Mula-mula
nak survey pasal breast pump ni, soalan yang paling banyak berkumandang
dalam kepala ialah breast pump mana yang paling bagus? atau soalan yang
sepatutnya, breast pump mana yang paling sesuai dengan diri? Actually,
kita takkan tahu breast pump mana yang bagus & sesuai dengan kita
selagi belum cuba. Tak semestinya si A sesuai dengan Brand A akan sesuai
dengan kita. Mungkin yang tak sesuai dengan orang lain, yang tu yang
berkesan kan kita. So it is subjective, but then kita boleh cari ikut
keperluan & kesesuaian kita berdasarkan kriteria breast pump tu
& review2 dari orang lain walaupun mungkin tak sama tapi at least
ada la point dari blur langsung pasal breast pump.
Antara point-point & kriteria penting kita perlu tahu tentang breast pump:
1) Range harga
Breast pump boleh dibeli dari range harga RM20 sehingga la RM2000. Belilah
pam yang sesuai ikut kemampuan. Tak semestinya beli pam beribu, susu
dapat banyak. Sama je. Mana2 pam sama sahaja. Cuma pastikan, ia selesa,
tak menyakitkan, suction macam baby yang sedang menghisap n senang nak
bawa ke mana2. Kalau boleh, beli time promosi ok! Beli masa jualan
murah. N survey dulu harga pam. Jangan main beli je.
2) Jenis breast pump
Ada banyak
jenis breast pump. Tapi secara generalnya ada 4 iaitu manual,
battery-operated, electric & battery+electric operated.
Manual:
Kita pump sendiri guna kederat tenaga fizikal & mental. Agak
meletihkan tapi harga murah dari yang lain. Kalau elektric source takde
pun kita masih boleh mengepam. Sesuai untuk yang pam kadang-kadang,
jarang-jarang. Biasanya ada single pumping sahaja.
Battery-operated: Breast
pump yang menggunakan battery yang rechargeable. Kena pastikan jangka
hayat untuk battery berapa lama dia mampu bertahan.
Electric:
Pump yang menggunakan electric. Mudah & tidak memenatkan. Perlu
ada electric source. Kemudian plug in & pam la sambil tengok tv ke
buat keje ke.
Battery+electric operated:
Pump yang ada dual function, boleh pakai electric & boleh pakai
battery yang rechargeable. Ini mungkin breast pump yang menjadi idaman
ramai ibu-ibu.
3) Single atau Double pumping
Single pumping maksudnya
breast pump tu hanya boleh pam salah satu dari breast dalam satu masa.
Kiranya kena gilir-gilir. Manual biasanya adalah single pumping mana
kala ada juga single pumping dalam jenis battery-operated, electric
& battery+electric operated. Ada juga single pumping yang boleh
di-upgrade menjadi double pumping.
Double pumping maksudnya
breast pump tu mampu pam serentak kedua-dua breast. Double pumping
biasanya adalah dari jenis breast pump electric & battery operated.
4) Brand breast pump
Ada
berlambak-lambak brand breast pump di pasaran. Sebab berlambak tu la
jadi pening mana satu nak pilih ni kan. Antaranya Medela, Avent,
Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen. Antara
yang famous & selalu kita baca review blogger2 kat Malaysia
tentulah Medela, Avent & Spectra.
5) Jenis sedutan
Jenis
sedutan atau suction ni penting. Ada breast pump yang boleh mimic
seperti baby, ada yang suction agak kuat, ada yang senyap semasa
mengepam & ada juga yang krok krek krok krek (boleh tak buat bunyi
gini?) bising bila dipam. Di sini kita boleh baca review &
pengalaman orang lain. Breast pump electric biasanya mampu selaraskan
atau oter kelajuan sedutan mengikut keselesaan kita.
6) Bilangan parts
Ada breast
pump yang mempunyai banyak parts & ada juga yang sedikit. Make sure
all the parts are BPA free sebab kita pump susu untuk diminum baby.
Pastikan spare part mudah untuk dicari supaya senang untuk menggantikan
jika ada part yang hilang atau rosak. Breast pump jenis manual
kebiasaannya mempunyai parts yang sedikit berbanding breast pump jenis
lain. Breast pump jenis electric & battery operated juga perlu
dihantar service, macam kereta pulak ye. Di sini adalah penting adanya
warranty dalam membeli sesebuah breast pump.
7) Size & Berat
Size &
berat sesebuah breast pump juga berbeza. Macam biasa, ada yang ringan,
ada yang berat, ada yang kecik, ada yang gedabak besar masuk handbag
confirm tak muat. Bagi yang selalu travel & membawa ke hulu hilir
breast pump ni lebih-lebih lagi ibu bekerja, haruslah consider breast
pump yang ringan, kecil & mudah untuk dibawa.
8) Ketahanan pam
Dicadangkan, cari pam yang tahan lasak serta motornya tahan untuk sesi
pengepaman yang kerap. Biasalah ibu menyusu yang bekerjaya sudah
pastinya akan lebih kerap mengepam berbanding dengan ibu yang tidak
bekerja. Kerana stok susu sangat2 diperlukan bagi ibu yang bekerja serta
kerap keluar berkursus. Boleh rujuk pada jurujual dan tanya betul2 pam
mana yang jarang mengalami kerosakan motor dan sebagainya.
9) Keselesaan
Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke atas breast kita, mempunyai
alas getah yang lembut serta selesa. Lebih baik, corong pam yang
mempunyai pelbagai saiz. Disebabkan, kita semua ni unik, ada pelbagai
saiz. Tetapi kebiasaannya, corong sedia ada dijual telah pun direka
dalam saiz yang standard (atau kata lain, FREE SAIZ).
10) Mobility
Pilihla pam yang rasa selesa n flexible untuk dibawa ke sana ke mari.
Yelah, sesi mengepam paling kurang 2 kali sehari kan. Ni kalau beli set
pam yang terlampau banyak compartment nyer...agak leceh... Penat nak
usung ke sana ke mari.
Kesimpulannya, pastikan "breastpump" yang ingin dibeli kualitinya bagus
dan tahan lasak + tahan lama. Sebaiknya google atau bertanya dengan
rakan lain pendapat serta pengalaman mereka dengan pam sedia ada. Boleh
juga google pam yang sedang dipromosikan dengan harga yang menarik.
Kemudian baru decide nak beli yang mana.
Nak tahu pilihan saya? Saya menggunakan Medela Harmony, sebab pengendalian yang mudah dan ringan untuk dibawa kemana saja, tidak bising serta harganya agak berpatutan setanding dengan kualitinya. Terima kasih buat Miss Yap yang sangat mesra pelanggan melayan masalah saya semasa pemilihan breastpump ini.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi/sms 013-4505852 (soffiah)
0 comments:
Post a Comment