SETIAP benda yang hidup, khususnya kita manusia yang lanjut usia, sudah pasti akan menempuh zaman tua sebelum ajal mendatang.Tapi bagaimana proses penuaan itu berlaku?
Badan manusia ini boleh diibaratkan seperti sebuah kenderaan. Kian lama kenderaan itu diguna pakai, maka sudah tentu ada bahagian-bahagian alatnya yang akan mengalami kerosakan, kehausan dan mungkin juga berkarat yang perlu dibaiki, diperbetul malah juga ada yang perlu kita ditukar ganti kerana tidak mampu dipergunakan lagi. Katakanlah sebuah skru pada enjinnya atau tali kipasnya yang kendur. Kalau alat-alat ini tidak diperbaiki sudah tentu ia akan menganggu perjalanan kenderaan itu ataupun menyebabkan enjinnya tidak dapat dihidupkan ataupun tidak dapat digerakkan walaupun enjinnya telah hidup.
Demikian juga dengan jasmani manusia, kian lama dipakai, tegasnya kian lanjut usia seseorang, maka segala tisu-tisu dan sel-sel badannya akan mengalami proses penuaan dan lusuh seperti kenderaan tadi juga. Kehausan atau kesusutan yang berlaku dalam badan manusia, sehingga ini dijangka kerana “radikal bebas” [free radical] yang dihasilkan oleh anggota-anggota dan tisu-tisu badan itu sendiri.
Mengikut Prof.Raj Sohal dari Southern Mehodist University Dallas, Amerika Syarikat, proses penuaan pada manusia itu telah bermula sejak kita berusia 25 tahun lagi. Proses penuaan ini kian pantas berlaku bila usia kita kian meningkat. Justeru waktu kita meningkat usia 40 tahun tanda-tanda penuaan itu akan mulai menonjol dan menjadi bertambah jelas ketika manusia berusia 55 tahun. Ini adalah fitrah kejadian manusia.
Sepanjang masa tersebut berbagai-bagai proses kesusutan atau degenerasi berlangsung, dan fungsi-fungsi anggota-anggota mulai menurun. Pada sesebuah kenderaan ada bahagian-bahagian tertentu lebih cepat mengalami kerosakan dari yang lain dan dengan kadar yang berbeza-beza. Minyak petrol jauh lebih cepat habis daripada minyak hitam atau minyak selender. Tayar kendaraan lebih cepat rosak daripada cermin tingkap. Begitulah juga keadaan jasmani manusia, ada organ yang cepat rosak dan ada pula organ yang lambat rosak.
Dalam hal ini, mana-mana sel organ badan kita yang tidak mempunyai kemampuan untuk membahagikan dirinya akan lebih cepat terganggu daripada sel-sel yang boleh membahagikan dirinya, seperti sel-sel otak, sel buah pinggang, sel-sel jantung dan juga sel-sel otot-otot.
Walau pun oksigen itu berguna kepada kita untuk pernafasan. Tapi dalam keadaan tertentu, molekul oksigen boleh menjadi tidak stabil dan mengancam keselamatan tubuh badan kita. Molekul oksigen yang tidak stabil ini dipanggil Radikal Bebas.
Radikal bebas ini terhasil bila badan kita mengendalikan oksigen dengan cara yang salah dan memudaratkan badan kita. Radikal bebas ini mampu menimpakan kerosakan pada sel-sel dalam badan kita. Kian lanjut usia kita, kian banyak radikal bebas itu dihasilkan, dan pada waktu itu kemampuan kita untuk berlindung daripadanya bertambah merosot.
Radikal bebas ini kalau tidak dikawal akan merosakkan anggota-anggota badan kita sebagaimana karat merosakkan besi-besi. Ia akan menjelajah di antara sel-sel dalam badan kita dan menimpakan gangguan kepada protein-protein, lemak dan juga bahan-bahan genetik atau baka kita [DNA] yang menyebabkannya tidak stabil atau rosak, dan dengan itu menghasilkan lebih banyak Radikal Bebas yang akan lebih banyak lagi melakukan kerosakan yang akan melahirkan berbagai-bagai jenis penyakit kronik.
Radikal bebas ini akan menimpakan berbagai-bagai kesan yang buruk terhadap tubuh badan kita. Kalau radikal bebas ini menyerang kulit, nescaya ia akan merosakkan tisu-tisu di bawah kulit yang menyebabkan kita kelihatan tua, kalau ia menyerang mata boleh menyebabkan tumbuh selaput putih dalam kanta mata kita yang menyebabkan pengelihatan mata kita menjadi tidak jelas, dan radikal bebas ini juga menghalang pembaikan pulih sel, menyebabkan prosesnya berlaku lebih sukar dan lambat, boleh meningkatkan risiko serangan penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain.
Setakat yang diketahui sumber antioksidan terdapat dalam Vitamin dan bahan-bahan galian beta karotene dan lycopene. Vitamin yang mengandungi antioksidan ialah Vitamin E dan Vitamin C. Vitamin E banyak terdapat dalam kekacang, ikan, minyak, buah avocado dan tauge, sementara Vitamin C pula terdapat dalam buah limau dan sayur-sayuran hijau. Beta karotene pula banyak terdapat dalam lobak merah, keladi dan kiju, dan lycopene pula banyak terdapat dalam tomato yang merupakan antioksidan yang baik.
Bahan-bahan yang dipercayai banyak mengandungi bahan-bahan antioksidan ialah zat zink, maganese dan selenium. Zat zink banyak terdapat dalam kekacang, dan telur , zat maganese banyak terdapat dalam kekacang dan selenium pula banyak terdapat dalam daging, ayam, makanan-makanan laut dan susu tanpa lemak.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko yang rendah untuk diserang penyakit kanser usus.
Justeru,
para penyiasat membuat kesimpulan, bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran
adalah merupakan antioksidan yang paling baik dan berkesan untuk tubuh
badan kita.
Kerosakan-kerosakan yang lebih teruk akibat radikal bebas dapat dikurang dengan mengelak daripada melakukan senaman-senaman yang berlebih-lebihan atau kerja kuat yang berlebihan, pendedahan kepada pencemaran, racun serangga, asap rokok dan berbagai-bagai faktor pencemaran alam sekitar, dadah, alkohol dan pengawet makanan.
Ingatlah, walaupun proses penuaan dari segi klinikal itu tidak dapat dicegah, tapi dipercayai proses penuaan itu dapat diperlahankan dengan amalan-amalan yang tertentu. Itulah rahsia awet muda. Apa yang penting dijaga ialahlah, jangalah wajah anda kelihatan lebih tua daripda usia anda yang sebenarnya. Janganlah wajah anda baru 25 tahun, tapi kelihatan seperti orang berusia 45 tahun, janganlah umur anda baru berusia 35 tahun, tapi kelihatan seperti orang berusia 65 tahun. Biarlah wajah anda bersesuaian dengan usia anda.
Memanglah benar tidak ada ubat tua. Proses penuaan tetap berlaku kepada manusia. Walaupun tanda-tanda penuaan pada wajah, khususnya kaum wanita mungkin dapat disorokkan dengan cara-cara yang tertentu, tapi proses penuaan pada bahagian dalaman tidak boleh ditahan-tahan dan tetap terus berlaku dan terus berlaku sehingga kita dijemput Allah ke sisiNya.
Berdoalah kepada Allah sebagaimana terkandung dalam sebuah Hadis Baginda saw. yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada dukacita dan kesedihan. Aku berindung kepadaMu daripada kelemahan dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada takut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari hutang dan penindasan”.HR:Al-Bukhari, al-Tirmizi & Abu Daud.
Hiduplah dengan beriman, bertaqwa, mahabah dan harmoni untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Set Vitamin A,C,E merupakan antioksidan yang dapat melawan Radikal Bebas |
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment