Apabila cirit birit melanda, ada antara kita hanya pasrah, dan menahan sakit memulas. Ada juga yang prihatin dan terus ke klinik untuk dapatkan rawatan, habis-habis pun ada yang mengambil ubat di farmasi atau tabib cina. Di sini, saya ingin membantu anda untuk menangani masalah melalui pemakanan.
Makanan tercerna akan bergerak melalui usus dan membawa bersama cecair, jadi apabila sampai di kolon, tekstur sisa akan menjadi berair. Cecair berlebihan ini akan diserap semula masuk melalui kolon. Tetapi apabila terdapat rangsangan dari bakteria atau virus yang mengganggu proses, dinding usus akan meradang menjadikannya sukar untuk menyerap lebihan air pada sisa. Hasilnya, masalah cirit-birit.
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor jika cirit-birit berterusan selama dua hari, jika anda mengalami cirit-birit berdarah atau jika anda kehilangan banyak air melebihi kemampuan anda untuk minum. Ini penting terutamnya bagi individu berumur dan kanak-kanak.
Jadi, preskripsi makanan adalah seperti dibawah:
1) Jus epal, air dan cecair jernih lain.
Cirit-birit akan mengurangkan kandungan air dalam badan dan seterusnya menyebabkan dehidrasi. Pengambilan air yang mencukupi akan menggantikan air yang hilang, begitu juga dengan cecair jernih yang lain seperti jus epal, sup yang juga akan menggantikan garam dan mineral yang hilang.Sasaran: Bermula dengan pengambilan beberapa teguk cecair dan teruskan dengan pengambilan secawan setiap setengah jam.
2) Teh
Teh akan membantu badan menyerap cecair sementara mengurangkan keradangan pada saluran usus. Pastikan air teh yang disediakan tidak terlalu panas, kerana air panas akan merangsang pengecutan usus. Pilih teh yang mengandungi teh sebenar bukan sekadar perisa, serta teh yang kurang kafein. Ini kerana kafein menyebabkan dehidrasi lebih teruk. Ketahui teh yang mengembalikan tenaga segera anda di SINISasaran: 3-4 cawan sehari
3) Cecair rehidrasi
Apabila cirit-birit berterusan selama berhari-hari, ia akan mengganggu keseimbangan elektrolit badan terutamnya natrium dan kalium. Minuman kecergasan mampu menggantikan elektrolit yang hilang tetapi selalunya ia tidak mengandungi natrium yang mencukupi untuk penyerapan maksima.Ia juga tinggi kandungan gula yang menyebabkan cirit-birit lebih teruk. Pilih cecair rehidrasi oral yang boleh diperolehi di kaunter farmasi dan bukanlah minuman kecergasan seperti gatorade atau 100 plus.
Anda juga boleh menyediakan cecair rehidrasi sendiri dengan mencampurkan 1 liter air, 1/4 sudu teh garam, 1/4 sudu teh soda bikarbonat dan 2 sudu makan madu, kacau sehingga sebati.
Sasaran: Gunakan cecair dehidrasi yang dibeli mengikut arahan yang diberikan. Minum secara kerap untuk pengambilan 3 litre sehari.Tahukah terdapat minuman isotonik tanpa gula, perasa dan pewarna tiruan serta bebas karbonat.
4) Nasi putih
Nasi putih selalunya rendah kandungan serat, ia akan melambatkan cirit-birit. Nasi juga akan membantu usus menyerap lebih banyak air, menghasilkan sisa yang lebih pejal.Sasaran: Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sehidangan.
5) Pisang
Pisang senang untuk dicerna, menjadikannya snek yang terbaik semasa menghadapi masalah cirit-birit. Pisang juga kaya kandungan kalium, kanji dan serat larut, yang membantu menghasilkan sisa yang lebih pejal.Sasaran: 1-2 hidangan sehari.
6) Epal
Buah epal kaya kandungan pektin, iaitu sejenis serat larut. Bagi mengurangkan kesan rangsangan usus, makan epal yang telah dikupas.Sasaran: 1/2 epal bagi setiap jam.
7) Yogurt dengan kultur hidup.
Pengambilan yogurt atau minuman yogurt berkultur mampu mencegah dan merawat cirit-birit yang disebabkan oleh bakteria 'jahat'. Jika cirit-birit disebabkan oleh antibiotik yang membunuh kedua-dua bakteria baik dan jahat. Adalah penting untuk menggantikan bakteria baik yang hilang.Sasaran: 1/2 cawan dua kali sehari.
Menu Yang Perlu DiElak
'OFF THE MENU" ~1) Berhenti makan,atau minum
Ketika episod cirit-birit, penyembuhan akan lebih perlahan jika kita menghadkan pengambilan makanan. Cuba makan semampu mungkin, secara seimbang dan jangan terlalu berpantang.2) Makanan tinggi lemak, gula dan kandungan sorbitol.
Lemak menyukarkan pencernaan, dan gula pula menjadi 'makanan kegemaran' bakteria. Manakala sorbitol yang terkandung dalam makanan tertentu seperti mint dan gula-gula getah akan menyebabkan cirit-birit berlanjutan.3) Susu dan produk tenusu
Jika anda menghidap alahan laktosa, produk tenusu akan menyebabkan cirit-birit. Gula dalam susu juga akan menyebabkan cirit-birit makin teruk meskipun tanpa alahan. Cuba minum susu soya sebagai alternatif.4) Alkohol,kafein dan tablet vitamin C
Alkohol dan kafein bersifat diuretik dan akan menyebabkan masalah dehidrasi lebih teruk. Dos vitamin C yang tinggi (sekitar ribuan miligram) akan merangsang cirit-birit.Semoga bermanfaat!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment