Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
 
Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.
 
Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.
 
Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. Antara kelebihan lain urutan kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti berikut:
 
*Melancarkan perjalanan darah.
*Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung.
*Menaikkan rahim.
*Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
*Memecahkan lemak.
*Mengetat dan membentuk kembali tubuh.
*Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
 Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.

Jika anda masih tercari-cari set bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan terus bertenaga untuk menyusukan bayi kesayangan anda. Dapatkan Set Bersalin dan Set Penyusuan SHAKLEE yang TERBAIK untuk anda cuba.
Boleh  sms 013-4505852(Soffiah) untuk sebarang pertanyaan:)