Sunday, March 30, 2014

Kebaikan Dan Keburukan Coklat

 
Antara kebaikan coklat ialah:
  1. COKLAT mengandungi theobromine dan kafein yang membantu membekalkan tenaga. Dikatakan 15 gram coklat mampu menyimpan tenaga bersamaan dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer. 
  2. KANDUNGAN anti pengoksidaan dalam coklat dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada teh hijau. Malah, coklat juga kaya dengan vitamin A, B1, C, D, E serta zat pemakanan seperti zat besi, kalium dan kalsium. 
  3. MAKAN coklat dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Malah, menikmati sekeping coklat juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa lebih tenang dan gembira. 
  4. BAGI orang-orang yang sedang berdiet, coklat hitam adalah snek yang sesuai untuk korang kerana tidak mengandungi lemak tepu, kurang gula serta mempunyai jumlah kalori yang rendah. 
  5. KHASIAT sekeping coklat hitam dikatakan setanding dengan empat cawan teh hijau atau enam biji epal yang mana sangat sesuai bagi anda semua yang sedang berusaha mengurangkan berat badan. 
  6. Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
  7. Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
  8. Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
  9. Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood. 
  10. Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria.
 Namun, coklat juga ada keburukannya..
  1. Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah). 
  2. Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
  3. Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan. 
  4. Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive