Apa yang patut saya makan selepas bersalin?
Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin
penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya
dengan protein, kalsium dan zat besi. Berikut adalah kumpulan makanan
utama yang anda harus makan setiap hari:
- Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.
- Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.
- Susu dan produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.
- Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sama ada dimakan mentah atau dimasak.
Zat besi
Semasa menyusukan bayi, kebiasaannya ibu tidak kedatangan haid selama beberapa bulan. Oleh itu, kehilangan zat besi setiap bulan tidak berlaku. Walau bagaimanapun, ibu memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang. Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis. Ibu yang mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi.
Kalsium
Semasa menyusukan bayi, kebiasaannya ibu tidak kedatangan haid selama beberapa bulan. Oleh itu, kehilangan zat besi setiap bulan tidak berlaku. Walau bagaimanapun, ibu memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang. Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis. Ibu yang mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi.
Kalsium
Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu
ibu mengandungi kalsium. Apabila paras kalsium di dalam darah ibu
tidak mencukupi untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam
tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan
jisim tulang ibu berkurangan. Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan
pengambilan makanan yang tinggi kalsium. Sumber utama kalsium adalah
susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt.Terdapat banyak sumber
kalsium lain yang boleh diambil, termasuk:
- Ikan dalam tin, seperti sardin, ikan tongkol dan tuna yang dimakan bersama tulangnya. Ikan bilis juga merupakan sumber kalsium yang baik terutama sekiranya dimakan bersama tulangnya.
- Bijirin penuh dan tepung bijirin penuh.
- Tauhu dan susu soya.
- Sayur-sayuran berdaun hijau.
- Kekacang dan buah-buahan kering seperti kacang walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang dikeringkan.
Perlukah saya minum susu untuk menghasilkan susu ibu?
Tiada haiwan lain selain manusia yang minum susu haiwan lain. Namun,
haiwan masih boleh menghasilkan susu yang diperlukan oleh anak mereka.
Anda boleh mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan
susu melalui pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Perkara
utama yang perlu untuk mengekalkan bekalan susu ibu adalah dengan
menyusukan bayi secara kerap dan berkesan.
Berapa banyak saya harus minum semasa menyusukan bayi?
Secara amnya, anda perlu minum apabila merasa dahaga. Walau
bagaimanapun, urin yang berwarna cerah boleh dijadikan petanda yang anda
telah minum air dengan secukupnya. Kebanyakan ibu akan berasa dahaga
apabila menyusukan bayi, terutama bayi baru lahir. Oleh itu, sentiasa
sediakan bekalan air berhampiran dengan anda semasa menyusukan bayi.
Apakah makanan yang harus dan tidak harus dimakan semasa menyusukan bayi?
Seseorang ibu yang menyusukan bayi tidak memerlukan makanan khas untuk
menghasilkan atau meningkatkan penghasilan susu. Hisapan bayilah yang
menentukan jumlah susu yang dihasilkan. Tubuh ibu akan menggunakan
kombinasi makanan yang dimakan dengan nutrien yang tersimpan di dalam
badannya untuk menghasilkan susu. Jika makanan yang ibu ambil tidak
mencukupi, nutrien yang tersimpan di dalam badan akan digunakan. Pelbagai makanan yang diambil dapat memastikan ibu mendapat
kesemua nutrien yang diperlukan, tanpa menjejaskan kesihatan ibu.
Namun demikian, terdapat beberapa jenis makanan yang ibu perlu hadkan semasa menyusukan bayi termasuk kopi dan alkohol. Bahan seperti kafein yang terdapat di dalam kopi dan alkohol serta toksin lain boleh melepasi darah ibu dan masuk ke dalam susu ibu. Oleh yang demikian, bahan-bahan tersebut perlu dielakkan. Nikotin daripada rokok dan dadah juga boleh masuk ke dalam susu ibu dan mesti dielakkan.
Namun demikian, terdapat beberapa jenis makanan yang ibu perlu hadkan semasa menyusukan bayi termasuk kopi dan alkohol. Bahan seperti kafein yang terdapat di dalam kopi dan alkohol serta toksin lain boleh melepasi darah ibu dan masuk ke dalam susu ibu. Oleh yang demikian, bahan-bahan tersebut perlu dielakkan. Nikotin daripada rokok dan dadah juga boleh masuk ke dalam susu ibu dan mesti dielakkan.
Bolehkah saya mengamalkan diet vegetarian semasa saya menyusukan bayi?
Wanita
yang tidak makan daging tetapi mengambil susu dan hasil tenusu atau
telur, lazimnya tidak mengalami masalah untuk menyusukan bayi. Bagi ibu
yang mengamalkan diet yang langsung tidak mengandungi bahan-bahan
tersebut (seperti diet vegan atau makrobiotik), ibu perlu menambah sumber vitamin B12 di dalam dietnya melalui cara-cara lain. Kebanyakan pengamal diet vegetarian mengambil suplemen untuk menambah pengambilan vitamin B12 mereka.
Bolehkah saya mengurangkan berat badan semasa menyusukan bayi?
Menyusukan bayi membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil dan
badan akan menggunakan lemak tersebut untuk menghasilkan susu ibu. Ibu
yang menyusukan bayi boleh kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang
0.5 kg sebulan hanya melalui penggunaan tenaga untuk penghasilan susu
ibu.
Jika anda membuat keputusan untuk mengurangkan sedikit pengambilan
makanan, tunggu sehingga enam atau lapan minggu selepas melahirkan bayi. Anda dinasihatkan untuk
mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan dengan menggabungkan
amalan pengambilan makanan yang seimbang dan kurang lemak serta
melakukan senaman secara sederhana. Pengurangan berat badan yang
mendadak boleh membahayakan bayi memandangkan toksin yang tersimpan di
dalam lemak ibu boleh terbebas, masuk ke dalam darah dan seterusnya
masuk ke dalam susu ibu.
Adakah berpuasa semasa bulan Ramadan boleh memberi kesan kepada bekalan susu saya?
Kajian telah menunjukkan bahawa berpuasa dalam tempoh yang singkat
seperti berpuasa dalam bulan Ramadan, tidak memberi kesan kepada bekalan
susu. Walau bagaimanapun, dehidrasi yang teruk boleh memudaratkan. Para
penyelidik mendapati bahawa tubuh ibu yang berpuasa pada waktu siang
boleh menyerap air dengan banyak pada waktu malam dan mengurangkan
dehidrasi pada waktu siang. Oleh yang demikian, adalah penting
untuk anda minum secukupnya semasa berbuka puasa dan bersahur.
Perlukah saya mengambil pil suplemen?
Seorang wanita yang sihat dan mengambil diet yang seimbang iaitu yang
mengandungi bijirin dan produk bijirin, daging, ikan, sayur-sayuran dan
buah-buahan lazimnya tidak memerlukan pil suplemen semasa menyusukan
bayi. Suplemen vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan diet yang
seimbang. Walau bagaimanapun, anda harus pastikan yang anda mengambil
cukup kalsium, vitamin D dan zat besi.
Jika anda merasakan anda tidak dapat mengambil nutrisi yang disarankan melalui pemakanan yang seimbang, anda boleh mencuba SET BERSALIN Shaklee ini. Ianya mempunyai vitamin yang lengkap dan seimbang untuk tubuh badan bagi mempercepatkan penyembuhan dan memberikan kecergasan kepada ibu selepas bersalin. Sudah
ramai ibu-ibu yang mencubanya dan alhamdulilah ramai yang telah berjaya.
Tunggu apa lagi dapatkan produk ini untuk kebaikan anda dan bayi
tersayang.
0 comments:
Post a Comment