Bagi pasangan yang dah lama berkahwin tentu sekali inginkan kehadiran anak kecil bagi menyerikan lagi rumahtangga. Segala ikhtiar secara tradisional dan petua-petua dah dicuba tapi belum menampakan hasil.
Kini anda boleh beralih kepada rawatan secara moden melalui kaedah IUI dan IVF. Sudah pasti anda di luar sana keliru samada nak lakukan IUI atau IVF.
Apa itu Kaedah IUI
IUI adalah teknik memasukkan sperma (yang lazimnya dicuci dulu) terus
ke dalam ruang rahim. Air mani yang dikeluarkan menggunakan masturbasi
akan dicuci untuk mengasingkan sperma yang elok.
IUI meningkatkan
peluang kehamilan secara mendekatkan jarak perjalanan sperma yang
asalnya dari bahagian hujung faraj (jika secara hubungan seksual dan
ejakulasi ke dalam faraj).
Kini, sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman
rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur anda
(jika berlaku ovulasi dan masuk ke bahagian penghujung tiub terbabit).
Lazimnya, sebelum IUI dilakukan, doktor akan meningkatkan peluang
tambahan secara merangsang pembesaran sebilangan telur menggunakan ubat
kesuburan yang bersesuaian (sama ada pil atau suntikan).
Apa itu Kaedah IVF
IVF menggunakan teknik membiarkan telur yang dicampurkan bersama
sperma di dalam bekas khas dan dieram di dalam inkubator makmal, ini
bermakna persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam bekas uji,
bukannya di dalam tiub falopio.
Telur ini disedut dari ovari menggunakan jarum panjang yang
dimasukkan menembusi faraj menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi dan
secara pembiusan penuh atau sedasi. Bagi menghasilkan telur yang banyak,
rangsangan ubat kesuburan lazimnya diberikan mengikut protokol
tertentu.
Sperma pula diperoleh secara masturbasi (sama seperti untuk prosedur
IUI). Embrio yang terbentuk akan dieram untuk beberapa hari sebelum
dimasukkan (lazimnya tidak melebihi empat berdasarkan usia anda) ke
dalam ruang rahim (sama dialami seperti IUI namun dilakukan di dalam
bilik bedah bersebelahan makmal IVF).
Prosedur Rawatan Kesuburan
Pada kebiasaanya, setiap pasangan yang mendapatkan rawatan dimana2 klinik infertiliti akan melalui pelbagai perkara:
- Diambil riwayat sejarah - untuk mengetahui samada benar2 dikatakan 'infertile' (tinggal bersama lebih dari 1 tahun), untuk mengetahui samada isteri atau suami yang bermasalah dan juga apakah punca infertility (kene ingat 60% punca infertile adalah tidak diketahui).
- Dilakukan pemeriksaan fizikal dan juga ultrasound
- Diambil darah untuk mengetahui punca infertiliti
- Diberi ubatan untuk memastikan kitaran haid tetap
Setelah dipastikan punca infertiliti dan kitaran haid sudah tetap,
barulah diberi ubat kesuburan. Dimulai dengan ubat kesuburan bentuk pil
(Clomiphene Citrate) dan jika masih tidak membuahkan hasil, isteri akan
diberi ubat kesuburan dalam bentuk suntikan subcutaneous (Gonal-F atau
Puregon).
Sementara itu, hasil kesuburan isteri akan dipantau melalui ultrasound,
samada folikel dapat matang dengan baik atau tidak. Ia dinamakan 'follicular tracking',
pemeriksaan ultrasound melalui vagina (transvaginal) secara selang
sehari semenjak hari ke-6 haid. Pada kebiasaanya, folikel matang (saiz
melebihi 20 mm) pada hari ke-14 hingga ke-16. Follicular tracking
biasanya dilakukan bagi pasangan yang akan melalui IUI atau IVF.
Perlu diingat, tidak semestinya doktor terus mencadangkan IUI atau IVF.
Pasangan perlu berjimak seperti biasa pada hari subur iaitu hari ke-12
hingga ke-16, semasa pengambilan ubat kesuburan. Saya dan suami hanya
melalui prosedur IUI selepas hampir 2 tahun mencuba dengan cara 'normal
conception'.
Selepas itu, barulah diteruskan kepada IUI. Ada sesetengah kes, terus
dicadangkan kepada IVF. Jika beberapa kali gagal dengan IUI, barulah
dicadangkan kepada IVF. Kepada pasangan yang mempunyai kemampuan
kewangan, boleh saja terus kepada IVF di hospital swasta yang
menyediakan perkhidmatan ini.
Apa lagi beza antara IUI da IVF?
|
IUI
|
IVF
|
Pregnancy rate
|
5 - 10%
|
30 - 35%
|
Cas bayaran
|
RM38
Kadang2 tak bayar pun sbb
guna GL
|
Kene prepare at least RM5,000
(Di hosp. kerajaan. Jika
di hosp. swasta, perlu sediakan sekurang2nya RM25,000)
|
Seminal fluid collection
|
Perlu
|
Perlu
|
Follicular tracking
|
Perlu
|
Perlu
|
Cara prosedur
|
Mudah sahaja. Apabila
folikel matang, sperma akan dimasukkan ke dalam rahim isteri
|
Susah sedikit.
Perlu menjalani pelbagai
prosedur (OR - ICSI - ET)
|
Bius tak?
|
Tidak
|
OR - bius
ET - tidak
|
Sakit?
|
Tidak. Yang penting perlu
ikut arahan dan jangan lawan,
|
Tidak kerana semasa OR
diberi bius (tapi tanpa bius, memang suatu prosedur menyakitkan)
|
Selepas prosedur
|
Rehat atas katil 15 - 30min
|
Rehat atas katil sekurang-kurangnya
30 min - 1 jam
|
Kene datang balik?
|
Tidak perlu. Datang pada
hari temujanji sahaja
|
Lepas 3 hari OR kene
datang semula utk ET
|
MC
|
Isteri - 2 hari
Suami - 1 hari
|
Isteri - 2 minggu
Suami - 1 hari
|
Pantang-larang
|
Takde sangat
Digalakkan utk 'bersama'
dgn suami
|
Banyak!
|
Bagaimana keputusan anda dan pasangan?
Tahukah anda, terdapat juga supplement yang tertentu dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk hamil. Walaubagaimana, sebagai seorang muslim kita teruslah berdoa dan merayu semoga Allah memberikan kita rezeki anak ini asbab atas kita berikhtiar.
Sekiranya
anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya
dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat
konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment