Monday, December 21, 2015

Kaki Bengkak Ketika Hamil. Apa Perlu Dibuat?


Biasanya masalah bengkak kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita, yang mana keadaan ni biasanya berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua.Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin.

Bengkak pada kaki biasanya membuatkan ibu berasa kurang selesa. Bengkak ini juga mungkin mengakibatkan ibu terpaksa menukar kasut. Ketahui kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengurangkannya.

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas kelahiran anak. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
  • Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan. 
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan. 
  • Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin. 
  • Rendam kaki dalam air sejuk. 
  • Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama. 
  • Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan. 
  • Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki 
  • Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas. 
  • Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan. 
  • Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
p/s: Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.

Berhati-hati 
Bengkak ringan adalah perkara biasa semasa mengandung. Jika mengalami bengkak di tangan dan muka secara tiba-tiba ataupun sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang sebelah lagi, ia boleh menjadi tanda pre- eclampsia. Penting untuk menemui doktor dengan segera.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment