Rambut gugur???!!! |
Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga
turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi
wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut
adalah punca keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:
- Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur
- Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
- Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
- Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
1.Jus daripada bahan semula jadi
Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada
rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan
paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil.
2.Mengurut kepala
Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh
kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi
aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut.
3.Antioksida
Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan
rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama
satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan
merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.
4.Rawatan minyak panas
Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan.
Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di
kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas
menggunakan syampu dan air suam.
5.Rehat secukupnya
Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan
yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat
dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam
sehari.
Tapi kalau masih tak berhasil jugak, kita cuba cara dalaman pulak.. senang je.. amalkan 2 biji Zinc complex
setiap hari.. mungkin cara yang terakhir ni paling serasi dengan
masalah korang.. mana kita tahu kan.. tak salah mencuba.. lagi pun Zinc Complex ni murah je..
TESTIMONI
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee ini dengan harga istimewa:-
SMS: 013-4505852 ; E-mel: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 ; E-mel: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Shaklee ID: 1027990
0 comments:
Post a Comment