Sunday, May 18, 2014

Jenis Makanan Yang Mengeyangkan

Apakah Makanan Yang Memberi Kesan Cepat Kenyang? 
Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. 
Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?

Telur
 
Sebiji telur yang mengandungi purata 70 kalori, mampu untuk membekalkan 6 gram protein kepada tubuh kita menurut penjelasan Dr. Shelley Mcguire, seorang pakar nutrisi dari Amerika.Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.

Sup sayur-sayuran
 
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang.Apa yang menariknya, sekiranya anda mendahulukan waktu makan anda dengan menjamu sup sebelum hidangan utama, ianya mampu untuk memberi arahan kepada minda kita agar tidak makan terlalu banyak. Jadi, biasaannya selepas anda menghabiskan sup dan hidangan utama tersebut, anda akan merasa cukup kenyang. Dengan ini anda mampu untuk mengelakkan diri dari makan berterusan. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Gandum
 
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.

Epal
 
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari. 

Kekacang
                                                    
Kacang memang diketahui kaya dengan protein dan padat dengan Anti-Oksidan, Vitamin dan Mineral. Pengambilan sebarang jenis kekacang dalam menu pemakanan turut mampu untuk mengenyangkan perut untuk satu jangka masa yang lama. Apa yang menariknya adalah kekacang boleh dinikmati di mana-mana sahaja yang kita mahu. Kekacang juga mempunyai daya tahan yang lama berbanding sayuran dan buah-buahan. Menurut kajian, kekacang mempunyai nutrisi yang baik terutamanya asid lemak seperti Oleic dan Palmitoleic yang mampu untuk mengurangkan kadar kolestrol. Ia juga dikatakan mampun mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan strok. Kekacang turut mengandungi banyak vitamin yang tergolong dalam kumpulan Vitamin B-Complex seperti Riboflavin, Thiamin, Niacin, Asid Pantothenic dan Vitamin B-6 yang dikatakan penting untuk memastikan kesihatan berada di tahap optimum. 

Cinch Shake Mix Shaklee  
Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Ia mengandungi:
  • 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting & 6 gram serat larut
  • Powered by Leucine (asid amino yg memberi signal kpd badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan)
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Diperbuat dan dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

 8.ESP Soy Protein Shaklee
Ianya membekalkan tenaga. 1 canister 1 kg ESP dibuat daripada 30kg kacang soya dan ia adalah energy booster segara yang boleh bertahan selama berjam-jam Melawan rasa lapar. Sesuai dijadikan snek harian untuk mereka yang berdiet. Sesuai diambil semasa sahur untuk yang berpuasa.
Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.Selamat mencuba!

Ingin kurus Tanpa berlapar boleh cuba set kurus shaklee.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
 Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852  
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive