Thursday, January 30, 2014

Wanita dan Haid


Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. 

Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). 

Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid.  Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Abnormal semasa haid dan cara mengatasi 
Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

1. Dismenorea
Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon.  Di antara gejala yang sering dialami ialah:

Psikologikal – emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
Neurologik – sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
Payu dara – ketegangan, bengkak
Saluran gastrousus – sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
Kaki dan tangan – bengkak dan berair (edema)
Kurang kencing
Kulit berjerawat

Kaedah rawatan
Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:
Sakit – kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.
Pengumpulan cecair – kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.
Kesan psikologi – sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.
Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti di atas.

Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:
  • Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit 
  • Pil kontraseptif
  • Progesteron dalam bentuk sintetik 
  • Analog GnRH (suntikan agen hormon) Mengurangkan paras hormon estrogen 
  • Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.
Selain itu Shaklee juga mempunyai produk yang dapat membantu masalah wanita ini, produk ini adalah semulajadi dan cara terbaik jika diambil dalam jangka masa panjang untuk tubuh badan kita.
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive