Kolesterol ialah sejenis lemak di dalam setiap sel badan yang diperlukan untuk menghasilkan hormon steroid, vitamin D dan membantu dalam penghadaman makanan. Tubuh kita mampu menghasilkan kolesterol di dalam hati dan ia juga datang dari makanan.
Kolesterol dibawa oleh darah dalam bentuk lipoprotein, iaitu kombinasi lemak dan protein. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL dianggap kolesterol ‘jahat’ kerana kadar LDL tinggi boleh menyebabkan mendakan kolesterol di dalam saluran darah (aterosklerosis). Kolesterol HDL pula di panggil kolesterol ‘baik’ kerana berfungsi untuk membawa kolesterol kembali ke dalam hati.
Perunding Kardiologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal Dr Shahrol Anuar Mohd Yasin berkata, masalah kolesterol tinggi berlaku apabila kandungan kolesterol di dalam darah meningkat melebihi paras normal. Keadaan ini lazimnya dikesan melalui ujian darah kerana masalah kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda awal .
Katanya apabila paras kolesterol meningkat tinggi, ini boleh membawa kepada penyempitan pembuluh darah dan salah satu risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung serta strok.
“Matlamat rawatan masalah kolesterol tinggi ialah untuk mengurangkan paras LDL dan meninggikan tahap HDL di dalam badan. Strategi untuk mengawal paras kolesterol merangkumi pemakanan sihat, suplemen dan penggunaan ubat .
“Penjagaan makanan yang sihat mampu menolong mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan dan ini termasuk mengurangkan makanan berlemak, melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran selain menggunakan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun dan bunga matahari serta mengurangkan penggunaan minyak tepu seperti minyak sapi, mentega dan kelapa sawit.
“Kajian juga membuktikan asid Omega-3 daripada ikan dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Pertubuhan Jantung Amerika mengesyorkan kita makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan khasiat Omega-3. Pilihan ikan laut dalam seperti salmon, tuna dan trout adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi,” katanya.
Menurutnya, niasin atau vitamin B3 adalah suplemen yang boleh membantu mengurangkan paras kolesterol, namun dua kajian terbaru menunjukkan niasin tidak mengurangkan kadar penyakit jantung malah mempunyai kesan sampingan yang agak tinggi. Berdasarkan kajian itu, tiada faedah menggunakan niasin dalam rawatan kolesterol tinggi.
Makanan dan ubat
Buat masa ini katanya, tiada kajian mendalam mengenai kesan pemakanan oat dan bijirin untuk mengurangkan paras kolesterol tetapi kerana oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari, ini akan menolong dari segi pemakanan yang sihat dan secara tidak langsung boleh menolong mengurangkan paras kolesterol .
Jelasnya, dari segi penggunaan ubat, terdapat tiga jenis ubat utama iaitu statin, ezetimibe dan fibrate.
Statin menjadi rawatan utama masalah kolesterol tinggi yang bertindak ke atas enzim HMG-CoA reductase bagi mengurangkan pengeluaran kolesterol oleh hati. Jenis statin yang lazim digunakan adalah simvastatin, atorvastatin, rosuvastatin dan pravastatin.
Dr Shahrol berkata, keperluan ubat untuk masalah kolesterol tinggi berdasarkan kepada paras kolesterol dan risiko penyakit jantung. Paras kolesterol di dalam darah perlu diambil ketika pesakit berpuasa selama lapan jam.
Bagi pesakit jantung atau mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung, statin dimulakan lebih awal dan dos ubat diselaraskan sehingga paras kolesterol LDL kurang daripada 2.6mmol/L.
Bagi pesakit yang tiada penyakit jantung dan mempunyai risiko rendah untuk menghidapi penyakit jantung, disyorkan paras LDL kolesterol kurang daripada 4.1 mmol/L.
Ubat statin katanya, terbukti berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol dan merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
“Bagaimanapun, penggunaan statin ada dikaitkan dengan masalah gastroenterologi seperti kembung perut, perasaan loya dan cirit-birit, sakit otot (mialgia) dan kencing manis (diabetes jenis 2 untuk pesakit berumur lebih 60 tahun).
“Antara kesan sampingan yang lebih serius ialah radang otot (miositis) dan rabdomiolisis (sindrom akibat kecederaan dan kemusnahan tisu otot). Dalam situasi begini lazimnya statin akan diberhentikan serta merta,” katanya.
Beliau berkata, keberkesanan statin dalam menangani penyakit jantung sudah terbukti lebih dua dekad dan dalam tempoh ini ia menjadi rawatan efektif untuk ratusan ribu pesakit di seluruh dunia.
Salah satu kajian awal dengan jumlah pesakit melebihi 10,000 orang jelas menunjukkan bahawa penggunaan statin dapat mengurangkan kadar risiko penyakit jantung sebanyak 36 peratus (kajian ASCOT-LLA 2003).
Satu lagi kajian terhadap lebih 2,500 pesakit menunjukkan kawalan kolesterol yang lebih agresif berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 47 peratus (kajian ALLIANCE 2004).
Kajian SPARCL pada 2006 ke atas lebih 4,700 pesakit turut membuktikan penggunaan statin juga boleh mengurangkan kadar strok sebanyak 16 peratus.
Menurut kajian ASCOTT-LLA, pengurangan risiko penyakit jantung sudah jelas terbukti dengan pengambilan statin selama tiga bulan pertama. Kadar pengurangan risiko penyakit jantung bertambah dengan pengambilan statin dalam jangka masa panjang.
Bagi penyakit strok pula, kajian menunjukkan ia mengambil masa lebih lama iaitu dua tahun sebelum melihat manfaat dalam mengurangkan risiko strok.
“Kesimpulannya data yang dihimpun sepanjang dua dekad ini jelas menunjukkan statin adalah rawatan paling efektif dalam mengurangkan penyakit kolesterol tinggi seterusnya mengurangkan kadar risiko penyakit jantung dan strok. Oleh itu, pesakit yang mempunyai kadar kolesterol tinggi dan mengalami risiko penyakit jantung dan strok sewajarnya mengambil ubat statin dengan jangka masa lama,” katanya.
Sumber Kolesterol dibawa oleh darah dalam bentuk lipoprotein, iaitu kombinasi lemak dan protein. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).

Supplement Semulajadi Rawatan Alternatif Tebaik Turunkan Kolestrol Tanpa Kesan Sampingan
Terkejut sangat bila dapat tau kolestrol 7.6 doktor pulak bagi ubat kolestrol utk makan selama 3 bulan. Terngiang-ngiang lagi kat telinga bila doktor kata berisiko untuk dapat serangan jantung.Memang susah nak percaya, selama ni tak pernah ada darah tinggi, badan pun kurus jer macam mana boleh kolestrol tinggi. Syukur terbuka hati nak buat pemeriksaan kesihatan.
Alhamdulillah genap sebulan jer bila buat check up semula kolestrol dah turun dari 7.6 ke 4.9. Doktor pun dah stop ubat kolestrol. Syukur sangat tak perlu nak bergantung kat ubat kolestrol sampai seumur hidup takut jugak dgn kesan sampingannya tu.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kolestrol Lengkap ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

0 comments:
Post a Comment