Sunday, November 1, 2015

Siri 1: Tipah Tertipu Lagi tahun 2015

Sejak dari dulu lagi Tipah asyik tertipu jer. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Tipah tak serik ke asyik ditipu oleh orang sekeliling. Entahlah Tipah pun hairan kenapa kawan-kawan tipah tak pernah kena tipu. 
Pernah kawan Tipah menasihatkan Tipah." Tipah ko ni jangan ler mudah percaya kat orang sangat, bukan tak boleh baik hati tapi kena berpada-pada...satu lagi kalo nak beli barang apa2 tu jangan pikir nak murah jer nak diskaun jer satgi beli-beli barang tiruan, silap-silap kalo silap makan boleh bawa maut paling koman pun koma". Tapi macam biasa Tipah buat dengar tak dengar jer. Itulah masalah Tipah, dia tak nak dengar nasihat orang, dia fikir dia jer yang betul. Dia jer yang pandai.

"Tipah, maila makan nasi lemak ni" wei sedap bangettt bak kata orang indonesia. Ajak roomatenya. Pantang diajak nak ajer Tipah makan tak kira waktu bila pun. Makan nasi lemak pukul 11 malam biar betul!!!
Bab makan Tipah memang sangat berselera jadi jangan hairanlah kenapa badan Tipah memang besor bebenor. Roomatenya pula badan cekeding umpama cikedis jadi ada dia kisah nak makan waktu bila pun? Tentu takda masalah bagi roomatenya tu.

Satu hari Tipah terbekenan kat sorang Mamat jambu yang dia kenal melalui chat room. Dah sebulan kenal jadi Mamat Jambu tu nak jumpa ler ngan Tipah. Tipah dah mula gelabah sebab selama berchat tu dia tak pernah bagi gambo terkini. Bila Mamat Jambu minta gambo Tipah hanya bagi gambo masa dia baby...yang besar skit pun gambo masa Tipah umur 6 tahun. Memang Tipah sangat tomeyyyy kecik-kecik dulu.

Pada masa tu Tipah mula pikiaq camner dia nak buat bagi kurus dalam masa sebulan ni. Bila tengok jer penimbang dia nangis....bila tengok jer cermin dia nangis....asyik nangis jer risau roomate dia yang kurus cikeding tu pun. Jadi roomate dia ajak Tipah diet....ajak ia pi buat senaman aerobik. Tapi Tipah tak nak...dia nak yang boleh kurus dengan cepat dan mudah. Kalo boleh sapu2 terus kurus dalam 5 minit. Mau tak tension roomate dia bila dengaq Tipah cakap macam tu. Ikut hanglah Tipah oii.

Maka bermulalah pencarian Tipah ubat yang cepat kurus dalam 5 minit tu. Ketemulah akan Tipah akan ubat kurus yang Tipah idamkan tu. Habislah dilumoq dan disapunya satu badan. Seronok Tipah lepas sapu-sapu tu terasa bahang panas dan mulalah keluar angin2 didalam badan Tipah. Belum sampai 5minit Tipah dah tunggu depan penimbang, ishhh tak sabo bebenor si Tipah tu kan. Elok cukup jer 5 minit Tipah terus melompat kat atas timbang tu, wow!!! memang betul lah turun 200gm. Suke nyer Tipah. Maka bermulalah kehidupan Tipah mulai hari tu menyapu ubat kurus kat badannya. Tapi makannya sama jer..tak da nak diet.
Lepas 2 minggu Tipah dah tak larat nak sapu ubat kurus, dah berbotol ubat sapu dah dia beli. Bila timbang Tipah menjerit beratnya naik lagi 2kg. Maka terpaksalah tangguh lagi nak keluar dating ngan Mamat Jambu tu.

Roomate Tipah berlari masuk ke bilik bila dengar jeritan Tipah. "Hang ni meqoyan apa Tipah jerit buat aku terkezut lahh" Tipah dengan muka sedih tahap cipan mengeluh...naperlah aku tak boleh kurus cam hang ni" aku tengok hang makan seqopa aku jugak. Jeles kat hang wei...tolong lah nak buat camner ni Mamat Jambu nak jumpa aku ni...stress sangat ni...lagi stress dari buat PHD wei.

Akhirnya roomate Tipah pun membongkar rahsia kenapa dia tetap kurus cekeding walopun makan nasi lemak pukul 11 malam ngan Tipah. 

Nak tahu rahsianya ikuti kisah Tipah Tertipu 2015 siri akan datang nooo.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


0 comments:

Post a Comment