Saturday, April 21, 2018

Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

Resepi ini bukan sahaja bagus untuk ibu yang berada dalam pantang tapi juga untuk mereka yang telah menjalani pembedahan dan sedang dalam proses pemulihan. Ikan merupakan salah satu sumber protein yang sangat baik.Ikan-ikan ini kaya dengan asid amino, omega-3, vitamin, mineral seperti zink, zat besi yang penting untuk penyembuhan luka dalaman.
Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
1. Ikan Haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

Penting untuk ibu-ibu mengelak dari memakan ikan yang berbisa seperti:
  1. ikan tongkol
  2. ikan pari
  3. ikan keli
  4. ikan cencaru 
Ikan-ikan ini berpotensi menyebabkan turun darah dan bentan. 

Jom cuba resepi yang mudah, cepat dan sedap.

IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM


Bahan-bahan

Ikan haruan - 1 ekor (dipotong dua)
Bawang besar - 1 biji (dihiris nipis)
Bawang putih - 2 ulas (diketuk)
Halia - 3 sm (dihiris nipis)
Lada hitam - 1 sb (ditumbuk kasar)
Garam - secukup rasa
Air

Cara Memasak

Masukkan air ke dalam periuk dan campurkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam. Biarkan seketika sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan ikan haruan dan biarkan ia mendidih lagi
Masukkan pula garam secukup rasa, asam keping dan lada hitam yang telah ditumbuk
Biarkan seketika. Apabila masak, ia sedia dihidangkan
 

SUP IKAN MERAH


Bahan-bahan
2 biji bawang merah-diblender
5 biji bawang putih-diblender
3 ibu jari halia-diblender(halia kene banyakkan skit supaya hilang angin di badan)
20 biji lada hitam-diblender
3 ekor ikan merah
2 biji tomato dibelah 4.
setitik serai,setitik lemgkuas
daun sup daun bawang(penting ni untuk bau yg sedap..pembuka selera)

Cara Memasak
Panaskan sesenduk minyak dlm periuk.Bila minyak sudah panas,masukkan bahan bender semuanya.Setelah garing masukkan air putih sebanyak 2 mangkuk besar.Bila kuah mendidih,masukkan ikan tadi.Tunggu sehingga ikan masak ..baru boleh taruk tomato dan daun daun tadi.Jangan lupa bubuh 1 sudu garam dan sedikit serbuk perasa.Setelah 1 minit,tutup api .Dah masak pun.Senang lagi berkhasiat.
SUP IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Cara Memasak
Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

IKAN TENGGIRI GORENG HALIA


Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.

IKAN BAWAL PUTIH KUKUS HALIA


Bahannya:

1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:

1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat membantu ibu-ibu menjalani proses berpantang dengan jayanya. Selamat berpantang dan cepat sembuh.

0 comments:

Post a Comment