Sunday, May 11, 2014

Perkembangan Intelektual Bayi Dan Kanak-Kanak

Ketika membesarkan seorang cahaya mata, begitu ramai ibubapa yang inginkan anak mereka bijak dan memiliki IQ yang tinggi. Ada yang memulakan didikan akademi yang awal dan ada yang beralih kepada kaedah tersendiri.

Di dalam buku “Bright from the Start: The Simple, Science-Backed Way to Nurture Your Child …” ditulis oleh penyelidik Jill Stamm, Paula Spencer. begitu menekankan bahawa bayi di bawah umur 3 tahun tidak sepatutnya diajar dengan bahan akademi seperti flash card dan mainan huruf-huruf. Sebaliknya, bayi perlu membesar dalam keadaan natural/semulajadi iaitu mengenal diri, membina karektor dan meningkatkan daya pembelajaran.

Di bawah umur 3 tahun, bayi dan kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain. Ini akan mengaktifkan kreativiti otak dan mengindahi dunia kanak-kanak dengan riang ria serta menjadikan dia seorang insan yang tidak murung dan terlalu menekankan aspek akademi.
IQ bukan sahaja dibina melalui akademi tetapi kebolehan dan daya belajar yang lebih penting. Seorang yang genius sebenarnya mempunyai kebolehan berfikir, kreatif dan kebolehan belajar dari segala sumber.

Di dalam pernulisan Jill, 3 langkah mudah diperkenalkan hasil kajian mendalam sains terhadap perkembangan otak ini dimudahkan dengan panggilan A-B-C:
  • tumpuan (attention), 
  • ikatan(bonding), dan 
  • komunikasi(communication).
Bayi yang dididik untuk meningkat daya tumpuannya mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan tepat. Ini kerana, dia boleh menumpukan perhatian dalam pembelajaran formal atau tidak. Seketika dia memerhati sesuatu objek, dia mampu untuk fokus dan memerhati dengan kebolehan mempelajari dari apa dilihatnya.

Mata bayi sangat sensitif kepada bentuk bulat dan warna yang mempunyai kontras yang tinggi seperti warna objek cerah dan gelap; putih dan hitam. 
  • Ini menjadikan wajah ibu bapanya sangat menarik perhatiannya. 
  • Wajah ibu yang ada mata bulat, hidung seakan bulat dan bentuk wajah yang seakan bulat bersama dengan 
  • warna rambut hitam dan anak mata hitam serta putih di dalam mata menjadikan sangat menarik.
  •  Bayi belajar membina tumpuan melalui wajah ibubapanya.
Tidak hairanlah jika Puan Puspa Sivan, Pengarah Parent Teacher Child Association di dalam Child Development workshop di Prince Court Medical Center bermati-matian menyarankan supaya ibu bapa memberikan eyecontact kepada bayi sekerap mungkin.

Bayi lelaki mempunyai sel mata m-cell lebih banyak berbanding bayi perempuan. M-cell adalah sel mata yang sensitif terhadap pergerakan dan p-cell adalah sel mata yang sensitif kepada fokus mata.
Oleh kerana sifat biologi ini, bayi lelaki lebih cenderung sensitif kepada pergerakan. Ketika dia melihat kereta atau kucing melintasi hadapan rumah, maka dia akan terus memandang dan ingin mengetahui apa akan terjadi. Ini juga menyebabkan kanak-kanak lelaki lebih gemar menonton kartun berbentuk aksi seperti ben-10, ultraman dan gaban.

  

Bayi perempuan pula memiliki daya fokus yang tinggi oleh kerana sifat biologinya yang memiliki lebihan sel p-cell mata. Fokus ini bermaksud, kebolehan memerhati dengan mendapatkan perincian. Seorang bayi perempuan apabila melihat ibunya akan memerhati dengan begitu lama kerana mendapatkan perincian yang ada pada wajah ibunya. Oleh kerana itu, seketika dia membesar, dia mampu memberikan lukisan dan tulisan yang kemas kerana dia sukakan pada perincian. Apabila mewarnakan gambarajah manusia, dia mewarnakan dengan warna yang tepat, iaitu kulit coklat, rambut hitam dan baju warna selain dua warna ini. Berbeza dengan kanak-kanak lelaki yang selalunya tidak kisah apa jua warna untuk kulit dan rambut.

Sayangnya, ramai pendidik di taska tidak menggunakan alasan biologi ini malah memarahi anak-anak ini. Bukan salah dia tetapi sifat biologinya sebegitu. Apabila sering dimarahi dan kurangnya pujian akan menyebabkan anak-anak ini akan mengalami kemurungan dan motivasi yang kurang baik malah mampu menyebabkan kesan yang lebih buruk iaitu anak-anak ini membesar dengan karektor yang memberontak, malas dan nakal.

Membina daya tumpuan adalah sangat penting, ketika umurnya masih diperingkat bayi lagi sudah boleh kita mengajar dan mengasah “bakat” memberi tumpuan. Ingat, sifat biologi adalah hadnya. Untuk meningkatkan daya tumpuan anak lelaki, banyak gunakan objek seperti mainannya yang bergerak. Bagi anak perempuan, gunakan objek statik tetapi menarik seperti mempunyai banyak warna yang tinggi kontras warnanya.

Tahukah anda tumpuan anak-anak bawah umur 3 tahun tidak lama. Lamanya adalah 5minit!.
Pemilihan nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak anda


Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 
 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive