Wednesday, January 14, 2015

Kisah Inspirasi 1: Penyusuan Susu Ibu

Hari ni saya nak berkongsi cerita seorang ibu yang tabah dan beristiqamah dalam usahanya memberikan susu badan buat kedua anak kembarnya. Allah pasti memberi ganjaran kepada hambaNya yang berusaha, berdoa dan bertawakal. Semua ini adalah asas bukan saja dalam penyusuan malah aktiviti harian yang lain. Semoga anda juga mendapat motivasi dan terbuka hati untuk mencuba vitamin Shaklee ini sebagai salah satu usaha anda.
 
Kisah 1
Alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyususuan susu ibu sehinggalah Amna dan Anis berusia 17bulan.Saya tidak menetapkan sesuatu tempoh ianya mesti berakhir sehingga bila kerana saya selalu berdoa"Ya Allah kurniakan kepadaku kekuatan untuk menyusukan anak-anakku selama yang mungkin kerana setiap yang berlaku hanyalah dengan izinmu,Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami dan berkatilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu..

Bagaimana saya begitu percaya dengan Shaklee?
Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya berusia 5 bulan saya saja-saja mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya semasa saya menyusu pulak.mesti orang akan bertanya Amna&Anis ikut siapa yer sebab saya tidak segebu mereka...hehe

Bagaimana Set B dan ESP membantu penyusuan saya?
Setelah melahirkan Amna&Anis saya tidak tahu rupanya ESP yang saya pernah minum dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu hinggalah apabila Amna&Anis berusia 16 bulan susu saya makan berkurang sehingga 2 0z setiap sesi perahan.Saya takut dan risau kerana ramai ibu yang tidak dapat meneruskan penyusuan apabila anak sudah mula makan.

Bagaimana saya menemui harapan untuk dapatkan semula 9 oz setiap sesi?
Saya berusaha mencari Info bagaimana untuk menambahan susu perahan saya.Saya masih mengepam secara konsisten,tapi apa yang berlaku saya cepat panik bila saya hanya mampu bawa pulang 3-4oz setiap hari untuk keperluan amna&anis.Saya jadi seorang yang cepat stress bila seminggu susu saya drop.Alhamdulillah bertemu kak N bercerita tentang Shaklee apa vitamin yang boleh kurangkan stress dan tambahkan susu,berkenalan pulak dengan kak Nadia berkongsi cerita dan Tips bagaimana kak Nadia berjaya.Terima Kasih Kak N dan Nadia..semoga ada ganjaran dari Allah SWT dan setiap usaha dan perkara baik yang kalian lakukan diberkati Allah SWT.

Apa hasilnya selepas seminggu mencuba Set B dan ESP?
Saya akui memang saya mengharapkan kesan serta merta setelah saya mencuba Shaklee.Tapi Allah SWT ingin melihat saya bagaimana perlu dan pentingnya sifat sabar.Saya belum nampak sebarang peningkatan.Siapa yang saya cari?Saya sms kak N "Salam Kn dah 8 hari makan Set B cuma susu masih belum nampak perubahan".Saya sms pula kak Nadiah.Salam kak.saya nak tanya camna cara kak ambil vitamin dah 8 hari makan set B tapi tak nampak perubahan .Jawapan kak N,Ina ada orang makan 2 weeks baru ada kesan yang ketara,jadi kena istiqamah ya.Akak doakan ina berjaya dapatkan amount yang dihajati.Kak Nadiah pula emailkan saya penerangan yang cukup panjang lebar(.Nanti saya kongsikan yer..boleh ke kak Nadiah? )Kesimpulannya sabar,istiqamah dan banyakkan doa.

Selepas 12 hari....

Susu perahan 10 am = 4 oz

Susu perahan 3 pm = 9 oz

Susu perahan 11.10 pm = 10 oz

Apa kata N: Tahniah,itulah berkat kesabaran
Saya berusaha,bersabar,dan saya perlu istiqamah dan teruskan berdoa..Saya juga ingin berkongsi dan bersedia untuk membantu anda

Sesungguhnya mereka yang berjaya adalah mereka yang melaksanakan 3 perkara yang selalu ibu ingatkan iaitu :
1. Sesi perahan yang konsisten iaitu perah setiap 3 jam.
2. Minum minima 3 liter air sehari.
Perlu ada satu indicator memastikan pengambilan air yang cukup. 
3. DOA yang berterusan. 
Ini adalah untuk kepentingan rohani. Roh yang sakit adalah ROH yang sentiasa tidak sabar, pemarah, merungut, tidak redha dengan aturan ALLAH serta TIDAK YAKIN dengan ALLAH. Maka DOA ini bukan sekadar menadah tangan ke langit dan meminta...ia perlulah dengan iringan solat sunat, zikrullah serta amalan2 yang baik.

Jika anda sedang mencari produk untuk menambahkan susu badan, anda boleh mencuba 
Set Penyusuan Shaklee yang Terbaik mengikut keperluan yang diperlukan.
 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Monday, January 12, 2015

Jenis-Jenis Kegemukan.

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu:

1- Jenis Gemuk Air

Gemuk air kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gemuk Angin
Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut.  Kategori  ini juga agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3- Jenis Gemuk Lemak
Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Jenis Gemuk Daging
Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!
Dengan ini saya sertakan sekali link untuk anda yang berminat nak tahu pengalaman saya menurunkan berat badan daripada 84kg kepada 58kg dengan penggunaan Set Kurus Shaklee. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Sharing is caring kan…:-)

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 











Share:

Sunday, January 11, 2015

Punca Dan Cara Atasi Gemuk Air


Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Punca Gemuk Air
  1. Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi  apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.
  2. Terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Cara Mengatasi Gemuk Air 

1.   Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera. 

3.    Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.
Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.
Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

Berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee ?
Hubungi saya dan dapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 



Share:

Tuesday, January 6, 2015

10 Tips Mengumpul Stok Susu Perahan(EBM) Sepanjang Cuti Bersalin

 
Tips untuk semua ibu baru dan bakal ibu membuat stok EBM (Susu Ibu Perahan) sepanjang cuti bersalin.

1. NIAT..mula lah berniat, tanamkan azam, ikhlaskan diri, yakin dgn kemampuan diri untuk memberi yang terbaik untuk anak. Kenapa perlu niat? KERANA niatla yg mendatangkan kekuatan dalam diri kita. 

2. Usahakan untuk menyusukan anak secepat mungkin (sebaiknya setengah jam selepas bersalin). Kenapa perlu awal? KERANA lebih awal signal demand di hantar pada otak sejurus tali pusat dipotong lebih cepat susu akan dihasilkan. Ini penting untuk proses penghasilan susu secara berterusan. 

3. Mula kumpul stok dgn serius sejak 2 minggu dalam pantang. 2 minggu pertama beri tumpuan penuh (priority) untuk susukan baby sekerap yang boleh ini kerana di awal2 kelahiran susu matang masih belum terhasil sebaliknya masih kolostrum..pastikan anak mendapat khasiat yg terkandung dalam kolostrum yg pastinya sangat berharga..stimulasi semualajadi dari hisapan baby sejak dr awal sangat penting. 
Kenapa perlu bermula dari dalam pantang? 
KERANA waktu pantang badan baru nak belajar adjust berapa byk hasil yg diperlukan setiap hari..waktu ini bdn sedang aktif hasilkan susu..lebih kerap payudara dikosongkan lebih byk susu dapat dihasilkan. Lama kelamaan badan akan terbiasa untuk menghasilkan susu yg lebih mengikut demand yg dihantar pada otak.

4. Minum air suam segelas setiap kali sebelum dan selepas menyusukan anak atau mengepam. Kenapa perlu minum air lebih? KERANA anda telah menghasilkan bendalir (susu ibu) maka perlulah diganti juga dengan bendalir (air suam). Ini penting untuk pastikan payudara cepat penuh. 

5. Pastikan payudara dikosongkan setiap 2-3jam sekali, tidak kira sama ada melalui sesi penyusuan atau sesi mengepam. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang jangan sesekali memberi anak minum susu perahan melalui botol, pastikan anda menyusukan anak 100% secara direct feeding ia juga bagi mengelak bayi keliru puting.
Kenapa perlu kerap? 
KERANA untuk memastikan badan terbiasa untuk menghasilkan susu tanpa henti..bila badan telah terbiasa dgn jadual ini secara automatiknya ibu akan merasa "bengkak" bila payudara tidak dikosongkan. 

6. Susukan anak lebih kerap waktu malam. Kenapa waktu malam? KERANA hormon prolaktin (yg terlibat dalam penghasilan susu) lebih tinggi pada jam 1.00 - 5 pagi..jika badan terbiasa untuk menghasilkan susu di waktu kemuncak ini secara tak langsung bekalan susu makin lama akan menjadi bertambah banyak.

7. Amalkan tandem nursing (mengepam sewaktu anak sedang menyusu). Stimulasi serentak akan mewujudkan lebih demand pd otak secara tidak langsung susu akan dihasilkan secara berterusan mengikut permintaan yang diterima. Jika payudara masih terasa berat selepas sesi penyusuan boleh keluarkan baki susu melalui sesi mengepam. Bagaimanapun, secara peribadi saya tak begitu galakkan untuk mengelak dari ibu OVER SUPPLY (susu terlalu banyak). 

8. Jaga makan dan minum, makanlah makanan berkhasiat, minum susu kerana badan perlukan kalsium dan zat lain bagi menggantikan penggunaan simpanan zat dalam badan semasa menghasilkan susu untuk anak.

9. Elakkan stress, tenangkan diri, walau apa saja masalah hadapi dengan tenang dan hati yang gembira. Kenapa tak boleh stress?KERANA stress, tekanan, tension atau yg seumpama dengannya akan membuatkan paras hormon oksitosin (yang terlibat dalam proses pengeluaran/merembeskan susu) menjadi rendah. Bila rendah susu jadi segan nak keluar dan pengeluran jadi tak lancar.

10. Jangan lupa berdoa, berdoa, berdoa dan bertawakal kepada Allah swt..DIA lah yang no 1 kita kene ingat kerana dia yang meminjamkan segala2 nikmat yang ada..bykkan berzikir terutama Ya Matin. Amalkan juga ayat2 dari Surah Al-Hujurat, Surah Al-Baqarah ayat 60, Surah Ar-Ad ayat 8-9.

 

 

 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Waktu Terbaik Untuk Mengepam Susu Badan

Pernahkah anda terfikir bilakah waktu terbaik untuk anda mengepam susu? 
Secara idealnya, susu boleh dibuat stok setelah pengeluaran susu mula stabil. Susu mula stabil secara amnya selepas minggu ketiga selepas kelahiran. Namun nasihat biasa untuk mula membuat stok dalam masa 2-3 minggu sebelum kembali bekerja. Jadi ini terpulang kepada ibu, yang penting, stok susu SEPATUTNYA dibuat sebelum ibu kembali bekerja untuk mengelakkan sebarang hassles apabila bekerja nanti. 

Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh. Ini kerana pada masa ini tubuh badan kita berada dalam keadaan tenang maka pengeluaran susu pun mudah dan lancar.

Waktu-waktu lain yang bagus untuk anda mengepam susu termasuklah: 
1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.

 

Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Kerap terjadi kepada saya, bila baby menyusu sebelah kanan, yg baju belah kiri mesti akan basah. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja).

2. Pam selepas anak selesai menyusu 
Bayi ni kadang menyusu asal kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun tak berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit. Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill payudara. 

3. Pam semasa bayi tidur.
Tidak kiralah tidur waktu siang atau malam, anda boleh melakukan pengepaman susu tanpa gangguan. Lunjurkan kaki, bersandar, sambil membaca buku atau menonton televisyen, nikmatilah masa utk 'diri anda' 

4. Pam sebelum ibu tidur. 
Jangan risau kalau-kalau susu yang dipam tidak banyak. Itu BUKAN petanda susu anda tak banyak.. susu yang dipam tidak menandakan kuantiti sebenar susu yang dihasilkan. Terutama ketika masih bercuti, dan bayi masih direct feeding. Semestinya susu yang dipam tidak begitu banyak. 

Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan.
http://syokcariduit.blogspot.com/2014/05/rahsia-kurus-84kg-turun-58kg-hanya.html
Ingin dapatkan hasil susu terbaik pada yang sama mengembalikan berat badan ideal anda? Dapatkan set khas ini dari saya!  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  

Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Monday, January 5, 2015

Dah ambil Mutivitamin Kenapa Perlu Vitamin C Dan B Complex lagi???

Jika anda lihat kandungan multivitamin, vitamin B dan C telah pun terkandung dalam multivitamin. Tetapi kenapa masih perlu ambil extra Vitamin C dan Vitamin B complex jika semuanya boleh didapati dari Multivitamin atau VitaLea.
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/vita-lea-iron-formula.html
Multivitamin yang lengkap mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Inilah pada asasnya diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bagaimanapun kehidupan seharian yang kini telah banyak mempengaruhi cara pemakanan kita telah membuatkan keperluan vitamin C dan B complex semakin menjadi perhatian umum.

Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C?
Jawapannya adalah ya. 

Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin C dan B complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?
Ini kerana kandungan vitamin C dan B complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai… hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.

Sesungguhnya vitamin C dan B complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan B complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia. Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.

Vitamin C sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit kerana ia merupakan salah satu vitamin yang dikenali sebagai antioksidan. Ianya dikatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mendapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/sustained-release-vita-ctm-500-mg.html 

Sebab-sebab kemusnahan vitamin C
1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.
3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – physikal dan mental.
4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

 Bagaimana pula dengan vitamin B complex?


http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/b-complex.html

Sebab-sebab kemusnahan vitamin B Complex
• jenis larut air – perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

FUNGSI B-COMPLEX
• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Jika kita lihat pada kuantiti yang dibekalkan di dalam sebiji multivitamin, vitamin C yang disertakan rata2 dalam lingkungan 100g sedangkan minima keperluan tubuh kita ialah 500mg sehari untuk seorang yang sihat. Begitu juga kuantiti yang disertakan untuk 8 kumpulan B yang membentuk B complex, tidak mencukupi dengan keperluan tubuh kita.

Ada juga persoalan yang timbul….Bagaimana jika saya meningkatkan dos pengambilan multivitamin saya? Adakah ianya memadai? 
Jawapannya tidak kerana ini hanya akan meningkatkan pengambilan vitamin dan garam mineral lain yang mana ianya hanya akan disingkirkan oleh badan apabila melebihi dari keperluan yang sepatutnya. Ini boleh merugikan kos apa yang kita bayar.

Ingin juga saya selitkan tiada istilah pengambilan terlebih atau excessive dalam pengambilan supplement kecuali untuk vitamin A (atau lebih dikenali Beta Carotene) dan Vitamin E kerana kebanyakkan vitamin selain ini akan disingkirkan dalam sistem perkumuhan apabila tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/ What apps: 013-4505852 



Share:

Cara Susutkan Berat Badan Secara Semulajadi.

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal selain daripada melakukan aktiviti senaman secara rutin, anda juga boleh mempercepatkan penurunan berat badan anda dengan mengamalkan minuman berjus yang enak ini.

Langkah 1.


Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.


Langkah 2.


Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang. 
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu. 

Anda juga boleh mencuba Set Kurus Optimum Shaklee yang ternyata berkesan, selamat dan semulajadi. Untuk membuat pesanan anda boleh terus klik link di bawah. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels