Sebenarnya
untuk senaman wajah anda tidak memerlukan waktu yang lama kerana
senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja.
Misalnya ketika anda sedang berada di kamar mandi, atau mungkin sebelum
anda bersolek. Anda juga dapat melakukan senaman yang mudah ini di dalam
kereta atau ketika menunggang motosikal.
Senaman untuk mata, apa yang dapat anda lakukan adalah dengan:
• Gerakan pertama, menggerakkan kedua mata anda ke arah kiri atas. Kemudian gerakkan ke arah bahagian sudut kanan bawah. Ulangi kedua-dua gerakan itu sebaik-baiknya sebanyak lapan kali.
• Gerakan kedua adalah menggerakkan mata anda ke arah sudut kanan atas kemudian ke arah sudut kiri bawah. Gerakan ini juga dilakukan sebanyak lapan kali.
• Gerakan ketiga adalah dengan menggerakkan mata anda ke atas dan kemudian ke bawah, ini pun dilakukan sebanyak lapan kali.
• Gerakan mata yang terakhir adalah membuat gerakan mengelilingi mata. Pertama gerakan ke arah kanan, seperti mengelilingi membentuk lingkaran oval. Dan kemudiannya kelilingkan gerakan tersebut ke arah kiri.
Senaman muka lainnya adalah senaman untuk mulut. Senaman ini pun tidak memerlukan waktu lama dan dapat dilakukan di mana saja. Gerakannya adalah:
- Anda membentuk mulut dengan menyebut huruf A, I, O dan E.
- Lakukan gerakan ini dengan gerakan yang pasti, ertinya menyebut huruf tersebut setepat-tepatnya. Misalnya huruf O, sehingga mulut mengecil sekecil-kecilnya. Atau huruf E selebar-lebarnya. Manfaat gerakan mulut ini untuk menggerakkan otot-otot di sekitar mulut.
Ingatlah bahawa semua jenis gerakan ini berguna untuk menyegarkan wajah jika dilakukan secara rutin.
SEBUT AAAAAAAAAAAAA
SEBUT IIIIIIIIIIIIIII
SEBUT EEEEEEEEE
SEBUT OOOOOOOOO
Ok dah lenguh mulut nak tidur dulu...huh..
Sumber: Mingguan Wanita, 26 Sept - 2 Okt 2003 (Bersama: Delly Darlina Dimyati)
0 comments:
Post a Comment