Wednesday, February 26, 2014

Adakah Bayi Perlukan Vitamin Dan Mineral?

                                    vitamin mineral bayi 
Kalau Anda bertanya apakah bayi Anda memerlukan vitamin atau tidak, tentu saja jawapannya adalah ya. Bayi Anda memerlukan vitamin untuk tumbesaran dengan baik dan sihat. Keperluan ini penting bagi memastikan bayi anda mempunyai tulang yang kuat, gigi yang sihat dan juga untuk membina darahnya bagi terhindar dari Anemia.
Hampir seluruh bayi memperoleh seluruh vitamin dan mineral yang diperlukan (seperti vitamin A, kalsium, zat besi, dll) melalui pengambilan makanan yang mereka konsumsi. Jadi, walaupun bayi Anda  memerlukan vitamin dan mineral, namun mereka sebenarnya tidak memerlukan suplemen setiap hari, kecuali jika ia lahir pramatang atau memiliki masalah kesihatan tertentu.
 
Sekilas tentang Vitamin dan Mineral   
Ramai orang menganggap bahawa vitamin boleh diperolehi secara lengkap hanya dengan mengambil sayuran dan buah-buahan. Pendapat ini tidak tepat. Sebenarnya, sayuran dan buah-buahan hanya mengandung sebahagian jenis vitamin, seperti vitamin C, vitamin E, K dan sebahagian jenis vitamin B.
Untuk vitamin A, B6, B12 dan D, biasanya dapat diperoleh melalui sumber haiwan seperti hati, susu, serta berbagai produk olahannya.
Sedangkan mineral yang diperlukan oleh tubuh pula boleh diperolehi dari bahan makanan seperti garam, ikan, udang, serta susu dan produk olahannya.
 
Bayi yang Baru Lahir 
Untuk bayi yang baru lahir, seluruh keperluan vitamin dan mineralnya akan diperolehi melalui susu ibu. Jadi, jika Anda ingin bayi Anda memperolehi cukup keperluan vitamin dan mineral, Anda hanya perlu meningkatkan pemberian susu ibu Anda, dengan cara makan dengan cukup dan seimbang komposisinya. Jika anda memerlukan pengambilan supplement ,perlulah dirujuk dengan arahan doktor. Anda boleh saja mengkonsumsi vitamin tambahan.
 
Bagaimana Menentukan Apakah Bayi Anda Memerlukan Suplemen atau Tidak? 
Sebenarnya semuanya bergantung kepada adakah bayi anda menerima susu ibu sepenuhnya atau susu formula sejak lahir, apakah ia lahir dalam keadaan normal atau pramatang, apakah ia memiliki kelainan kesihatan, dan sebagainya.
Jika bayi Anda lahir pramatang atau memiliki masalah kesihatan tertentu, ianya perlu dirujuk kepada  doktor. Apakah ia memerlukan suplemen tertentu atau tidak. Apabila bayi semakin membesar dan mulai mengkonsumsi lebih banyak jenis makanan, doktor biasanya akan mengevaluasi lebih lanjut apakah ia masih memerlukan suplemen.
Untuk bayi yang sihat dan menyusu susu ibu secara Eksklusif, masih banyak perdebatan mengenai perlu atau tidaknya memberikan suplemen. Sebagian besar mengatakan sama sekali tidak perlu. Sebagian ahli kesihatan mengatakan, seandainya pun perlu, paling-paling Anda hanya cukup memberikan suplemen vitamin D – 400 IU setiap harinya, dengan alasan si bayi tidak memperoleh vitamin D yang cukup melalui susu ibu.
Menurut mereka yang berpendapat perlunya tambahan vitamin D untuk bayi yang sedang dalam program Penyusuan Ibu Secara Eksklusif, hal ini berbeza dengan bayi yang sejak awal mengambil susu formula. Ia tidak lagi memerlukan tambahan vitamin D, kerana biasanya unsur ini sudah terkandung dalam susu formula.

Kesimpulan 
Pada dasarnya, hingga usia 6 bulan, bayi yang menerima penyusuan ibu secara Eksklusif tidak memerlukan suplemen. Yang perlu diperhatikan adalah pola pemakanan yang diambil oleh ibu. Pastikan ibu yang menyusui mengambil makanan yang mengandung cukup vitamin B12 (untuk mencegah Anemia pada anak), zat besi (juga berkaitan dengan Anemia),zink serta kalsium. 
Seandainya pun diperlukan, maka ibu boleh saja mengambil suplemen multivitamin-mineral. Tentu saja dengan arahan doktor.
Setelah usia 6 bulan, jika bayi Anda tidak mengalami kesulitan memakan berbagai jenis makanan dengan jumlah yang cukup untuk usianya, maka suplemen vitamin tidak diperlukan. 
Suplemen harus menjadi alternatif ketika si kecil benar-benar susah makan atau memiliki masalah kesihatan yang kronik. Silalah merujuk dengan doktor anak Anda
Hati-hati, jangan mengambil suplemen multivitamin-mineral tanpa arahan doktor, kerana  bayi Anda mungkin akan menerima kelebihan vitamin A dan zinc

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive