Thursday, June 19, 2014

Jangan Halang Anak Hisap Jari

Budaya menghisap jari bukan sekadar tabiat biasa si kecil. Lebih menarik,fe`el ini mampu memberikan kepuasan yang cukup istimewa baginya.

Menurut Dr. Mariani Md.Nor,pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling ,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,peringkat oral merupakan tahap pertama yang perlu di lalui anak kecil dari usia bayi sehingga umurnya dua tahun.
Dr.Mariani Md Nor
Ceritanya lanjut,pada peringkat tersebut,kanak-kanak akan memperoleh kepuasan diri melalui aktiviti yang melibatkan mulut.Ini turut merangkumi kepuasan dari perspektif keselesaan dan keseronokan.Tegas Dr.Mariani lagi,fitrah inilah yang mendorong  anak kecil untuk ralit menghisap jarinya sendiri,termasuklah jari kaki.

Alam anak kecil sememangnya unik dan istimewa.Dan mungkin juga ramai yang tidak sedar bahawa selain memberikan kepuasan,aktiviti menghisap jari sebenarnya turut membina keyakinan pada diri anak.
"Kalau dia melalui tahap kepuasan dengan baik,dia akan berasa seronok.Dia akan percaya pada dirinya dan juga percaya pada orang lain"'ujar Dr.Mariani.
    
Lantaran itu,beliau mengingatkan ibu bapa agar tidak cuba menghalang anak menghisap jari.Ini kerana tindakan tersebut mampu meninggalkan impak negatif pada kemudian hari.

"Kita patut tahu bahawa aktiviti nya pada peringkat itu ialah dengan mengunakan mulut.Jadi dia tidak sepatut nya di halang kerana ini bolih menjejaskan personalitinya.Ia bolih memberikan kesan jangka panjang."hurai beliau lagi.

Walau bagaimana pun,pada masa yang sama Dr.Mariani turut mengakui bahawa kanak-kanak yang sudah melewati usia dua tatun tidak wajar di galakkan untuk terus menghisap jari.Bercerita lanjut,beliau menyifatkan kanak-kanak yang enggan berhenti daripada tabiat tersebut sebenarnya tidak memperoleh kepuasan yang sepatutnya dia kecapi ketika masih kecil.Dan ini mungkin meliputi aspek kasih sayangserta perhatian.Lebih daripada itu,konsep kendirinya juga turut condong menjadi negatif.

Tambah Dr.Mariani,tabiat menghisap jari bolih menyebabkan kanak-kanak berasa malu.Lantaran itu,dia mungkin terdorong untuk lebih banyak menghabiskan waktu bersendirian.Akhirnya,pergaulan dengan rakan-rakan juga mula menjadi sifar.Natijahnya,dia memiliki konsep kendiri yang negatif.Apabila situasi ini  berlaku,'esteem'kendiri akan turut menurun di sebabkan nilai harga dirinya yang juga mungkin berkurangan.

Jelas beliau,ibu bapa bolih mengajak anak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bagi mengalihkan perhatiannya.Penyertaan dalam aktiviti yang banyak mengunakan tangan membolihkan dia terlipa sebentar akan tabiatnya.Dan ini sedikit sebanyak membantunya untuk menghentikan tabiat tersebut.Bagi anak yang turut memiliki 'esteem'kendiri yang rendah ,pendedahan terhadap pergaulan dengan rakan-rakan sebaya lain juga mampu memperbaiki dan meningkatkan nilai 'esteem'kendirinya.

"Terangkan kepada anak bahawa kalau hendak berkawan dengan kanak-kanak lain,dia tidak bolih menghisap jari."tokok beliau lagi.

Selain itu,beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memberikan alasan yang kukuh dan munasabah.Jawapan yang berunsurkan pembohongan boleh menimbulkan kekeliruan walaupun ada kemungkinan anak akan berhenti daripada menghisap jari.

Gemar menghisap jari adalah fitrah anak kecil.Lantaran itu,menghukumnya semata-mata mahu dia menghentikan amalan tersebut bukan lah suatu yang wajar.Malah,tanpa sedar ia seolah-olah menafikan kebolehan anak kecil melakukan aktiviti peringkat pertama nya yang lebih banyak mengunakan mulut.Lebih buruk lagi,cara tersebut juga secara tidak langsung mendidik anak bersikap ragu-ragu,rendah diri serta tidak percaya pada diri sendiri.  


Share:

Wednesday, June 18, 2014

Set Bajet:Susu Berganda Dengan Double Milk Booster Terhebat.

Esp dan Alfalfa Double Booster TerHebat!!!
Hai ibu – ibu biasa tak dengar Milkbooster atau pengalak susu. Macam-macamkan petua yang boleh kita jumpakan bila tanya En Google? Diantara makanan yang boleh membantu meningkatkan pengaliran susu.Contohnya:

 1. Lobak Putih
 2. Daun Pegaga
 3. Halba
 4. Susu
 5. Kurma / Kismis
 6. Longan kering
 
Sempat ke nak cari dan nak masak untuk menyediakan semua2 tu???
Sibuk dengan baby lagi ngan anak2 yang lain2 lagi???
Kalau tersilap penyediaannya kurang pulak khasiat dan zat yang terkandung dalam makanan tu???

Jadi penyelesaiannya yang mudah anda boleh dapatkan jer SET BAJET PENYUSUAN SHAKLEE.
Set Bajet Penyusuan Shaklee ni  terdiri daripada ESP dan Alfafa. Ianya membantu ibu lebih bertenaga dan membantu pengaliran susu yang lebih cepat.
 
Kenapa Esp dan Alfalfa? 
Esp adalah protien susu soya Shaklee yang bertindak sebagai Milkbooster terhebat dan kesannya boleh dirasa seawal minggu pertama penggunaan asalkan ibu konsisten  megepam dan pengambilan air 3 litter sehari.Malah ramai ada ibu-ibu yang telah merasa perubahan seawal hari pertama pengambilan.

Alfalfa Sejenis herba yang digunakan oleh orang barat berapa ratus tahundahulu untuk kesihatan dan pengalak susu.
 
Jadi Pengambilan Set Penyusuan Double Booster Esp dan Alfalfa  bukan sahaja untuk penyusuan malah banyak kelebihannya antaranya,menganjalkan kulit dan payudara,merawat keputihan,merawat sakit ketika bersama,membantu merawat kulit kusam,Tingkatkan kadar metabolisme,memberi tenaga
extra,jeragat,parut..Banyakkan kelebihannya??

Jom Tengok Testimoni yang telah mengambil Esp dan Alfalfa:


Untuk mendapatkan Set Bajet:Susu Berganda ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee! 
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Berminat untuk Kurus dengan cara Sihat dan Berkesan walaupun menyusu badan? Dapatkan Set Kurus Penyusuan Shaklee yang terbukti Natural, Selamat dan pastinya Berkesan.




 
Share:

Saturday, June 14, 2014

Diet mengikut 4 Jenis Darah

Selalu diet tetapi tidak berjaya? Tahu tak sebenarnya kita boleh diet mengikut kumpulan darah? Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D' Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. 

"Setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki", kenyataan dalam buku Dr. Peter J.D' Adamo yang bertajuk "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996.
 
Diet untuk golongan darah "A"
 
Sayur-sayuran bagus dimakan untuk kesihatan
Disarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. 

Buah-buahan
Individu darah jenis ini juga perlu mengambil buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Juga disarankan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung, lemak, kekacang dan bijirin serta susu kacang soya. Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Diet untuk golongan darah "B"
Individu darah jenis B lebih fleksibel berbanding golongan darah A. Disarankan makan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi dan hindari makanan beku atau makanan dalam tin. Lebih elok makan sayuran hijau yang kaya dengan magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali "blue chesse" dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Diet untuk golongan darah "AB"
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi, minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Diet untuk golongan darah "O"
Disarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Turut disarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus mengurangkan pemakanan semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Juga perlu menghindari sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Jeruk juga harus dihindari kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Terdapat sedikit pertikaian terhadap hasil kajian Dr. Peter J.D" Adamo ini oleh pakar pemakanan.  Apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Jadi terpulang kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D' Adamo ataupun tidak.

Berminat untuk Kurus dengan cara Sihat dan Berkesan? Dapatkan Set Kurus Shaklee yang terbukti Natural, Selamat dan pastinya Berkesan.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
 Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852


Share:

Friday, June 13, 2014

Petua '88888' Elak Berat Badan Naik.

Berat badan naik ialah penyakit tidak berjangkit. Kalau berjangkit,  'habislah dunia...'.
 
Menteri Kesihatan bagi penggal 2012 bagi petua elak berat badan naik '88888' ni. 
Sebelum tu, siapakah nama Menteri Kesihatan tu?
ok, pandaaaai ingat lagi nooo jawapannya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi petua elak badan naik iaitu dengan mengamalkan Gaya Hidup '88888':
1. Makan sehingga 80% kenyang.
2. Makan malam sebelum 8 malam.
3. Minum 8 gelas air jarang.
4. Tidur cukup 8 jam.
5. Jalan kaki 8,000 langkah sehari.

*Ada berani??? 
sumber: Kosmo 20 Mac 2012
 
Kalo nak lebih mudah ambil jer Set kurus Shaklee , lecithin dengan alfafa, berat boleh turun dan boleh maintain jer.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 

 
 
 
Share:

Tuesday, June 10, 2014

10 Langkah Mudah Untuk Naikan Berat Badan

Ramai orang yang kurus inginkan cara berkesan atau petua tambah berat badan. Kadangkala disebabkan badan terlalu kurus dan geding menyebabkan mereka hilang keyakinan diri. Namun untuk tambah berat badan ini menjadi sukar untuk sesetengah orang. Bagi sesetengah orang pula berat badan boleh bertambah dengan mudah. Kadangkala mereka risau pula dengan dengan pertambahan berat badan ini.
Dibawah dinyatakan 10 petua untuk tambah berat badan

1. Makan Makanan Berkalori Tinggi.
Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500– 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi.
Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.

3. Makan Mengikut Jadual. 
Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan  jangan abaikan waktu makan anda.

4. Makan Lewat Malam.
Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.

5. Makan Daging Merah Lebih. 
Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Makan dan Berehat Secukupnya. 
Tidak ada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 – 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu.
Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.

8. Bersenam Untuk Membina Otot-Otot.
Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Seeloknya anda amalkan senaman
angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi ingat, penambahan atau pembinaan tisu otot-otot anda  bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang anda warisi.

9. Belajar Mengurangkan Ketegangan.
Ini  agak sukar untuk dilakukan tetapi sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Tekanan atau ketegangan adalah salah satu punca yang menyebabkan anda hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Justeru,  pastikan anda berada dalam golongan mana supaya mudah untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.

10. Pantau Berat Badan.
Jangan terlalu asyik dengan penimbang berat anda. Berat badan anda berkemungkinan berubah setiap hari dan anda pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu.
Nota: Ramai juga orang yang berat badan mereka bertambah apabila meningkat usia. Ini mungkin kerana pada usia begitu, mereka kurang aktif, lebih sabar, boleh menangani tekanan serta mempunyai lebih masa untuk menikmati sajian. Anda perlu faham bahawa untuk mendapatkan berat badan yang berkualiti akan memakan masa dan juga kesabaran. Yang pasti, tiada formula ajaib untuk mempercepatkan hasilnya.

Semoga dengan petua di atas, mampu sedikit sebanyak membantu anda tambah berat badan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set tambah berat badan Shaklee anda bolehlah:

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
Share:

Saturday, June 7, 2014

Set Tambah Berat Badan Shaklee

Kebiasaanya orang bertanya pasal slimming set,tapi jangan tak tau ada juga yang bertanya tentang cara nak tambah berat badan. 
Jika anda mengalami masalah ini anda boleh mencuba Set Tambah Berat Badan Shaklee.Buat masa ini memang Set ini terbaik di pasaran untuk naikkan berat badan.

Bukan semua ingin mencari supplement untuk kurus, malah ada juga mereka yang mencari supplement untuk TAMBAH BERAT BADAN! terutama untuk mereka yang KURUS atau SANGAT KURUS yang lebih menginginkan berat badan yang lebih ideal. Kami ingin menyarankan 3 supplement Shaklee yang asas dan lengkap untuk membantu anda tambah berat badan anda dan menjadikan bentuk badan anda lebih ideal.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/10/tambah-berat-badan-dengan-supplement.html#sthash.RHTfOHVG.dpuf
Dalam Set Tambah Berat Shaklee ni terdapat VitaLea, vitamin B Complex dan Meal Shakes. Jom kita kenali kehebatan setiap supplemen ni.
MEAL SHAKES
Meal Shakes ni yang membuatkan dia BEST adalah rasa dia memang awesome! Macam rasa vanila shakes gitu. Meal Shakes kaya dengan PROTEIN dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita. Yup, untuk menambah berat badan, tips simplenya adalah makan makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin.  
Meal Shakes juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. 

VITA-LEA

Vita-Lea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 
  • 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 
  • 12 vitamin dan 
  • 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet. 
Wow!! Ianya merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Vita-Lea merupakan supplement penting kerana ia memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening. 

B COMPLEX

Pengambilan vitamin B Complex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Si kurus biasanya akan berasa cepat letih dan lesu. B Complex menukarkan makanan kepada tenaga, dimana ia mambantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan. Istimewanya B Complex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Untuk mendapatkan Set Tambah Berat Badan ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852


Share:

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

  

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?  
Anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
             
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya? 
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan? 
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Anda juga boleh memilih Set Mighty 3 Germs iaitu terdiri dari pada minuman Performance Shaklee, mealshakes dan ESP. Ianya dapat membantu anda daripada keletihan dan dihidrasi sepanjang anda berpuasa disiang hari. 
Semoga tips ini dapat membantu ibu hamil diluar sana kekal sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa.

Untuk mendapatkan Set Mighty 3 Germs ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels