Wednesday, May 18, 2016

Tips Pemakanan Atasi Monopause



Antara pengalaman yang paling meresahkan dalam hidup seorang wanita selain dari bersalin adalah apabila tiba masanya perubahan berlaku kepada sistem peranakan iaitu fasa menopause atau putus haid.
Penting untuk kita mengetahui simptom-simptom menopause ini terlebih dahulu supaya dapat mempersiap diri untuk menghadapinya. 

Untuk entry ini saya ingin kongsikan cara semulajadi untuk menghadapi masalah pra-menopaus dan menopaus tanpa sebarang kesan sampingan kerana ada doktor yang lebih berminat membekalkan wanita istimewa ini dengan pil perancang yang diketahui tidak sesuai untuk semua orang kerana kesan sampingannya, apatah lagi orang-orang tua yang mempunyai masalah kesihatan.

Masalah ini mudah diatasi dengan perubahan gaya hidup, termasuk perubahan pola pemakanan kepada vegetarian, senaman aerobik dan amalkan teknik-teknik yang boleh memberi ketenangan.

Atasi Simptom Menopause Dengan Makanan Tambahan

Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini yang dirujuk di laman web Dr Weil dan buku Return To Joy of Health yang ditulis oleh Dr Zoltan P. Rona ialah: 

1. Makanan berasakan soya
Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus. 

Walaupun masih dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya. 

Saya nasihatkan anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan terbaik. 

2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen
Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.

Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak mengambil herba ini.

Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.

Rasberi

Siberia Ginseng 

3. Vitamin E
Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina. 

4. Gamma-Linolenic asid (GLA)
Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus. 

5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C
Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus. 

6. Boron
Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen bron dipercayai dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet hariannya.

Suplemen cadangan Shaklee untuk wanita menopaus

Tonik antipenuaan : VIVIX




vivix untuk menopaus
VIVIX adalah tonik anti-penuaan yang terbukti mengembalikan usia 25 tahun lebih muda
Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan VIVIX.

Suplemen membantu simptom pra-menopause




menopaus
Produk dalam set ini membantu mengurangkan simptom pra-menopaus secara langsung
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.

GLA Complex
Dihasilkan daripada minyak borage yang mempunyai kandungan GLA 3 kali ganda berbanding Evening Primrose Oil.

Vitamin E 
Digabungkan bersama selenium yang membantu penyerapan vitamin E dengan berkesan. Sebiji kapsul mengandungi 400IU. Pengambilan 1-3 biji vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan berkesan.

Vitamin C  
Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.

Vita-Lea 
Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

Menopaus adalah sesuatu yang akan terjadi dalam kitaran hidup seorang wanita memang dan tak boleh elak. Akan tetapi kita boleh tanganinya dengan bijak dan tenang jika berilmu dan bersedia dari sekarang. 

Sampai sini dulu, semoga dapat membantu anda untuk mengatasi masalah menopaus secara semulajadi dan moden supaya anda terus yakin dan yakin untuk menuruskan aktiviti malahan semakin aktif. 

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment