Sunday, March 2, 2014

Perlukah Bayi Memakai Bedak?

             
Pemakaian bedak pada bayi adalah bertujuan untuk membantu menyerap kelembapan pada kulit bayi dan mengurangkan pergeseran antara pakaian/lampin secara terus dengan kulit bayi. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan agar:- 
  • Tidak menaburkan bedak secara terus pada kulit bayi kerana ini akan mengakibatkan bedak terkumpul terutama sekali pada lipatan-lipatan dan tempat ini akan menjadi tempat pembiakan bakteria atau kulat.
  • Tidak menaburkan bedak pada udara kerana ada kemungkinan untuk bayi menyedut bedak tersebut secara tidak sengaja.
Cara yang betul adalah dengan menaburkan bedak kepada tapak tangan anda sapukan ke atas kulit bayi. Saya yakin ada diantara ibu ibu yang sukar untuk menukarkan lampin bayi kerana bayi akan lincah bergerak ke kiri ke kanan. Untuk menarik minat bayi agar tidak lincah bergerak semasa
menukar lampin, berikan bayi permainannya dan jagan biarkan bayi bermain dengan botol bedak ya!

Jika anda risau mengenai talkum, anda boleh memilih bedak yang bebas dari talkum iaitu bedak yang diperbuat daripada tepung jagung asli, akan tetapi ada sesetengah pakar menasihatkan agar bayi yang mengalami ruam untuk tidak memakai bedak. Ini kerana bedak akan menghalang kulit daripada bernafas. Anda juga digalakkan untuk memilih bedak yang mengandungi zink oksida dan Vitamin E selain itu anda juga boleh menggunakan bedak yang bersifat hipo-alergenik.

Selain itu Anda  juga boleh menggantikan krim daripada bedak. Walau apa pun pilihan anda semua, krim atau bedak. Bedak talkum atau bedak bebas talkum, perkara utama yang perlu di ambil kira adalah pastikan kulit bayi sentiasa dalam keadaan yang licin, tiada lecetan dan ruam, bersih serta kering. Saya pasti anda tahu pilihan yang terbaik untuk bayi anda!!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive