Kecederaan akibat terkena haba atau api kebiasaannya memerlukan rawatan yang teliti. Dari sudut perubatan, kecederaan ini boleh terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
Kecederaan Gred 1 (melecur)
Kecederaan ini terhad kepada lapisan paling luar kulit iaitu epidermis. Biasanya seseorang akan merasa sakit dan kawasan kulit terlibat akan berwarna kemerahan seperti terkena ‘sunburn’ dan melepuh (blister). Kecederaan ini biasanya disebabkan oleh terkena minyak atau air panas dan terkena besi yang panas.
Tidak semua kecederaan terbakar memerlukan rawatan doktor. Biasanya kecederaan melecur boleh dirawat di rumah sekiranya tahu teknik-teknik pertolongan cemas yang betul. Namun bagi kecederaan Gred 2 dan Gred 3pesakit dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengelak pelbagai komplikasi berbahaya seperti dehidrasi dan jangkitan kuman. Di sini saya akan memberikan cara yang betul untuk merawat luka melecur.
Kecederaan Gred 2
Kecederaan jenis ini adalah lebih serius daripada kecederaan melecur kerana ianya melibatkan lapisan kulit epidermis dan dermis. Kecederaan ini akan mengakibatkan kawasan kulit yang terlibat berasa sakit, melepuh dan berwarna merah keputihan, dan menyebabkan permukaan luka menjadi kering atau lembab dengan cecair tisu.Kecederaan Gred 3
Kecederaan jenis ini adalah yang paling serius kerana keseluruhan lapisan kulit terlibat. Biasanya kawasan kulit yang tercedera berkeadaan kering dan berwarna putih, hitam atau coklat gelap seperti warna beg kulit. Kecederaan jenis ini biasanya disebabkan oleh terkena api, renjatan elektrik atau bahan kimia seperti asid. Jika lambat dirawat, pesakit boleh mengalami dehidrasi dan ‘hypovolemic shock’.Tidak semua kecederaan terbakar memerlukan rawatan doktor. Biasanya kecederaan melecur boleh dirawat di rumah sekiranya tahu teknik-teknik pertolongan cemas yang betul. Namun bagi kecederaan Gred 2 dan Gred 3pesakit dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengelak pelbagai komplikasi berbahaya seperti dehidrasi dan jangkitan kuman. Di sini saya akan memberikan cara yang betul untuk merawat luka melecur.
Teknik-teknik pertolongan cemas untuk merawat luka melecur:
Menghilangkan radang, bengkak dan sakit.
- Cara pertama: Rendamkan atau basahkan kawasan kulit yang tercedera dengan larutan susu selama 15 minit. Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air yang bersih.
- Cara kedua: Tuamkan dengan tuala sejuk pada kulit yang melecur selama 15 minit dan ulangi proses tersebut sekerap yang mampu.
Mencegah jangkitan kuman Infeksi
- Disapukan dengan larutan dettol yang telah dicairkan selama seminit.
- Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air yang bersih.
- Lakukan proses ini sebanyak 2-3 kali sehari.
- Sekiranya kawasan kulit melepuh, jangan pecahkannya, sebaliknya biarkan ianya susut sendiri.
- Selepas itu, anda digalakkan menyapu krim antibiotik pada kawasan yang telah dibersihkan.
Dapatkan Krim Bebas Paraben dan Menyejukkan sesuai untuk Menghilangkan kesan lecur Di SINI
Mencegah parut
Disamping itu, anda juga digalakkan mengambil Vitamin A, C, E dan zat zinc kerana ianya mengandungi antioksida dan dapat mempercepatkan pembentukkan kolagen pada kulit.
Sekiranya anda mendapati luka tersebut melarat seperti bernanah, dapatkan nasihat doktor secepat yang mungkin. Kaedah yang diterangkan seperti di atas hanya sesuai untuk luka Gred 1 sahaja.
Ketahui Kaedah Cepat Pulihkan Luka Dengan Mudah DiSINI
Ketahui Kaedah Cepat Pulihkan Luka Dengan Mudah DiSINI
Berminat untuk mendapatkan produk
Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda
boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak
mendapat konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment