Tuesday, May 17, 2016

Ketahui Punca Kentut Vagina, Kesan Buruk Dan Cara Mengatasinya.



Kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Ramai wanita rasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersama. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Kedaan ini sudah tentu sesuatu yang amat memalukan. 

Apa itu kentut vagina?

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.
 

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.
 

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

Punca Kentut Vagina

  • Otot peranakan lemah selepas bersalin - Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah,
  • masalah peranakan jatuh
  • masalah pengawalan pundi kencing.
  • mengamalkan seks yang melampau.

Kesan Buruk Kentut Vagina

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya faraj longgar. Bila bersama suami, dah tak grip atau tak mencengkam. Masa baru kahwin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan
berair.
 
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. Jadi mulalah masalah kedinginan dalam hubungan intim. Suami buat apapun, si isteri seperti tidak bernafsu. Siap sound si suami "cepatlah sikit habisnya bang. Saya dah tak larat dah ni". Ini jadinya tahap klimaks bersama suami semakin rendah
 
Mungkin dari luaran lepas dijahit jahitan bersalin boleh nampak cantik. Tapi tak akan mampu menipu bila ada yang meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula
keluar angin pus-pus.Ia juga boleh menyebabkan masalah kekeringan faraj
 
Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yang berbau ada yang berwarna. Masa tu suami nak dekat pun mula rasa loya.

Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,


عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.
 
Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut:
  1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil
  2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna
  3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.
  4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
  5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina

Kentut vagina boleh diatasi dengan
  • Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
  • JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dalam kemaluan.Mungkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP!!! sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya "kentut Vagina".
  • Elakkan makanan sejuk dan berair.makanan sejuk beku, tembikai, ais
  • Mengamalkan senaman Kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit dan melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku. Amalan ini juga dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Supplement Membantu Atasi Masalah Kentut Vagina

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil. 

Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang juga dikenali sebagai super-food (juga dikenali sebagai kacip fatimah moden) yang amat membantu dalam kesihatan organ peranakan. Ia membantu dalam pengecutan otot rahim, mengawal keseimbangan hormon dan juga merendahkan keasidan di kawasan tersebut. 

GLA Complex
GLA Complex yang lebih pekat dan datangnya daripada minyak boraj ini sangat terkenal dalam membantu kesihatan wanita. Ia menstabilkan hormon estrogen dan progesteron, membantu mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus dan disamping itu menyerikan kulit wajah. GLA juga dapat membantu dalam masalah kencing lelaki dan wanita.

Dengan mengamalkan senaman kegel bersama-sama dengan pengambilan suplemen yang betul, insyaAllah masalah kentut vagina dapat diselesaikan dan bukan itu saja, organ peranakan dan rahim akan jadi lebih sihat dan ini dapat menyerikan semula rumahtangga anda.  

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment