Jika anda pergi ke pasar raya untuk
mencari susu formula bayi, anda akan lihat kebanyakan jenama mempunyai
perkataan 'DHA' tertulis pada pelekatnya. Kemudian jika anda berjalan
beberapa langkah lagi anda dapat lihat kotak-kotak yang mengandungi
telur ayam pun mempunyai perkataan yang sama tercetak padanya. Anda
hairan mengapa DHA dimasukkan ke dalam makanan ini. Jawapannya wajar
diperhatikan terutama sekali bagi wanita yang mengandung.
Apa Itu DHA
DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!
Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil.
Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi :
* Penyelarasan mata dengan tangan
* Kemahiran gerakan bermotor
* Jangka tumpuan yang lebih panjang
* Markah IQ yang lebih tinggi
Sumber DHA

- Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHA-nya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA
- Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut
- Daging organ, seperti hati
- Sejumlah kecil boleh didapati dalam kuning telur
DHA Daripada Susu Ibu vs Minyak Ikan
Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja.
Bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf.
Dalam susu ibu, jumlah DHA adalah 4 kali lebih tinggi daripada jumlah EPA. Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik.
Memastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra-lahir yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan hidupnya kelak.
Jika anda mempunyai masalah susu merudum anda juga boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda!
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment