Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin
dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam.
Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan
menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar
Sebenarnya, menyusu badan ketika dijangkiti demam dan sakit-sakit
biasa adalah sangat selamat. Ini kerana, apabila ibu dijangkiti demam,
tubuh badannya akan mula menghasilkan antibodi yang berfungsi melawan
virus secara semulajadi. Paras antibodi di dalam badan ibu akan
meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan
turut berkumpul di dalam susu ibu dan turut diterima oleh bayi apabila
dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari
virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh
ibunya sendiri. Sementara itu, kajian menunjukkan bahawa saiz virus yang
besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dansebab
itulah virus itu tidak dapat menjejaskan kualiti susu ibu.
Penyusuan
badan ketika ibu demam turut memainkan peranan penting dalam membantu
bayi untuk meningkatkan sistem pertahanannya. Pakar berpendapat bahawa
bayi yang tidak menyusu badan lebih berisiko untuk mendapat jangkitan
yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk
melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih
tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem
pertahanan badan mereka masih belum matang.
Sungguhpun begitu,
masih ada beberapa keadaan di mana ibu dinasihatkan memberhentikan
penyusuan buat sementara waktu atau selama-lamanya. Menurut pakar
laktasi, penyakit yang serius seperti HIV dan HTLV-1 adalah satu-satunya
penyakit berjangkit yang memaksa para ibu untuk menghentikan penyusuan
badan.
Ibu yang demam digalakkan agar mengamalkan kebersihan diri untuk
mengelakkan bayi mereka dijangkiti seperti membasuh tangan sekerap yang
mungkin, mengelakkan batuk atau bersin kepada muka bayi.
Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang demam ialah mereka tidak mempunyai selera untuk makan, sedangkan untuk memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak, seorang ibu harus menjaga pemakanan dan minum dengan banyak. Jika tidak beliau tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang harus diberikan kepada anak-anak mereka.
Jadi untuk mengatasi masalah ini anda boleh mencuba set penyusuan Shaklee yang terdiri daripada ESP dimana ESP ini dapat memberikan anda tenaga sepanjang hari. Jadi teruskan menyusukan bayi untuk kebaikan bayi itu sendiri.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee ini dengan harga istimewa:-
Shaklee ID: 1027990

SMS: 013-4505852 ; E-mel: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/Shaklee ID: 1027990
0 comments:
Post a Comment