Tuesday, March 28, 2017

Cara Penjagaan Kulit Ekzema, Psoriasis Dan Jerawat Yang Selamat Untuk Wanita Hamil

Walaupun tidak diketahui mengapa, sesetengah wanita mendapati kulit mereka bertambah mulus semasa hamil manakala sesetengah yang lain pula sebaliknya. Malangnya, tidak ada cara untuk meramalkan apa yang akan berlaku khusus dalam kes anda.

Jika anda mengalami ekzema

Cara terbaik ialah dengan melembapkan kulit sebanyak mungkin kerana ini akan mengurangkan kegatalan. Cuba elakkan dari menggunakan krim steroid jika boleh.

Steroid mempunyai tahap kekuatan yang berlainan, daripada krim yang sangat lemah yang boleh dibeli di kedai-kedai, kepada yang sangat kuat, yang hanya boleh diperolehi melalui priskripsi dan dinasihatkan supaya digunakan selama seminggu atau dua minggu sahaja. Jangan gunakan krim steroid sebagai kaedah pencegahan. Gunakanlah krim pelembap, dan ini boleh diperolehi melalui priskripsi daripada doktor anda. Sapukannya secara menyeluruh beberapa kali sehari jika perlu.

Jika kegatalan itu tidak dapat dikawal menggunakan pelembap dan krim, doktor anda mungkin boleh mempriskripsikan antihistamin seperti Piriton (klorofenamin), tetapi ini seharusnya hanya digunakan sebagai langkah terakhir ketika hamil. (Ubat ini juga boleh terserap ke dalam susu ibu, maka ia patut dielakkan oleh ibu-ibu yang menyusu badan.) Sentiasa dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat semasa hamil. 

Supplement Shaklee yang disyorkan:

Jika anda mengalami psoriasis

Sekali lagi, krim pelembap boleh digunakan secara menyeluruh dan selamat. Krim steroid berkekuatan rendah juga boleh digunakan. Ubat-ubat lain yang berasaskan tar arang dan dithranol juga dipercayai selamat. Walau bagaimanapun, kesannya ke atas kehamilan masih belum diketahui. Anda harus rujuk kepada pakar obstetrik anda dan ahli dermatologi (pakar kulit).

Dovonex (calcipotriol) adalah rawatan yang efektif tetapi masih belum diluluskan sebagai selamat dalam kehamilan, maka harus dielakkan.

Ubat-ubatan seperti methotrexate didapati boleh menyebabkan kecacatan janin, walaupun dalam dos kecil dan tidak sepatutnya diambil semasa hamil. Sementara itu, tidak banyak data diketahui tentang azathioprine dan kehamilan, maka lebih baik ia dielakkan juga.

Maklumkanlah kepada ahli dermatologi yang merawat anda bahawa anda sedang cuba untuk hamil supaya mereka boleh membekalkan ubat yang khas untuk anda lebih awal. 

Supplement Shaklee yang disyorkan:

Jika anda berjerawat

Kebanyakan doktor mempriskripsikan antibiotik untuk merawat jerawat dan sesetengah antibiotik tidak sesuai digunakan semasa hamil. Tetracyclines contohnya, boleh menyebabkan masalah pada tulang dan gigi bayi.

Sekali lagi, anda harus memberitahu doktor anda bahawa anda sedang merancang untuk hamil.

Krim kulit seperti Panoxyl dianggap selamat dan boleh diperolehi di kedai-kedai. Setakat ini, terdapat data yang cukup mengenai keselamatannya jika digunakan semasa hamil.

Sesetengah ubat jerawat seperti retinoids termasuk isotretinoin dan ubat sapu tretinoin (asid retinoik) tidak boleh digunakan semasa hamil kerana diketahui mempunyai kesan teratogenik pada janin (menyebabkan kecacatan janin).

Supplement Shaklee yang disyorkan:


Set Kehamilan Lengkap Shaklee mempunyai kesemua Supplement yang disyorkan. Anda bukan sahaja mendapat kebaikan untuk kulit malah lebih dari itu,

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya. Dengan setiap pembelian produk anda layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 ( Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment