Penjagaan gigi anak-anak seharusnya diberi lebih perhatian sebaik sahaja
 gigi mereka tumbuh.Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh 
sekitar 6 bulan dan ke atas.Berus gigi yang khusus boleh digunakan 
dalam penjagaan gigi bayi anda. Kini terdapat kepelbagaian jenis berus 
gigi bayi di pasaran untuk anda pilih,ada yang boleh di sarunkan di 
jari ibu dan ada juga jenis batang yang biasa seperti orng dewasa.
Ubat gigi tidak wajar diberikan kepada bayi anda yang berumur 18 bulan 
ke bawah. Memadailah memberus hanya menggunakan air dan berus 
sahaja..Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda 
berusia 2 
tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda 
mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda 
disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda 
hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja     ( sebesar kacang pis) di atas 
berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 
tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi 
kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – 
kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan 
sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies 
maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.
Cara memberus gigi bayi anda.
 
Berus bayi  anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
 1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi
 anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut. 
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini 
digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. 
Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian
 sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi bayi anda. Nyanyikan 
lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka 
pemberusan gigi pun habis.
5. Bagi yang menggosok gigi bayi,,, memadaidengan menggunakan air ye.. 
sbb baby x pandai kumur lg.....tetapi jika anak-anak sudah berusai 18 
bulan ke atas, Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan 
risau 
sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan 
florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat 
gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi. 









0 comments:
Post a Comment