Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya . Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.
Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum
tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified
Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang
sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia.
Tahukah anda hampir semua makanan yang ambil kita termasuk benih kacang soya pada hari ini adalah GMO,bermaksud ia bukan sesuatu yang natural. So, kalau kita ambik
product yang tak natural, walau pun ditanam secara organik (kalau tak
organik apatah lagi kan) kebaikannya takkan sama dengan yang kita makan
produk yang Allah sediakan benihnya. Keburukannya juga mungkin tak dapat
dijangka. So still kena ambik dengan berhati-hati.
Kenapa mesti GMO jika berbahaya?
Maka soya juga tidak
terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan
pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan
jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang
mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya
yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya
yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya
yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak
pernah diubah oleh manusia.
Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika:
- Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
- Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????
Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik. Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut.Tetapi ia sebenarnya bergantung kepada kuantiti yang diambil.
Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
Dan apa yang anda
perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti
sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser
payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit
lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk
kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens
Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian.
Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros andCons of Phytoestrogen
Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.
Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu
dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan.
Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros andCons of Phytoestrogens.Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
Jadi harap
sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak
ditakutkan sangat
dengan soya. Pada saya sebagai
salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada
tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada
kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan
ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi
ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.
ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?
Apa yang anda perlu tahu adalah ESP Shaklee hanya
diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan
non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya
non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity
Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee
memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan
genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang
sebelum dituai
maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi
apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya.Jadi proses penanaman
soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any
intervention.
Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee
dengan produk soya lain?
Apa yang anda
perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan
alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat
pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan
kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan ESP Shaklee.
Kacang soya yang
digunakan dalam penghasilan ESP Shaklee dicuci dengan air*untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk
kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara
komponen penting dalam pencegahan kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari.
Kenapa?
Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi
banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi
pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan.
Pendek kata
Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu
besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.
Kesimpulannya
memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda
pilih untuk
amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang terlalu banyak. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO
dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya
terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi
manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan.
Jadi sebagai produk yang sudah lebih 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.
Untuk mendapatkan ESP, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment