Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2
minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini
adalah pengalaman pertama anda. Berikut adalah beberapa masalah biasa
yang dialami oleh sesetengah ibu :
- Kebengkakkan payu dara
- Puting melecet
- Tidak cukup susu
1. Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.
Tanda-tanda dan gejala:
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
- Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
- Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan:
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:- Kesukaran untuk bayi menyusu
- Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
- Jangan berhentikan penyusuan.
- Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
- Susukan bayi anda dengan kerap.
- Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
- Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
- Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
- Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
Pencegahan :
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:- Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
- Teknik penyusuan yang betul.
2. Puting melecet
Sebab-sebab:- Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
- Teknik penyusuan yang tidak betul.
- Penjagaan puting yang tidak betul.
-
Faktor-faktor lain;
- Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
- Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
- Jangan hentikan penyusuan
- Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
- Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
- Tidak perlu gunakan losyen.
- Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
- Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
- Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
- Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
- Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
3. Tidak cukup susu
Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk
berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap
kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan
disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :- Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
- Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
- Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
- Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
- Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
- Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
- Ibu mengalami tekanan emosi.
- Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
- Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
- Pastikan bayi melekap dengan betul.
- Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
- Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
- Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
- Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
- Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
- Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
- Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
- Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
- Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
- Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.
0 comments:
Post a Comment