Thursday, April 19, 2018

Cara Hilangkan Bengkak Susu Dengan Cepat





Bengkak susu ialah satu situasi yang mana, kuantiti susu terlalu banyak terhasil dan pada masa yang sama, puting susu dan kawasan aerola tersumbat.

Susu mula membeku dan menjadi ketulan keras dan itu menyebabkan rasa sakit yang berlarutan. Payudara ibu akan menjadi keras, membengkak dan berdenyut-denyut.

Kebiasaannya, masalah ini berterusan selama dua hari dan yang paling lama ialah selama sepuluh hari. Ini bergantung kepada rawatan yang anda lakukan.

Kesan Bengkak Susu

  • Rasa sakit tersebut menyebabkan sesetengah ibu demam. 
  • Terdapat juga kes bengkak susu yang boleh menyebabkan ibu pengsan dan juga boleh membawa kematian. 
  • Puting melecet dan luka. 
  • Bayi bermasalah untuk menyusu kerana kawasan aerola sudah bengkak dan tersumbat.

Tips Mengatasi Masalah Bengkak Susu

1.Pam boleh membantu melegakan payudara anda daripada terus membengkak. Anda boleh mengepam susu dua atau tiga jam sekali.

2.Menyusu dengan lebih kerap iaitu setiap setengah jama sekali.Jika bayi anda tidur, kejutkan untuk menyusu.

3. Salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah bengkak susu ialah dengan menggunakan sayur kobis yang telah disejukkan selama 30 minit. Tebuk lubang di tengah-tengah daun untuk ruang puting. Lakukannya selama 20 hingga 30 minit dan berulang-ulang sehingga anda berasa lega dan selesa.

5.Tuam payudara dengan air suam atau air panas sebelum menyusu. Untuk memudahkan susu keluar dan saluran susu akan terbuka.

6. Mandi dengan air suam.

7. Lakukan urutan pada aerola semasa menyusukan bayi anda.

8. Elakkan memakai coli yang ketat semasa masalah ini berlaku. Lebih baik jika anda tidak memakai coli kerana dikhuatiri aliran udara tersekat dan menyebabkan payudara semakin membengkak.

Jika kesemua di atas tidak berkesan, anda perlu berjumpa segera dengan doktor. Kebiasaannya, rawatan yang akan diberikan ialah doktor akan membekalkan antibiotik untuk keringkan susu. Untuk masalah yang lebih teruk lagi, doktor akan melakukan pembedahan kecil untuk melegakan masalah anda.

Lecithin Atasi Masalah Bengkak Susu Dengan Segera

Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.
 
Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari atau 1 capsule (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas lebih kurang seminggu dan sakit berkurangan, boleh kurangkan os lecithin diambil.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  • Mampu membuka rongga pada ketulan susu dan sekaligus mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan.
  • Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
  • Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu.
  • Bagus untuk perkembangan otak

Testimoni Bengkak Susu




 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplemen
   
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit  .
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive