Monday, November 2, 2015

Kenali apa itu CYST Dan Cara Mengatasinya


Tahukah anda apa itu Cyst?

Cyst ialah sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput. Ia dipanggil cyst sebab ketumbuhanan ini  mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur protien, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan  daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll. 

Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid. maksudnya sewaktu usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid. Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan. Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur. 

Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita. Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya. 

Selain itu, ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita. Sebenarnya ramai yang keliru tentang jenis-jenis cyst dalam kilang ovari, yang mana satu yang merbahaya? Sebenarnya menurut pakar sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan. 

Cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya. Cyst dikenali dengan nama malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst) Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku pada wanita. 

Jenis-jenis Cyst

1. Follicular cyst

Mengandungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah. 

2. Corpus luteal cyst

Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan. 

3. Hemorrhagic cyst

Cyst yang mengandungi darah, ia bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

4. Ruptured ovarian cyst

Menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas. 

5. Endometriotic cyst of ovary

Mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah. 

6. Dermoid cyst ovary atau terratoma

Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah 

Simptom Yang Biasa Berlaku

Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.Namun ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom. Simptom yang biasanya ialah:
  • Berasa sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari .
  • Kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, 
  • Kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar. 
  • Perut membesar tanpa hamil
  • Mandul @ kurang subur @ berulang kali gugur
  • tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan. 

Mengenalpasti Cyst

Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini. Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita. 

Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa. 

Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan. Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser. 

Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan.Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid. Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu. 

Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst. 

Bagaimana Vivix dan GLA membantu Cyst dan Fibroid?

Sebenarnya Vivix dan GLA adalah suplemen ataupun vitamin. Bukan ubat dan pastinya Vivix dan GLA tidak mengandung bahan terlarang seperti dadah. Iaitu di mana boleh bagi kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang kan

Vivix

Kandungan Vivix yang sangat tinggi antioksida membantu memperbaiki sel sel badan yang telah rosak dan tidak mempu berfungsi sepenuhnya. 
Paling penting, Vivix membantu untuk buang kandungan toksin yang sangat-sangat tinggi di dalam organ hati, ginjal dan juga buah pinggang.Vivix bertindak untuk cuci ataupun sebagai agen detoks keseluruhan badan termasuk saluran darah kita.

Vivix juga bertindak untuk meningkatkan tenaga kepada sel sel badan yang telah lemah. Dengan pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu banyak, memang akan menyebabkan sel badan merosot sekaligus menganggu sistem dalam badan.

GLA Compleks

Iaitu asid lemak Omega 6 yang sangat penting untuk mengawal hormon dalam badan wanita iaitu hormon prostaglandin. Hormon prostaglandin diumpamakan seperti ketua ataupun ‘ibu’ segala homon dalam badan.

Bila terjadi cyst ataupun fibroid ini, paling ketara adalah hormon dalam badan tidak stabil dan tidak menentu hinggakan sampai bleeding tidak henti kan.

GLA bertindak bantu untuk stabilkan semula sistem hormon dalam badan dan pastinya membantu untuk menghalang kanser terjadi.

Cara Pemakanan Yang Betul

Pesakit cyst contohnya, tidak boleh mengambil makanan yang meningkatkan hormones estrogen sebab pesakit fibroid dan cyst ini Estrogen dominance. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak minum susu atau sebarang dairy products seperti cheese, tak boleh makan jagung, wheat, dan banyak lagi serta memerlukan products yang gluten free. 

Jadi, cuba anda fikirkan walaupun anda mengambil GLA Complex tetapi dalam masa yang sama tidak menjaga amalan pemakanan seperti benda-benda yang menaikkan hormone estrogen, tetap makan fast food, dairy products, sebab dalam mind setting cakap “ooo takpe, aku dah amik GLA Complex”. whats the point???

Perhatian: Shaklee bukan ubat. Shaklee makanan tambahan. Kalau ada doktor bekalkan ubat, jangan tak ambil. Kena ambil ubat doktor juga. Jarakkan masa pengambilan.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

0 comments:

Post a Comment