Tuesday, September 27, 2016

Tips Rawatan Luka Melecur Di Rumah


Kecederaan akibat terkena haba atau api kebiasaannya memerlukan rawatan yang teliti. Dari sudut perubatan, kecederaan ini boleh terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Kecederaan Gred 1 (melecur)

Kecederaan ini terhad kepada lapisan paling luar kulit iaitu epidermis. Biasanya seseorang akan merasa sakit dan kawasan kulit terlibat akan berwarna kemerahan seperti terkena ‘sunburn’ dan melepuh (blister). Kecederaan ini biasanya disebabkan oleh terkena minyak atau air panas dan terkena besi yang panas.

Kecederaan Gred 2

Kecederaan jenis ini adalah lebih serius daripada kecederaan melecur kerana ianya melibatkan lapisan kulit epidermis dan dermis. Kecederaan ini akan mengakibatkan kawasan kulit yang terlibat berasa sakit, melepuh dan berwarna merah keputihan, dan menyebabkan permukaan luka menjadi kering atau lembab dengan cecair tisu.

Kecederaan Gred 3

Kecederaan jenis ini adalah yang paling serius kerana keseluruhan lapisan kulit terlibat. Biasanya kawasan kulit yang tercedera berkeadaan kering dan berwarna putih, hitam atau coklat gelap seperti warna beg kulit. Kecederaan jenis ini biasanya disebabkan oleh terkena api, renjatan elektrik atau bahan kimia seperti asid. Jika lambat dirawat, pesakit boleh mengalami dehidrasi dan ‘hypovolemic shock’.

Tidak semua kecederaan terbakar memerlukan rawatan doktor. Biasanya kecederaan melecur boleh dirawat di rumah sekiranya tahu teknik-teknik pertolongan cemas yang betul. Namun bagi kecederaan Gred 2 dan Gred 3pesakit dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengelak pelbagai komplikasi berbahaya seperti dehidrasi dan jangkitan kuman. Di sini saya akan memberikan cara yang betul untuk merawat luka melecur.

Teknik-teknik pertolongan cemas untuk merawat luka melecur:

  •  Menghilangkan radang, bengkak dan sakit.

Untuk menghindar radang dan bengkak kulit daripada melarat, beberapa cara boleh dilakukan.
  1. Cara pertama: Rendamkan atau basahkan kawasan kulit yang tercedera dengan larutan susu selama 15 minit. Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air yang bersih. 

  2. Cara kedua: Tuamkan dengan tuala sejuk pada kulit yang melecur selama 15 minit dan ulangi proses tersebut sekerap yang mampu.
  • Mencegah jangkitan kuman Infeksi

Boleh mengakibatkan sesuatu luka lambat baik dan berisiko tinggi untuk meninggalkan parut. Dengan itu, ianya harus dielakkan sebaik mungkin. Untuk mencegah infeksi, kawasan kulit yang melecur hendaklah
  1. Disapukan dengan larutan dettol yang telah dicairkan selama seminit. 
  2. Kemudian bilas kawasan tersebut dengan air yang bersih. 
  3. Lakukan proses ini sebanyak 2-3 kali sehari. 
  4. Sekiranya kawasan kulit melepuh, jangan pecahkannya, sebaliknya biarkan ianya susut sendiri. 
  5. Selepas itu, anda digalakkan menyapu krim antibiotik pada kawasan yang telah dibersihkan.
Krim antibiotik yang disyorkan adalah fusicort cream. Ianya boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik yang berdekatan.
Dapatkan Krim Bebas Paraben dan Menyejukkan sesuai untuk Menghilangkan kesan lecur Di SINI
  • Mencegah parut

Selepas 3 hari, anda bolehlah mencari pokok aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya. Cecair pada pokok ini sangat berguna untuk merawat dan menghindar luka daripada meninggalkan parut. Sapukan cecair aloe vera selepas kawasan melecur tersebut telah dibersihkan, sebaik-baiknya selepas mandi.

Disamping itu, anda juga digalakkan mengambil Vitamin A, C, E dan zat zinc kerana ianya mengandungi antioksida dan dapat mempercepatkan pembentukkan kolagen pada kulit.
Sekiranya anda mendapati luka tersebut melarat seperti bernanah, dapatkan nasihat doktor secepat yang mungkin. Kaedah yang diterangkan seperti di atas hanya sesuai untuk luka Gred 1 sahaja.

Ketahui Kaedah Cepat Pulihkan Luka Dengan Mudah DiSINI 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive