Sunday, December 27, 2015

Bahaya Menggunakan Bahan Kimia Sebagai Pencuci ! Beralih kepada 4 Bahan Berikut


Bahaya Menggunakan Bahan Kimia Sebagai Pencuci ! Beralih kepada 4 Bahan Berikut

Dapur ruang yang wajib di cuci kerana banyak aktiviti di lakukan setiap hari. Kalau nak mudah kita guna bahan kimia yang ada di pasaran untuk bersihkannya.  Namun, penggunaan bahan kimia secara berterusan agak tidak sesuai buat anda yang alah dan mengalami masalah kulit sensitif.  Jadi cara terbaik anda boleh gunakan  bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan mencuci ini.

1. Jus lemon
Caranya, perahan satu  sudu makan jus lemon dicampur  dengan baldi berisi air, ia boleh dijadikan bahan pencuci untuk permukaan kaunter top kabinet. Satu cara yang mudah dan selamat.  Aroma yang hadir daripada pati perahan lemon pula menjadikan dapur berbau segar dan harum. 

2.Garam
Caranya, taburkan garam halus dan tepung jagung di permukaan lantai yang kotor dan licin. Adunan ini akan menyerap minyak dan selepas seketika bersihkan permukaan lantai dengan air bersih. Lap dengan kain  lembut.

3. Cuka
Cuka juga berkesan bagi membersihkan kotoran berupa minyak di permukaan dapur. Masukkan sahaja cuka ke dalam botol penyembur kemudian sembur di tempat yang berminyak dan gosok bersih.  Anda juga boleh menggabungkan cuka bersama air suam dalam kuantiti yang sama banyak dan digunakan untuk membersihkan permukaan kaca. Hasilnya ia bukan sahaja berkilau namun segala kotoran dapat dihapuskan dengan berkesan!

4. Soda berkarbonat
Ia boleh digunakan sebagai bahan untuk  membersihkan permukaan kaca. Taburkan soda berkarbonat dan lap menggunakan air dan kain lembut.  Di samping itu, ia boleh dijadikan bahan untuk menyerap bau kurang menyenangkan di dapur dan peti sejuk. Simpan soda berkarbonat dalam bekas terbuka. Dan letakkan di sudut dapur dan dalam peti sejuk.

Sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan ini dan apakah manfaat yang diperoleh dengan menggunakan pencuci alami ini?

1. Jimat Kos
Bahan yang digunakan sebagai pencuci semula jadi amat murah dan mudah didapati. Lazimnya bahan seperti jus lemon dan cuka sedia digunakan kerana setiap pengguna isi rumah mempunyai bahan ini dalam simpanan mereka. Anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli pencuci lain.

2.Tiada Toksin
Antara kelebihan yang disebut-sebut pada pencuci natural ialah kandungan toksin yang sangat rendah dan baik untuk keseluruhan kesihatan manusia dan juga haiwan peliharaan. Menggunakan pencuci semula jadi ini membantu anda mengatasi masalah seperti alergi kulit, masalah pernafasan, kulit mengelupas dan sebagainya. Badan manusia tidak dapat bertahan dengan pendedahan terlalu banyak bahan kimia. Ini mendorong penyakit seperti asma dan risiko mendapat kanser.

3.Mesra Alam
Pencuci semula jadi mudah berkombinasi dengan elemen natural yang terdapat dalam persekitaran tanpa menyebabkan kesan negatif kepada ekosistem. Pastinya pencuci alami seperti jus lemon dan serbuk penaik tidak mendorong kepada berlakunya pencemaran air atau udara.

4.Multi fungsi
Satu lagi kelebihan pencuci alami adalah bersifat multi fungsi. Jus lemon misalnya boleh digunakan sebagai asas kepada pencuci kotoran di dapur sambil menjadi penyegar udara semula jadi. Haruman ini juga dapat menaikkan mood anda di ruang dapur

Cara yang lebih mudah dan selamat serta menjimatkan selain daripada bahan diatas, anda juga boleh memilih pencuci serbaguna BASIC H. Ia juga mempunyai Multi Fungsi.


Testimoni Basic H yang sangat Semulajadi.

1.Hilangkan Warna Baju Luntur

2.Menyegarkan Sayur-sayuran


3.Memutihkan Kasut


4.Membantu menghilangkan gatal Chicken Pox
 
 

5.Membantu menurunkan suhu panas badan

Lihatlah betapa banyaknya kebaikan menyimpan Basic-H di rumah anda. Basic-H adalah phosphate-free, 100% organic, biodegradable, non-toxic, odor free, non detergent/soap, pH yang seimbang, dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan.

Ia juga menjimatkan. 16 oz Basic-H boleh menghasilkan 48 gelen campuran. Hanya beberapa titis diperlukan bagi setiap campuran. Tunggu apa lagi, dapatkan Basic-H anda sekarang!
 
Untuk mendapatkan Produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment