Wednesday, May 18, 2016

Tips Menghadapi Menopause Dengan Tenang


Wanita adalah makhluk istimewa yang melalui beberapa fasa dalam hidupnya. Setiap orang perempuan dewasa yang normal akan mengalami fasa menopause. Menopaus bukanlah penyakit, tetapi adalah perubahan semulajadi dan perjalanan hidup yang harus dilalui oleh seorang wanita. Tak dinafikan, keadaan ini bukanlah mudah, namun minda adalah kunci penyelesaian. Tetapkan dalam minda bahawa anda mampu dan boleh melalui fasa ini.  

Apakah Menopause?

Menopause adalah situasi normal yang berlaku apabila usia seorang wanita semakin meningkat tua. Apabila berlaku perubahan sebaik saja sebelum ataupun selepas haid terhenti, dinamakan sebagai menopause. Bila kitaran dah berhenti sepenuhnya, bermakna keupayaan untuk melahirkan anak ataupun reproduksi juga sudah berhenti.

Proses menopause yang normal terjadi dalam 3 fasa iaitu:
  • Perimenopause – Ovari secara berperingkat-peringkat mula kurang menghasilkan estrogen. Tanda-tanda menopause mula dialami wanita.
  • Menopause – Pada masa ini wanita dah mula mengalami kitaran haid terakhir. Ovari juga mula berhenti mengeluarkan telur dan menghabiskan baki hormon estrogen yang tinggal.
  • Post menopause – Tanda-tanda menopause dah mula kurang dan hilang. Tapi penyakit-penyakit dan isu kesihatan mula timbul apabila usia makin meningkat akibat daripada kehilangan hormon estrogen dalam badan.

Apakah Punca Menopause?

Setiap wanita yang lahir mempunyai sejumlah bilangan telur yang tersimpan dalam ovari. Ovari juga menghasilkan hormon estrogen dan progesterone yang mengawal proses haid dan ovulasi dalam tubuh. Menopause terjadi bila ovari berhenti mengovulasikan (mengeluarkan) telur setiap bulan dan kitaran haid terhenti.

Menopause dianggap sebagai sebahagian daripada proses penuaan normal sekiranya ianya berlaku di usia selepas 40an. Tapi malangnya terdapat wanita yang alami menopause lebih awal mungkin disebabkan oleh pembedahan (hysterectomy) dan juga kerosakan pada ovari (akibat kemoterapi). Menopause yang berlaku sebelum usia 40 tahun dipanggil premenopause.

Simptom-Simptom Menopause Biasa

Berikut adalah tanda-tanda menopause yang dialami oleh ramai wanita:
  • Haid tidak teratur (haid terlalu kerap atau langsung tak datang haid)
  • Insomnia
  • Ketidakseimbangan emosi (mood swing)
  • Kelesuan
  • Tekanan
  • Mudah tersentuh
  • Sakit kepala
  • Degupan jantung laju
  • Sakit lutut, otot dan sendi
  • Perubahan kepada libido (nafsu seks berkurangan)
  • Kekeringan vagina
  • Sukar mengawal pundi kencing

Isu Kesihatan Jangka Panjang Yang Dikaitkan Dengan Akibat Daripada Menopause

Akibat daripada menopause, sistem dan fungsi tubuh yang lain juga akan terkesan dan berikut adalah isu- isu kesihatan yang selalu timbul antaranya ialah:
  • Osteoporosis
  • Sakit jantung
  • Pundi kencing, sistem pencernaan dan pembuangan terjejas
  • Risiko mengalami Alzheimer
  • Kulit kurang elastisiti (kedutan mula timbul)
  • Kekuatan dan kepejalan otot mula lemah
  • Lemah daya penglihatan disebabkan oleh katarak (cataract) dan juga kerosakan kepada retina mata (macular degeneration)
  • Dan lain-lain

Cara Menghadapi Dan Menangani Menopause

Sekiranya ada mengalami simptom-simptom seperti di atas, sebaiknya segera lah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Doktor akan buat ujian darah untuk mengenalpasti samada ianya benar disebabkan oleh Menopause ataupun disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera.

Bagi wanita yang sihat menghadapi proses Menopause yang normal dan lancar, langkah-langkah berikut boleh diambil:
  • Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor sekiranya ada simptom-simptom Menopause yang menggangu kualiti kehidupan seharian contohnya tak dapat tidur malam, terlalu letih hingga pengsan dan sebagainya
  • Jangan lupa ambil ubat mengikut nasihat doktor sekiranya ada isu kesihatan yang timbul akibat daripada Menopause
  • Amalkan pemakanan yang menyihatkan
  • Amalkan senaman
  • Elakkan stress
  • Banyakkan minum air kosong
  • Berfikiran positif dan menerima proses menopause sebagai sesuatu yang normal
  • Tingkatkan amalan rohani
  • Cuba dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Amalkan pengambilan supplement

Nutrien Penting Untuk Wanita Berusia

Amalan pengambilan vitamin tertentu sangat membantu meredakan tanda-tanda dan gejala putus haid yang dialami wanita akibat menopause ini. Ini kerana supplement boleh bantu seimbangkan hormon dan memelihara kesihatan dalaman wanita. Seterusnya membantu menjalani dan menerima proses kejadian menopause dengan lebih tenang dan gembira.

Supplement yang berasaskan gamma-linolenic-acid (GLA) sangat membantu memelihara sistem reproduktif wanita dan keseimbangan hormon dalam badan wanita. Seterusnya membantu mengurangkan simptom-simptom putus haid dan membantu wanita berusia untuk menjalani akviti kehidupan harian dengan lebih sihat dan keanggunan kewanitaan tetap terpelihara.

Kalsium pula membantu memelihara sistem saraf dan kesihatan tulang rangka dan mengurangkan risiko kejadian tulang rapuh. Wanita adalah golongan yang berisiko mengalami Osteoporosis apabila hormon estrogen sudah mula berkurang. Kalau lambat mengamalkan kalsium, tulang yang rapuh dah tak dapat diperbaiki lagi dan hanya dapat dikawal saja.

Manakala antioksidan yang kuat sangat membantu memelihara dan memperbaiki kerosakan sel-sel dalam tubuh. Apabila usia meningkat, sistem imun menjadi lebih dan kerosakan akibat radikal bebas mudah berlaku. Menyebabkan penyakit kronik seperti kanser mudah terjadi. Tapi antioksidan kuat membantu sistem tubuh untuk berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko terjadinya penyakit kronik.

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment