Sesetengah ibu
yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak
sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika
ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.
Bayi bergantung
sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya,
terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya.
Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi
ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.
Pelbagai makanan
boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah
makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi
anda.
Dinasihatkan
agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang
teruk terhadap susu ibu.
Antara makanan
yang tidak sesuai sepanjang ibu menyusukan anak adalah:
1. Memakan
terlalu banyak buah-buah citrus seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang.
Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi
yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu
ibu mungkin mudah mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan
tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.
2. Makanan laut
dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak dan
tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf
bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri
termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.
3. Memakan
makanan yang diketahui mengalami alahan
makanan. Bayi mungkin akan
mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah
tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau pernafasan yang
berbunyi.
3. Meminum
alcohol, bukan saja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke
dalam susu ibu.
4. Mengambil
caffeine dalam minuman. Minuman bercaffeine seperti kopi, teh, minuman
ringan, minuman tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke
dalam susu ibu akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi.
Saya mencadangkan
agar wanita yang menyusukan anak agar mendapatkan nasihat pemakanan
yang betul di samping meminum air yang secukupnya.
Selain itu anda juga boleh mengambil Set Penyusuan dari Shaklee bagi mendapatkan susu ibu yang lebih pekat dan berkhasiat .
Ramai para ibu diluar sana telah memilih Set Penyusuan Shaklee, ianya adalah produk yang terbukti natural, selamat dan berkesan. Produk Shaklee tidak mempunyai, pengawet, perasa dan pewarna tiruan.
Jom kita lihat testimoni pengguna Shaklee. Jika anda berminat boleh sms 013-4505852( Soffiah).
Testimoni 1
Testimoni 2
0 comments:
Post a Comment