Monday, May 16, 2016

Kenali Punca, Tanda-Tanda Awal Dan Rawatan Kanser Payudara

 
Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. 

Punca Kanser Payudara

Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk:
  • sejarah kanser dalam keluarga, 
  • umur, 
  • genetik, 
  • pil perancang keluarga, 
  • berat berlebihan
  • gaya hidup kurang aktif. 
Menurut Dr. Joseph Mercola, antara punca utama kanser payudara adalah:
  •  kekurangan nutrien
  • pendedahan kepada pencemaran alam sekitar. 
Institut Penyelidikan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira-kira 40 peratus daripada kes kanser payudara di Amerika boleh dicegah jika orang ramai membuat pilihan gaya hidup yang lebih bijak.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara.

Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Keluarnya darah atau nanah daripada puting payu dara

Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting . (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada.)

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. 

Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. 

5.Perubahan bentuk payu dara.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

6. Perubahan bentuk puting payudara

Puting payudara menjadi rata, masuk ke dalam atau terbalik dan terasa sakit yang berlanjutan

7. Payudara terasa panas, kemerahan dan bengkak 

8. Terasa sangat gatal di sekitar puting

9.Perubahan Warna

10 Adanya benjolan-benjolan kecil

11.Benjolan keras tidak bergerak

12.Permukaan kulit payudara menjadi mengelupas 

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita

 Mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga

Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah

Apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan 

Wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan

Pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon

Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).


Peringkat I 
Merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II 
Merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III
Ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV
merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah dan Pilihan Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.

Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.

Terdapat juga rawatan alternatif seperti pengambilan supplement yang tinggi dan kaya dengan antioksidan dan mengambil makanan yang mempunyai nutrien tertentu dapat menghindari dan menyembuhkan pesakit kanser payudara ini.  

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Share:

Sunday, May 15, 2016

Perbezaan IUI dan IVF.Mana Satu Pilihan Yang Tepat?

Bagi pasangan yang dah lama berkahwin tentu sekali inginkan kehadiran anak kecil bagi menyerikan lagi rumahtangga. Segala ikhtiar secara tradisional dan petua-petua dah dicuba tapi belum menampakan hasil. 
 
Kini anda boleh beralih kepada rawatan secara moden melalui kaedah IUI dan IVF. Sudah pasti anda di luar sana keliru samada nak lakukan IUI atau IVF. 

Apa itu Kaedah IUI

IUI adalah teknik memasukkan sperma (yang lazimnya dicuci dulu) terus ke dalam ruang rahim. Air mani yang dikeluarkan menggunakan masturbasi akan dicuci untuk mengasingkan sperma yang elok. 

IUI meningkatkan peluang kehamilan secara mendekatkan jarak perjalanan sperma yang asalnya dari bahagian hujung faraj (jika secara hubungan seksual dan ejakulasi ke dalam faraj).

Kini, sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur anda (jika berlaku ovulasi dan masuk ke bahagian penghujung tiub terbabit).

Lazimnya, sebelum IUI dilakukan, doktor akan meningkatkan peluang tambahan secara merangsang pembesaran sebilangan telur menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian (sama ada pil atau suntikan).

Apa itu Kaedah IVF

IVF menggunakan teknik membiarkan telur yang dicampurkan bersama sperma di dalam bekas khas dan dieram di dalam inkubator makmal, ini bermakna persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam bekas uji, bukannya di dalam tiub falopio.

Telur ini disedut dari ovari menggunakan jarum panjang yang dimasukkan menembusi faraj menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi dan secara pembiusan penuh atau sedasi. Bagi menghasilkan telur yang banyak, rangsangan ubat kesuburan lazimnya diberikan mengikut protokol tertentu.

Sperma pula diperoleh secara masturbasi (sama seperti untuk prosedur IUI). Embrio yang terbentuk akan dieram untuk beberapa hari sebelum dimasukkan (lazimnya tidak melebihi empat berdasarkan usia anda) ke dalam ruang rahim (sama dialami seperti IUI namun dilakukan di dalam bilik bedah bersebelahan makmal IVF).

Prosedur Rawatan Kesuburan

Pada kebiasaanya, setiap pasangan yang mendapatkan rawatan dimana2 klinik infertiliti akan melalui pelbagai perkara:
  • Diambil riwayat sejarah - untuk mengetahui samada benar2 dikatakan 'infertile' (tinggal bersama lebih dari 1 tahun), untuk mengetahui samada isteri atau suami yang bermasalah dan juga apakah punca infertility (kene ingat 60% punca infertile adalah tidak diketahui).
  • Dilakukan pemeriksaan fizikal dan juga ultrasound
  • Diambil darah untuk mengetahui punca infertiliti
  • Diberi ubatan untuk memastikan kitaran haid tetap
Setelah dipastikan punca infertiliti dan kitaran haid sudah tetap, barulah diberi ubat kesuburan. Dimulai dengan ubat kesuburan bentuk pil (Clomiphene Citrate) dan jika masih tidak membuahkan hasil, isteri akan diberi ubat kesuburan dalam bentuk suntikan subcutaneous (Gonal-F atau Puregon).
 
Sementara itu, hasil kesuburan isteri akan dipantau melalui ultrasound, samada folikel dapat matang dengan baik atau tidak. Ia dinamakan 'follicular tracking', pemeriksaan ultrasound melalui vagina (transvaginal) secara selang sehari semenjak hari ke-6 haid. Pada kebiasaanya, folikel matang (saiz melebihi 20 mm) pada hari ke-14 hingga ke-16. Follicular tracking biasanya dilakukan bagi pasangan yang akan melalui IUI atau IVF.
 
Perlu diingat, tidak semestinya doktor terus mencadangkan IUI atau IVF. Pasangan perlu berjimak seperti biasa pada hari subur iaitu hari ke-12 hingga ke-16, semasa pengambilan ubat kesuburan. Saya dan suami hanya melalui prosedur IUI selepas hampir 2 tahun mencuba dengan cara 'normal conception'.
 
Selepas itu, barulah diteruskan kepada IUI. Ada sesetengah kes, terus dicadangkan kepada IVF. Jika beberapa kali gagal dengan IUI, barulah dicadangkan kepada IVF. Kepada pasangan yang mempunyai kemampuan kewangan, boleh saja terus kepada IVF di hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan ini.
 

Apa lagi beza antara IUI da IVF?

 
IUI
IVF
Pregnancy rate
5 - 10%
30 - 35%
Cas bayaran
RM38
Kadang2 tak bayar pun sbb guna GL
Kene prepare at least RM5,000
(Di hosp. kerajaan. Jika di hosp. swasta, perlu sediakan sekurang2nya RM25,000)
Seminal fluid collection
Perlu
Perlu
Follicular tracking
Perlu
Perlu
Cara prosedur
Mudah sahaja. Apabila folikel matang, sperma akan dimasukkan ke dalam rahim isteri
Susah sedikit.
Perlu menjalani pelbagai prosedur (OR - ICSI - ET)
Bius tak?
Tidak
OR - bius
ET - tidak
Sakit?
Tidak. Yang penting perlu ikut arahan dan jangan lawan,
Tidak kerana semasa OR diberi bius (tapi tanpa bius, memang suatu prosedur menyakitkan)
Selepas prosedur
Rehat atas katil 15 - 30min
 
Rehat atas katil sekurang-kurangnya 30 min - 1 jam
Kene datang balik?
Tidak perlu. Datang pada hari temujanji sahaja
Lepas 3 hari OR kene datang semula utk ET
MC
Isteri - 2 hari
Suami - 1 hari
Isteri - 2 minggu
Suami - 1 hari
Pantang-larang
Takde sangat
Digalakkan utk 'bersama' dgn suami
Banyak!
 
 
Bagaimana keputusan anda dan pasangan?  
 
Tahukah anda, terdapat juga  supplement yang tertentu dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Walaubagaimana, sebagai seorang muslim kita teruslah berdoa dan merayu semoga Allah memberikan kita rezeki anak ini asbab atas kita berikhtiar.
 
Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement       
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Share:

Punca, Simpton dan Cara Mudah Mengurangkan Gastrik.

Gastrik jangan pandang mudah , Elak sebelum parah

Punca Gastrik


Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.
 

Simptom-Simptom Dan Tanda-Tanda Serangan Gastrik.

Antara simptom gastrik yang paling biasa dialami ialah ketidak selesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:
  • Ketidakhadaman (dyspepsia)
  • Sakit ulu hati
  • Sakit bahagian abdomen
  • Sendawa
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
  • Najis berwarna gelap
Punca utama gastrik bermula daripada amalan gaya hidup sejak muda. Jadi untuk elakkan terkena gastrik boleh ubah gaya hidup mulai hari ni. Kalau dah memang ada gastrik pun, cara-cara kurangkan gastrik yang saya kongsikan kat bawah ni boleh bantu legakan kesakitan apabila simptom gastrik menyerang.
  1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak. 
  2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi. 
  3. Hentikan minum minuman beralkohol. 
  4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling. 
  5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik. 
  6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh. 
  7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut. 
  8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom. 
  9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat. 
  10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam. 
  11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul. 
  12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan. 
  13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.
Bagi kes kronik, doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenalpasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengenalpasti sekiranya ada darah dan jangkitan bakteria dan rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.

Kalau dah lama menghidap gastrik, saya recommend sangat untuk cuba Set Gastrik Shaklee, yang terdiri daripada ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus Shaklee. Alhamdulillah ramai yang dapat kawal simptom dan serangan gastrik masing-masing. Ada yang dah lama tak sakit gastrik. Amalkan 13 cara yang saya kongsikan di atas disampaing vitamin-vitamin untuk gastrik, InsyaAllah saya yakin dapat bantu kurangkan gastrik

 Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja?



Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement       
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Friday, May 6, 2016

Kos In Vitro Fertilisation (IVF) di Malaysia Kenapa Mahal?


Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan berpendapat bahawa rawatan IVF adalah mahal.Tambahan pula, rawatan IVF juga bukanlah 100% yang akan berjaya. Ini menyebabkan ramai pasangan yang menolak rawatan IVF.
Secara amnya, kos IVF di mana-mana hospital atau pusat fertiliti adalah mahal.

Secara puratanya harga keseluruhan IVF adalah dalam anggaran RM5,000 – RM20,000

Ini menyebabkan setengah-tengah pasangan tidak mampu untuk melakukan rawatan tersebut dan terpaksa mengumpul duit terlebih dahulu. 

Kadang-kala mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang tersebut. Tanpa disedari, semakin lama umur pasangan wanita itu juga akan meningkat. Umur wanita adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan rawatan IVF.   

Di samping itu, duit untuk rawatan kesuburan perlu dikaut dari poket sendiri dan tidak dapat di’claim’ dari insurans kesihatan ataupun menggunakan ‘guarantee letter’ bagi yang bekerja dengan kerajaan. Buat masa ini, duit EPF juga tidak boleh digunakan untuk membayar kos perbelanjaan untuk rawatan kesuburan.

Kenapakah kos IVF mahal?

a) Kos ubat-ubatan yang terlibat di dalam rawatan IVF

  • Ubat-ubatan yang digunakan unyuk meransangkan telur adalah dalam bentuk suntikan yang perlu diberikan setiap hari. Kebanyakan adalah sensitif kepada haba dan tidak tahan lama.
  • Ubat-ubatan ini adalah diimpot dari luar negara
  • Ubat-ubatan juga diperlukan selepas ’embrio transfer’ untuk menguatkan rahim

b) Rawatan IVF memerlukan pemantauan yang teliti semasa rangsangan telur dan prosedur-prosedur perlu dilakukan 

  • Imbasan scan kerap perlu dilakukan untuk memantau pembentukan folikel-folikel di dalam telur
  • Suntikan ubat-ubatan ubat rangsangan oleh jururawat kadang-kala perlu dibuat
  • Prosedur pengambilan telur dilakukan di dalam dewan bedah dan kadang kala memerlukan bantu pakar bius
  • Prosedur pemindahan telur
IVF2

c) Kos Makmal IVF

  • Peralatan yang diperlukan di dalam makmal IVF adalah penting bagi memastikan embrio yang terhasil berkualiti tinggi. Ini memerlukan teknologi yang canggih dan mahal.
  • Peralatan yang kerap digunakan juga adalah ‘pakai buang’ bagi setiap pesakit untuk memastikan tiada kontaminasi berlaku.
  • Bahan media yang diperlukan adalah diimport dan tidak tahan lama.
  • Pembekuan embrio juga memerlukan penyelenggaraan makmal yang ketat

d) Kepakaran dari pakar perubatan dan embriologis

  • Kepakaran dan pengalaman khusus dalam bidang kesuburan diperlukan dan ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi
  • Pelaburan tenaga sumber manusia penting bagi memastikan kadar kejayaan sesuatu pusat fertiliti sentiasa berada di tahap yang tinggi

Adakah Anda Mencari Tips Cepat Hamil

Kalau kita google, kita akan jumpa bermacam-macam petua cepat hamil. Tapi adakah petua-petua tersebut terbukti selamat dan berkesan ? Bagaimana pasangan ini berjaya hamil tanpa melakukan IVF dan jimat sehingga puluhan ribu ringgit

VIVIX untuk KESUBURAN

Rasa bersalah pulak bila tak kongsi mengenai produk promo bulan ni iaitu > VIVIX
Vivix ni antara supplement Shaklee yang jadi fav nana forever and ever,. Sebabnya ofcourse Vivix dah banyak beri kesan pada kesihatan nana dan keluarga.
Buat diri nana sendiri, seperti semua sedia maklum, nana sendiri sudah berkahwin hampir 3 tahun tetapi belum dikumiakan zuriat.. Dan nana diberi satu tips oleh seorang rakan dalam Shaklee untuk amalkan Vivix secara konsisten dengan dose tertentu untuk tujuan memperbaiki sel tubuh badan supaya bila sel badan sihat, organ sihat (rahim sihat) dan seterusnya InshaAllah mudah untuk conceive.
Dan Alhamdulillah, setelah beberapa lama amalkan Vivix secara konsisten,ahirnya sampai jugak rezeki kami suami isteri.
Thats why untuk customer nana yang sedang cuba untuk hamil, nana sentiasa kongsikan akan kebaikan Vivix ini untuk kesuburan..
Kerana ianya bertindak untuk memperbaiki sel dan DNA badan kita. Bila sel sihat, organ pun sihat.. Dan InshaAllah lebih tinggi peluang untuk hamil..
Bagi nana, ikhtiar dengan Vivix jauh lebih murah berbanding rawatan kesuburan seperti IUI, IVF dan sebagainya.
Biarlah kjta usaha yang terbaik untuk mendapat zuriat sebagai tanda kita sendlri bersedia menerima tanggungjawab dan amanah Allah ni..
Untuk mereka yang masih menanti kehadiran zuriat, cubalah ikhtiar dengan Vivix..InshaAllah dengan izin Allah, tak lama lagi anda juga bakal terima khabar gembira ini.. InshaAllah aminn.

Antara testimoni lain mereka yang telah berjaya hamil dengan Vivix.



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

Share:

Thursday, May 5, 2016

10 Cara Berkesan Berhenti Merokok Dengan Relax ajer.

Rokok sudah difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok haruslah berusaha untuk berhenti dari tabiat ini. Walopun sukar untuk berhenti dalam masa yang singkat tapi paling penting semangat harus kental. Dan mind set kena betul. Tiada yang mustahil. Bermujahadahlah wahai perokok semua.
 
Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor. Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.
Masih ramai yang sayangkan kamu. Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Taklah sanggup menderita kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sekelumit pun rasa bersalah waktu rokok disedut.

Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusalah. Cuba untuk berhenti.

10 Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan

1. Lengahkan

Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'

Jangan terperdaya dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.

3. Elakkan Punca Merokok

Kenali apa punca merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid.
Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa nak merokok. Ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.

4. Bersenam

Ya cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.
mahu ke 'organ' paling penting lelaki, tak berfungsi?

5. Belajar Untuk Relax

Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk. 

6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan

Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni korang yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.

7. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok

Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.

8- Go Online

Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok. Brader, you are not alone.

9- Menguyah

Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

10- Guna Alat Bantuan

Banyak yang ada dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi untuk hentikan anda merokok. Tapi mungkin ambil masa yang agak lama.

Tips Tambahan

  • Jadikan sesuatu sebagai satu hobi agar ia boleh mengalihkan perhatian anda daripada merokok.
  • Kurangkan pengambilan kafein ataupun minuman yang mengandungi kafein, seperti kopi dan teh.
  • Jauhi orang yang merokok. Hal ini kerana boleh meransang anda untuk kembali kepada rokok.
  • Banyakkan minum air masak ataupun air mineral untuk hilangkan rasa keinginan untuk merokok.
  • Jadikan orang yang tersayang sebagai satu pendorong untuk anda berhenti merokok.

Bagaimana Vivix Boleh Hentikan Merokok dan Buang Ketagihan

Vivix memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin.
 
Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat berfungsi dengan baik.
 
Macam-macam cara untuk berhenti merokok. Cubalah wahai perokok semua. Takkan sanggup hantar isteri dan anak-anak ke 'rumah mayat' akibat rokok. Atau menghantar diri sendiri ke lubang kubur kerana merokok.
smoking is like put the pistol on your head
Kesimpulannya, berhenti merokok adalah perkara yang tidak mustahil. Sudah ramai orang yang berjaya mengatasi ketagihan yang tidak sihat ini dengan jayanya. Ianya tertumpu kepada keazaman yang kuat untuk berubah dan menggunakan cara-cara yang efektif.

Saya berharap anda mendapat manfaat daripada artikel ini dan segeralah mengambil tindakan sekiranya anda ingin berhenti merokok.

Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Wednesday, May 4, 2016

Makanan Untuk Maknyah Kembali Maskulin



Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengakuan terbuka seorang maknyah yang melakukan pembedahan membuang payudaranya untuk kembali menjadi lelaki sejati semula. Syukur alhamdulillah dan tahniah buat beliau kerana memilih cara hidup islam dan fitrah yang telah tuhan kurniakan untuk beliau.

Untuk seorang maknyah menjadi lelaki sejati dan tampil maskulin lagi sado, terdapat pemilihan makanan yang  sesuai untuk diamalkan. Jom kita kongsikan.

1. Zat Besi

Anda boleh cuba tiram! Tiram dikatakan boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual kerana kandungan sejenis hormon,iaitu dopamine.

Pengambilan tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.

Zat besi merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh lelaki untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma. Selain itu zat besi juga penting untuk membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. 

2. Vitamin B3

Makanan yang kaya vitamin B3 seperti cendawan, ayam, dan tuna.
Vitamin B3 atau Niacin penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dan juga membantu utk hormon seksual.Nak tahu kenapa? 

Kekurangan dalam vitamin B3 ini akan menjadikan anda mengalami masalah dengan ghairah seks dan menggangu kemampuan ereksi seorang lelaki, jadi kalau sistem peredaran darah tak bagus maka akan menggangu hidup anda.

3. Vitamin B6

Kandungan tinggi Vitamin B6 boleh didapati dalam avocado dan telur.
Vitamin B6 adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon lelaki. Hormon ini adalah penting untuk rangsangan seks lelaki selain mampu menaikkan libido wanita.

4. Vitamin E

Dikatakan Vitamin E ini adalah vitamin khusus utk seks. Vitamin E membantu dalam penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan penampilan, mood dan kehendak beliau. 

Selain itu, vitamin E ini juga merupakan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit. Almonds, kekacang dan bayam satu permulaan yang menarik!Oh ya! Jangan lupa asparagus yang juga mengandungi vitamin E penting untuk memulihkan prestasi seks selain merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina.

5. Vitamin C

Brokoli, dan sayuran bewarna oren(labu dan lobak merah) antara sumber vitamin C yang
mudah didapati dimana mana. Peranan vitamin C beserta beta kerotina yang terkandung dalam bahan bahan tersebut adalah antioksidan yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.

Tip suplemen:  Pengambilan suplemen multi-vitamin setiap hari sebagai tambahan kepada makanan keseluruhan dan dalam semasa memilih multi-vitamin tersebut, pastikan adanya zat makanan mengikut keperluan unik lelaki.

Tapi anda harus ingat,  bergantung pada makanan sahaja tidak boleh menjadikan anda seseorang yang sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sehari. Biarpun sibuk macam mana pun, senaman dan pengawalan kalori itu penting!

Anda juga boleh memilih supplement yang hebat untuk lelaki dengan Shaklee.

Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
Mengurangkan keradangan
Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Antipenuaan
Memperbaiki parut
Melindungi jantung
Memperbaiki arthritis
Antioksidan yang kuat
Menghalang keguguran
Kelestarian seksual dan tenaga
Meningkatkan reproduktif dan kesuburan
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Kebaikan Set Vitamin Untuk Lelaki ini :

  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat
Ketahui Tips Pemilihan Makanan Untuk Jadi Abang Sado di SINI

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa hubungi saya segera: Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990  
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
SMS/whatapss: 013-4505852


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels