Wednesday, August 5, 2015

Tips Sayur Dan Buah Tahan Lama

Ada banyak petua lama yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lama bagi mengelakkan makanan atau sayuran itu cepat busuk. Cara atau petua lama yang diamalkan juga mudah dan boleh dilakukan oleh generasi muda.
Kebanyakan dari kita menyimpan sayuran dan buahan di dalam plastik dan diletakkan di dalam peti sejuk. Tapi perasan tak , bila sayuran dan buahan yg disimpan di dalam plastik akan cepat berpeluh walaupun berada dalam peti sejuk. Ini menyebabkan sayuran dan buahan cepat busuk dan tidak tahan lama.

Tips Simpan Makanan Dan Sayuran Agar Tahan Lama
1. Caranya anda boleh membungkus sayuran berdaun (eg: bayam,sawi,kailan,kangkung) dengan suratkhabar lama dan barulah dimasukkan ke dalam plastik. Dengan cara ini sayuran berdaun akan lebih tahan lama. Adakalanya sampai 1mggu lebih.  

Image result for tips sayur tahan lama

2. Tahukah korang plastik pembungkus milo,ovaltine,nescafe etc. yg kedap udara tu adalah sgt berguna. So lepas mengosongkan plastik bungkusan itu jgn dibuang. Basuh dan kemudian boleh diguna pakai semula. Simpan sayuran jenis buah (eg:tomato,cili,terung,bendi etc.) ke dalam pembungkus milo itu. Kemudian lipat sedikit bukaan pembungkus itu. Sayuran akan lebih tahan lama dan akan kelihatan segar seperti baru dibeli. 

3. Halia dan kunyit yang terdedah akan cepat rosak. Cuba letak halia dan kunyit di dalam bekas plastik dan ikat rapi. Halia dan kunyit akan tahan lebih lama.  

Image result for halia + kunyit

4.Taugeh memang cepat layu dan mudah lembik. Untuk menyegarkan taugeh. Rendam taugeh dalam air dan letakkan sekeping asam gelugur di dalamnya. Taugeh akan kekal segar .

Image result for tips sayur tahan lama 

5.Untuk elakkan cili kisar cepat basi, semasa mengisar masukkan sedikit minyak. Cara ini bukan sahaja akan membuatkan cili kisar tahan lama tetapi akan menghancurkan bijinya. 

                                           
 
6. Jika anda membeli cili benggala dalam kuantiti yang banyak, ada kemungkinan ia akan rosak dan tidak segar lagi walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Apa kata anda lapkan terlebih dahulu cili benggala tersebut dengan kain lembap dan letak dalam bekas kedap udara sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
Image result for tips sayur tahan lama 

7. Jika mengupas bawang dalam kuantiti yang banyak, Jangan basuh bawang tersebut sebab ia akan cepat rosak atau busuk. Sebaliknya Simpan dalam plastik atau bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan barulah dibasuh.
Image result for bawang merah dikupas + bawang putih dikupas
Tahukah anda terdapat pencuci "Basic H" yang boleh mengembalikan kesegaran sayuran anda yang telah layu?  
Selamat mencuba petua warisan orang lama yang dikongsikan di atas. Semoga bermanfaat buat kita semua. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

1 comment: