menyediakan produk mereka kepada makmal bebas untuk mengesahkan kualiti produk mereka. Kira macam pihak berkecuali dan ketiga lah. Kalau makmal bebas tadi cek dan buat ujian, dan hasilnya apa yang tertera di label tak sama dengan kandungan sebenar dalam pil, itu maksudnya produk itu menipu.

6. Tarikh Luput
 Pastikan produk nutrisi mempunyai tarikh luput dicap pada produk tersebut.

7. Adakah Produk Supplemen ini Lulus ‘UJIAN AIR’?
Apa dia ujian air? Ujian air digunakan untuk memastikan penyerapan produk nutrisi. Banyak produk dipasaran mempunyai banyak bahan pengikat tiruan, bahan pewarna tiruan yang apabila kita makan, sistem badan kita akan gagal memecahkan pil untuk penyerapan.
Ujian air: ambil sampel pil dan letakkan dalam segelas air. Pil tersebut harus benar-benar larut menjadi longgokan serbuk dalam masa 20 minit. Jika ambil masa terlalu lama, ada kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak akan dapat memecahkan produk tersebut dan menyerapnya kedalam darah anda.

8. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkan 


Pastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mendapat sijil halal yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. SHAKLEE mempunyai kedua-duanya :)

Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pilih untuk makan jadi buat PILIHAN YANG BIJAK
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


0 comments:

Post a Comment