Sunday, May 15, 2016

Punca, Simpton dan Cara Mudah Mengurangkan Gastrik.

Gastrik jangan pandang mudah , Elak sebelum parah

Punca Gastrik


Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.
 

Simptom-Simptom Dan Tanda-Tanda Serangan Gastrik.

Antara simptom gastrik yang paling biasa dialami ialah ketidak selesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:
  • Ketidakhadaman (dyspepsia)
  • Sakit ulu hati
  • Sakit bahagian abdomen
  • Sendawa
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
  • Najis berwarna gelap
Punca utama gastrik bermula daripada amalan gaya hidup sejak muda. Jadi untuk elakkan terkena gastrik boleh ubah gaya hidup mulai hari ni. Kalau dah memang ada gastrik pun, cara-cara kurangkan gastrik yang saya kongsikan kat bawah ni boleh bantu legakan kesakitan apabila simptom gastrik menyerang.
  1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak. 
  2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi. 
  3. Hentikan minum minuman beralkohol. 
  4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling. 
  5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik. 
  6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh. 
  7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut. 
  8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom. 
  9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat. 
  10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam. 
  11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul. 
  12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan. 
  13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.
Bagi kes kronik, doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenalpasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengenalpasti sekiranya ada darah dan jangkitan bakteria dan rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.

Kalau dah lama menghidap gastrik, saya recommend sangat untuk cuba Set Gastrik Shaklee, yang terdiri daripada ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus Shaklee. Alhamdulillah ramai yang dapat kawal simptom dan serangan gastrik masing-masing. Ada yang dah lama tak sakit gastrik. Amalkan 13 cara yang saya kongsikan di atas disampaing vitamin-vitamin untuk gastrik, InsyaAllah saya yakin dapat bantu kurangkan gastrik

 Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja?



Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement       
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive