Tuesday, November 12, 2013

Penggunaan Peti Sejuk Yang Betul Untuk Menyimpan Makanan





penggunaan peti sejuk yang betul

Penyimpanan makanan dalam peti sejuk dengan cara yang betul penting untuk:

  • memastikan makanan akan tahan lebih lama.
  • memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan.
  • mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut.
  • mengekalkan kesedapan makanan tersebut.
  • mengekalkan kandungan nutrien.
Tip  penggunaan peti sejuk yang betul

  • Letakkan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan cahaya matahari.
  • Pastikan julat suhu diruang peti sejuk di bawah 4°C untuk ruang pendingin peti sejuk (chiller) dan -18°C hingga 0°C bagi ruang sejuk beku (freezer).  Suhu yang lebih tinggi akan merosakkan makanan yang didinginkan dan suhu yang lebih rendah akan menyebabkan masalah pembekuan.
  • Kapasiti atau keupayaan peti sejuk hendaklah cukup besar untuk memenuhi keperluan anda. Ianya hendaklah cukup sejuk untuk menyejukkan semua bahagian makanan hinggalah ke suhu yang diingini dalam tempoh yang singkat.
  • Jangan penuhkan sesuatu ruang agar udara sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk. Penyimpanan makanan yang terlalu padat dalam peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik untuk menyejukkan makanan.
  • Bersihkan peti sejuk setiap minggu menggunakan disinfektan yang sesuai bagi mencegah bau busuk, kotoran dan kulat.  Buka pintu sedikit untuk membolehkan udara beredar sebelum meletak semula makanan ke dalam peti sejuk.
  • Jangan buka peti sejuk terlalu kerap. Udara panas akan masuk dan udara sejuk dari peti sejuk akan keluar dan menyebabkan suhu peti sejuk meningkat.
  • Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka lama.
  • Pastikan peti sejuk ditutup dengan betul dan rapat. Periksa getah (seal) di pintu peti sejuk bagi memastikan ia masih berfungsi dengan baik.
  • Sekiranya peti sejuk tidak mempunyai sistem pencairan automatik  di ruang sejuk beku (automatic defrost setting) ,pastikan ais dalam ruang sejuk beku tidak terlalu tebal dan sentiasa dibersihkan bagi memastikan ia berfungsi dengan efisien.
 Panduan asas penyimpanan makanan di ruang pendingin (chiller)  peti sejuk:

  • Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza dan bertutup.
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas atau beg plastik yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium bagi mengelakkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.
  • Simpan makanan masak di bahagian atas dan makanan  mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan pencemaran. Makanan yang telah dimasak boleh jadi tercemar walaupun bercampur sedikit saja bahan mentah. Bahan mentah seperti daging dan sayur-sayuran biasanya mengandungi kuman  yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak.
  • Simpan sayur-sayuran di dalam beg plastik berlubang dalam ruang sayur-sayuran. Ini bagi mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara.
  • Simpan buah-buahan dan sayur-sayuran berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas ethelene dalam peti sejuk yang akan merosakkan makanan.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
  • Simpan telur dan makanan berasaskan telur berasingan dari bawang bagi mengelakkan ia berubah dengan bau bawang.
  • Jangan simpan makanan panas terus di dalam peti sejuk. Ia hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.
  • Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.  Ini  kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
  • Jangan  menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkannya cepat rosak.
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk.
Panduan asas penyimpanan makanan  diruang sejuk beku (freezer):

  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas atau  beg plastik yang kedap udara bagi menghalang kehilangan kelembapan yang boleh  menyebabkan kekeringan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya.
  • Potong dan bungkus  daging ,ayam ,itik atau ikan di dalam saiz hidangan yang bersesuaian dengan penggunaan anda sebelum dibekukan. Saiz yang lebih kecil akan lebih mudah beku dalam masa yang singkat.
  • Bungkus makanan dengan  bekas  plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam ruang sejuk beku (freezer).
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di ruang sejuk beku.  Daging dan ikan hendaklah disimpan dalam ruang sejuk beku secepat mungkin selepas dibeli dan dibersihkan untuk mengelakkan kerosakan.
  • Nyahbeku bahagian yang diperlukan sahaja. Elakkan menyejukbeku semula  makanan yang telah  dinyahbeku.
  • Jangan simpan buah-buahan atau sayur-sayuran di ruang sejuk beku. Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.
  • Jangan menyimpan beku makanan dalam tin. Kandungan makanan dalam tin itu akan mengembang pada tahap beku dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive