Sunday, January 26, 2014

Cara Penyimpanan EBM Yang Betul

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
 
Bekas yang sesuai untuk menyimpan Susu Ibu
Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat.
  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama termasuklah bekas dadih.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon. Terdapat pelbagai jenama dipasaran seperti Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu. 

  • Anda boleh menyimpan susu badan:
  • Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
  • Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
  • Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
  • Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
  • Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2-4 oz sahaja untuk setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang di gunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:

  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.

Jika anda mempunyai masalah susu merudum anda boleh mendapatkan set penyusuan Shaklee yang boleh membantu meningkatkan kesihatan badan anda dan insyallah dengan secara langsung membantu membanyakan susu badan anda dengan amalan dan kaedah yang betul. Untuk mendapatkan produk dan konsultansi dari saya boleh hubungi/sms 013-4505852 (soffiah).







Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive