Friday, November 3, 2017

Ketahui 9 Tanda Rahim Anda Tidak Sihat

Rahim wanita, satu organ dalaman yang sangat berharga. Merupakan organ kurniaan Ilahi untuk membezakan antara lelaki dan perempuan. Rahim ibarat 'enjin' bagi wanita. Kalau rosak memang sudah tidak ada gantinya lagi. Jadi, setiap wanita wajib menjaga aset penting ni sebaiknya.


Namun, bagi wanita lepas bersalin, atau wanita lasak lebih cenderung untuk mengalami rahim yang tidak sihat. Jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi teruk dan rosak.



9 Tanda RAHIM tidak sihat:

1. Sakit Tumit

Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.

2. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki... Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

3. Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.

4. Sakit Ari-ari

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sakit Ketika Bersetubuh

Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Kentut Vagina

Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.

8. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9. Sentiasa Basah

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.

Jika ada tanda-tanda ini, boleh diatasi dengan cara:

1. Berurut

Pergilah berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim.

2. Bertungku

Selalu bertungku, dibahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Bertungku sama ada moden atau tradisional.

3. Berpantang

Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.

4. Makan Supplement

Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan supplemen untuk menjaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan disahkan oleh KKM.

5. Elakkan Angkat Benda Berat

Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin rahim memang mudah turun... sebab otot rahim lemah sebab urat sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada... jika waktu dia tiada boleh guna stroller... Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap.

6. Buat Senaman Menaikkan Rahim

Cara buat senaman tu boleh rujuk ENTRY NI.

7. Pakai bengkung.

Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive