Friday, November 13, 2015

Kenapa Badan Mudah Lebam???



Anda pernah ada kesan lebam cenggini? Dulu masa saya kecik-kecik, orang selalu cakap kesan lebam ni akibat kena gigit hantu/palesit atau pun sebab ada terlanggar kat tempat mana-mana yang kemudian akan muncul la kesan lebam ni. 

Apa itu LEBAM?

Lebam berlaku akibat kebocoran pada salur darah di lapisan kulit. Lebam sering dialami oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti seharian mereka. Mereka kerap jatuh semasa bermain, terlanggar sesama sendiri atau terlanggar perabot. Lebam yang membimbangkan adalah lebam yang berlaku secara spontan atau lebam yang berlaku lebih dari sepatutnyadan hanya disebabkan oleh kecederaan ringan. 

Tahukah Anda?

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan LEBAM, dan bintik kecil merah (petechiae). Keadaan ini juga dipanggil Skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina saluran darah
Kalau kita bangun tidur, terperasan ada tanda lebam kecil di badan, bukan di gigit hantu yer.. itu tanda anda kekurangan Vitamin C.

Fakta


Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan manusia. Kita perlu mencukupinya dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi Vitamin C. Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren.

Hampir 3tahun, setiap pagi saya amalkan 7 1/2 biji oren. Hebat kan saya?
Nak join saya? Murah je.. jangan risau 7 1/2 oren hanya RM0.50. 


Sebiji Sustained Release Vita-C Plus Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Ini cara paling mudah untuk kita mencukupkan keperluan Vitamin C.

Antara petanda lain tubuh kekurangan vitamin C yang adalah:

  1. Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah. 
  2. Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal). 
  3. Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds). 
  4. Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan. 
  5. Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi 
  6. Masalah penghadaman 
  7. Sukar mengawal stress 
  8. Selalu selsema, letih dan demam 
Selalu orang cakap, Eh bukan ke vitamin C tu untuk cantik je? Sebenarnya vitamin C ni ada banyak fungsi kepada tubuh badan kita. Selain daripada untuk kecantikan kulit. Kebaikan Vitamin Cadalah

1. Melawan jangkitan kuman

Vitamin c hanyalah vitamin tetapi ia di perlukan sebagai sokongan untuk interferon, antibodi dan sel darah putih melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria. Bekalan vitamin c yang mencukupi akan menguatkan sistem pertahanan badan kita secara tidak langsung. 

2. Mengawal serangan asma dan alergi

Jika kia ni jenis yang selalu alami masalah asma dan histamin, ambillah vitamin C. Vitamin C akan bertindak sebagai anti-histamin di mana ia mengurangkan risiko anda daripada terkena serangan yang di sebabkan alergi. Untuk asma pula, vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru daripada terjadi. Namun, perlu diingat Vitamin C bukanlah ubat di mana kita akan segera sembuh selepas mengambilnya. Kita perlu ambilnya secara konsisten dan sedikit demi sedikit badan kita akan jadi kuat untuk melawan serangan asma dan alergi.

3. Mengurangkan risiko sakit jantung

Menurut kajian, jantung kita ni senang sakit jika bekalan vitamin C di dalam badan kita kurang. Vitamin C akan menghalang lemak-lemak yang berada di dalam darah daripada berkumpul di saluran arteri di mana ia adalan punca pada serangan jantung. 

4. Mengimbangi kesan stress

Seperti yang kita tahu, stress adalah punca kepada banyak penyakit mental dan fizikal. Bekalan vitamin C yang cukup akan imbangi kesan stress di mana ia akan neutralkan toksin ia terhasil ketika diri sedang stress. 

5. Mengawal penyakit Gout 

Gout terjadi di sebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Vitamin c boleh mengurangkan asid urik di dalam badan.

6. Batu hempedu

Vitamin c membantu menghalang pembentukan batu hempedu. 

7. Memelihara kesihatan mata

Vitamin C akan melindungi mata daripada terkena katarak dan gloukoma.

Panduan Mengambil Supplemen Vitamin C untuk kesan yang optimum.

  • Ambil vitamin C selepas makan. Vitamin C yang di ambil bersama makanan akan memudahkan ia untuk di cerna dan lebih cepat memasuki darah. 
  • Untuk penyerapan iron pada tahap optimum, anda ambil ia bersama dengan vitamin C. Gabungan iron dan vitamin C akan menguatkan lagi badan kita.  
  • Untuk kesan lebih optimum, ambil vitamin C yang mempunyai ciri-ciri ‘ sustained release’ di mana vitamin C hanya akan di lepaskan jika badan kita tidak cukup vitamin C. 
  • Jangan ambil dos yang tinggi sekaligus, ambil ia secara berperingkat.

Vitamin C  Shaklee Pilihan Terbaik

Perbezaan Vita-C Shaklee berbanding jenama lain di pasaran

  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. 
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. 
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel) 
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Iaitu dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan. 
  • Bagi mereka yg susah menelan tablet atau kanak-kanak, Shaklee ada satu lagi Vitamin C yang boleh dikunyah iaitu Chewable Vita-C 100mg
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment