Friday, November 13, 2015

Minum Air Kosong Sangat Menyeksakan!

 
Tips Dan Cara Paling Berkesan Minum Air Kosong 
Pernah anda berjumpa orang yang sangat susah minum air kosong atau memang dia tak pernah minum air kosong? Mesti anda akan terkejut kan. Saya tersangatlah terkejut sebab saya pulak jarang minum air manis, saya lebih suka minum air kosong. Tak tahu kenapa bila tengok air manis, saya seolah-olah boleh nampak kandungan gula yang banyak tu. 

Seorang sahabat saya juga merangkap "new customer" saya, ada membeli alfalfa bagi mengatasi masalah resdung yang sangat teruk. Seperti biasa saya akan menasihatkan supaya pengambilan air putih mestilah mencukupi terutama bila ambil alfalfa yang bertindak sebagai "water retentaion".Kata sahabat saya dia tak minum air putih. Memang dia tak boleh nak minum. Jadi saya paksa dia suruh minum juga kalo nak ambil alfalfa dan nak atasi masalah resdung tu, ini penting untuk tujuan detox.

Bagi saya seseorang yang tidak mengambil air putih yang secukupnya akan mempunyai masalah kesihatan yang besar kerana badan kita perlukan sejumlah air untuk organ, sel dan sendi berfungsi dengan baik. 

Apa Jadi Akibat Kekurangan Air Dalam Badan?

√ sakit kepala
√ air kencing kuning
√ badan terasa panas
√ sakit-sakit badan

Saya nak kongsikan cara  minum lebih 3liter setiap hari.

Tips 1 - Waktu Solat 5
Sebagai orang Islam, kita solat 5x sehari.
Kita boleh guna waktu solat sebagai panduan untuk minum air dan satu peringatan supaya tidak lupa.
Sebelum solat, minum 500ml dan selepas solat minum lagi 500 ml.
Kalo solat 5 waktu, dah dapat 5 liter. Banykkan?
Tapi, tak payah la minum banyak tu, boleh adjust mana yang patot tapi menggunakan format yang sama. 

Tips 2 - Beri Perisa Pada Air Anda
Cara ni lebih kurang macam infused water. 
  • Anda boleh gunakan buah lemon. Masukan air perahan lemon dalam air minuman, terutama air masak.  
  • Anda juga boleh gunakan sayur timun. Sedap jugak...sejuk je rasa dan air bau timun yang wangi & fresh. 
  • Mengguna herbakan. Paling menjadi kegemaran daun pudina & rosemary. Pudina tu diletakkan setangkai-setangkai bersama-sama buah lemon yang dipotong. Lepas tu, biar semalaman dalam peti sejuk. Esok dah boleh minum. 
  • Penggunaan buah kurma atau kismis. Rendam semalaman. Air Nabeez ni katanya menjadi kesukaan Rasulullah kita suatu masa dulu.
Jadi, bagi yang anti minum air putih, ikutilah kaedah di atas bg menggalakkan anda minum air kosong. Selain tu, infused water ni bagus untuk yang nak detoks toksin dari badan & bagus untuk yang nak mengurangkan berat badan.

Tips 3 - Guna straw atau corong botol air
Ni tips yang memang sangat berguna. Ada beza tau bila kita minum menggunakan straw atau pon terus minum dari cawan. Dan jugak minum dari air botol bercorong lebih mudah daripada air botol bermuka luas.
Ni adalah kuasa psikologi. Bila kita minum air menggunakan botol air bermuka luas, kita rasa kita minum sangat banyak air dengan sekali teguk. Tapi sebenarnya, kita baru jer minum beberapa ml air.
Sebaliknya apabila minum menggunakan straw atau botol air bercorong, tanpa sedar kita dah hampir habis minum air kosong.

Tips 4 - Minum Air secara berkala
Selain anda boleh mengikut format solat waktu di atas, anda juga boleh minum air kosong secara berkala.
Contohnya
Minum 1-2 gelas air selepas bangun tidur
Minum 1 gelas sebelum tidur
Minum 2 gelas semasa ambil vitamin atau ubat
Minum 1 gelas sebelum makan.
Dan setiap tindakan, seperti membasuh baca, membaca atau pun melakukan kerja rumah, selang selikan dengan pengambilan 2 gelas air kosong.

Tips 5 - Minum air mengikut berat badan anda.
Disarankan setiap 2.5kg bersamaan 1 liter. Jadi, jika berat anda 50kg, maka anda perlu minum 2 liter air sehari. Pengiraan ini sangat penting untuk menentukan jumlah air yang ssesuai dengan badan. Air yang berlebihan dalam badan pun tidak elok. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive