Secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti
mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja yang berbeza. Perbezaan
ini bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan
pemprosesan.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus.
Air
Mineral Semula jadi
|
Air
Minuman Berbungkus
|
|
Punca
|
Sumber daripada strata kandungan
air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar.
Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan. |
Semua punca air yang selamat
seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai,
kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air).
Perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan. |
Penambahan mineral
|
Tidak boleh diperkaya/diperkuat
atau ditambah dengan vitamin atau mineral.
|
Boleh mengandungi tambahan garam
klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium
serta karbon dioksida.
|
Penambahan karbon dioksida
|
Dibenarkan
|
Dibenarkan
|
Pelakuan / rawatan
|
Tertakluk kepada satu atau
beberapa rawatan berikut dengan syarat kandungan air atau mineral tidak
terubahsuai /berubah.
Perlu mematuhi standard yang
ditetapkan.
|
Semua jenis rawatan boleh digunakan
asalkan standard air mematuhi standard yang ditetapkan.
Jenis –jenis rawatan ke atas air minuman;
|
Label
|
Perlu dilabel dengan :
|
Perlu dilabel sebagai
|
Pembungkusan / Botol
|
Penutup botol pelbagai warna.
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.
|
Penutup botol berwarna putih.
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar. |
Kekeliruan yang biasa ditanya oleh pengguna
Ada pengguna yang keliru dengan penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan ozon water.
Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang
dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan
tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan
klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk
membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk
membunuh kuman (disinfeksi).
Nasihat kepada pengguna
Pengguna harus tahu perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air
minuman berbungkus yang dibotolkan. Cara paling mudah untuk membezakan
kedua-dua jenis air ini ialah dengan membaca label dan melihat pada
penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman berbungkus dan
pelbagai warna untuk air mineral semula jadi.
CONTOH LABEL AIR MINUMAN BERBUNGKUS
CONTOH LABEL AIR MINERAL SEMULAJADI
Anda berminat dengan sistem penurasan air multi-paten baru yang
menghasilkan air yang lebih sihat.Anda boleh dapatkan Get Clean® Water Pitcher.
0 comments:
Post a Comment